Setiap kali saya melalui shortcut Jalan Rawang Perdana, setiap kali itu juga hajat nak ambil gambar pili bomba ini terhalang. Kadang² tak bawa kamera atau keadaan lalu lintas yang tidak mengizinkan.
4hb April lepas, kebetulan sekolah Intan cuti. Sjk(c) cuti Perayaan Ching Ming ( menziarahi kubur nenek moyang ) , kami ke Tesco awal pagi Isnin.
Untuk mengelak kesesakkan di bandar Rawang, belok kiri di simpang depan MayPlastik, Sg. Choh terus melalui Jalan Rawang Perdana sehingga keluar di persimpangan lampu isyarat Taman Kenanga ( kampung tersusun ) depan Shell.
1- Kilang May-Plastics ( selepas Petronas Sg. Choh)
2 – Pusat Kesihatan Rawang Perdana
3- Shell
Jalan ini agak jauh tetapi tak perlu melalui bandar Rawang untuk terus ke Selayang. Sesuai untuk mereka yang kembali ke Kuala Lumpur petang Ahad dari arah utara.
Saya suka gambar ni.. pili bomba dan kawan-kawannya dari Syabas dan Pos Malaysia.
Saya tak pasti kesemua pili bomba di kawasan ini berfungsi atau tidak kerana bukan satu tetapi kesemua yang kami nampak berkeadaan begini.
Kawasan Jalan Rawang Perdana ini adalah kawasan industri. Kilang² besar di kini dan kanan jalan. Tetapi kesmua pili bomba yang berada di sepanjang jalan ini dalam keadaan rosak.
Sedih saja tengok pili bomba ini. Mungkin pili bomba ini memang tidak digunakan lagi atau ada pili gantian lain.
Gambar dan entri ini adalah untuk peraduan Cabaran Foto Pili Bomba yang menawarkan hadiah² menarik yang sukar untuk dilepaskan.
Peraduan ini anjuran ondscene.my dan mendapat kerjasama erat Jabatan Bomba dan pemenangnya akan diumumkan Mei nanti bersempena Hari Bomba Sedunia.
- Saya agak takut untuk menyertai peraduan kali ini,kerana penyertaan Pili Bomba Antara Dua Darjat telah menimbulkan kemarahan pihak yang terasa hati.
- Hari Ahad lepas, saya jumpa seorang ahli bomba – Blogger muhammadtarmizi.com , isterinya Nurul dan anak mereka Muhammad Fahim .
- Saya pernah menetap di kuarters Balai Bomba Kampar.
enti ni tentang pili bomba je, tapi makcik ni merepek segala bagai
dari jalan shotcut sampailah jumpa blogger
hee ada jugak contest pili bomba gud luck kak kujie 😀
Contest yang terbaik.
Walaupun pili bomba macam tak ada yang menarik untuk dilihat, tapi peranannya cukup besar kepada masyarakat.
alamak kak ujie~pili bomba dan rakan-rakan tu sangat sweet llah!!!huhu
pili bomba kat umah saya terjada dengan cantik…. takde masalah….
heheheh
kat tempat kami kampung takde pili bomba kak…tahun lepas rumah makcik saya terbakar pun guna air longkang dengan air sungai sebab kami ni dok kat kunci air…
betapa tak terjaganya kemudahan yang ada…
betul tu..
tak sabar nak tunggu pemenang contest tu, jumpa di dataran merdeka 7 dan 8 mei ni yer…
by the way thanks kakjie, walaupun sibuk2 mengemas rumah, sy hanya tukang tengok je, hehe
Selamat berjaya.
* Bila ada, pili bomba ni tak dijaga. Tapi bila ada kebakaran barulah sedar dan menyesal sebab tak jaga pili bomba.
Assalamualaikum,
Teringin jugak nak sertai edisi kejar pili bomba ni, tapi…tak dan nak kejar.
Kalau tiba-tiba tersepak, bolehlah masuk kot
saya sempat jumpa 3 jea pili bomba .. dah lama tak jumpa yg merangkumi ciri2 yg dikehendaki .. campur malas nak cari kot .. hehe .. x sabarnya tunggu keputusan 😛
Bagus jugak buat contest macam tu.
Boleh bagi kesedaran sikit kat masyarakat yang pili bomba tu penting.
Jangan nak vandalisme sangat. 😉
bagus juga ada contest camni, bleh bagi kesedaran kepada masyarakat
suatu hari nanti pasti akan tahu.. akibat mengabaikan pili bomba ni..
barangkali ada perancangan yg jauh ke hadapan yg kita tak nampak dan menjadikan pili bomba liar itu disitu sebagai batu tanda.. hehehehhe
macam aduan rakyat lak
Ramai yang ambil remeh temeh je benda ni tapi bila jadi kebakaran, mende nilah yang mula2 nak cari..