Bila Nak Pecah Suara?
Peribadi

Bila Nak Pecah Suara?

Semalam salah seorang blogger, kawan lama telefon.  Kawan² blogger yang saya dah kenal 4-5 tahun, kebanyakkan mereka bertukar menjadi raksakse silent reader.

Kalau ada isu penting, mereka contact secara personal – sms atau email.  Saya pun macam tu… masih ikuti blog kawan² lama tetapi sekadar mengetahui.

Bukan ada isu apa,  cuma telefon untuk  ucap selamat  ulangtahun , tambah tua.  Tanya khabar berbasa basi .

Tamat perbualan, saya terima SMS  ” suara awak tak berubah,  masih manja macam budak sekolah”

HA HA HA –  perlukah saya pecah suara ?  Garau macam budak akil baligh?

Kawan – tahu bila masa perlu untuk menghiburkan dengan rasa persahabatan yang  tidak pernah berubah …

tidak selalu ada saat diperlukan tetapi selalu ada hadirnya ,
tidak selalu dekat tetapi sentiasa bersedia ,
tidak selalu tahu tetapi sentiasa mengerti ,
tidak selalu mengerti tetapi sentiasa percaya ,
tidak selalu percaya tetapi yakin persahabatan itu tetap ada di hati!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Bila Nak Pecah Suara?

  1. Assalamualaikum,
    Bukan suara je awet muda…tuanpun awet muda jugak kan?
    Apa kata kak Jie buat entri macam mana nak awet muda 😉

  2. Kak Jie memang tak leh pecah suare. Mesti maintain. Bila chat ngan Cik Abg biar dia tak sabar nak balik. Hih!Hih!Hih.

    Utk saya selalu aje pecah suare bile berdepan ngan karenah anak-anak. Bila depa tunjuk perangai lee…!

  3. ” suara awak tak berubah, masih manja macam budak sekolah”

    Kena puji mesti kembang hidung 7 hari 7 malam kak jie ni. 🙂

  4. tang mana nak cari blog otai-otai lama kak jie? teringin gak nak baca geng-geng otai punya penulisan blog nih, maklomla kita ni baru ja dalam dunia nih, nak jugak amek tau.

  5. teringat waktu dulu saya main game online.. dengar suara macam awek.. tapi rupanya budak lelaki umur 12 tahun.. adoi.. jgn tertipu dengan suara… hehehehe…

  6. Bila aa nak bersua muka berbual bicara dengan kak jie ni… 😀 rasanya ni dah kali kedua terbaca mengenai suara kak jie…

    rindunya persahabatan yang telah semakin jauh di jangkauan.

  7. hahaha.. maza pernah tertipu dengan suara halus seperti itu.. dan maza juga mangsa keadaan. hahhaha

    ouch.. selamat ulang tahun gitew.. hehhee

  8. bersahabat walau tak pernah bersua..akrab bagaikan saudara…suara bak buluh perindu ke ni? hehe…Selamat ulang tahun kak,selamat ulangtahun buat diri sendiri jugak…sama bulan lahir rupanya 🙂

  9. HAHAHA suara mama halusss je. kalau mama cakap kuat sikit, dgr nyaring halus je hehe.

Comments are closed.