Walaupun bukan penonton tegar, saya masih ikuti drama slot Akasia di TV3 jam 7 malam setiap Isnin hingga Khamis. Waktu tak berapa sesuai, cuma ikuti secara on off.
Bermula akhir bulan lepas, slot Akasia TV3 menayangkan drama terbaru ‘Cinta Antara Kita‘ . Sebelum tu drama Begitukah Cinta. Saya tengok drama Cinta Antara Kita kerana penerbitnya Puan Ziela Jalil. Dari rekod terdahulu, biasanya drama terbitan beliau menarik.
Sinopsis Cinta Antara Kita mengisahkan Suria ( Wati Elite ) yang telah mengandung hasil hubungannya dengan Johan ( Hairi Othman), telah melahirkan anak kembar perempuan tidak seiras Aliya (Puteri Sarah Liana ) dan Dania (Siti Elizad Sharifudin) .
Aliya tinggal bersama ibunya Surian dan Dania tinggal bersama Johan dan isterinya Irma (Dynas Mokhtar).
Setelah 23 tahun, Aliya bertemu Jufri (Zain Ruffedge) , yang dia selamatkan dari lemas sewaktu berumur 8 tahun. Mereka berdua jatuh cinta.
Kebetulan Aliya dan Dania satu kolej , mereka berkawan baik tetapi tidak mengetahui pertalian antara satu sama lain. Dania dan Aliya sama-sama menyintai Jufri , tetapi Jufri lebih sukakan Aliya.
Selepas mengetahui bahawa mereka sebenarnya adik beradik, Aliya dan Dania menjadi musuh.
Kemudian rahsia keluarga ini mula terbongkar. Dania yang dikatakan sudah meninggal dunia sewaktu dilahirkan sebenarnya telah dijual oleh neneknya, Maimunah ( Hamidah Wahab ), kepada Jamilah (Azizah Mazhan ) ibu Johan kerana kesempitan hidup.
Drama bersiri 24 episod ini juga dibintangi oleh Iqram Dinzly (Rusdi), Norish Karman (Anita), Jalaludin Hassan (Rahim) dan Jehan Miskin (Adam).
Pengarah drama Cinta Antara Kita adalah Mohamed Feroz Kader dan OST Cinta Antara kita – Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dinyanyikan oleh Shahir AF8.
montaj drama ini menarik… dengan lagu Shahir.