kujie@1malaysia.com.my
Isu Semasa

kujie@1malaysia.com.my

Tak sihat pun masih beronline? Nak buat macam mana, kawan² saya hidup dalam talian.

Suami jauh, Along kat Bangi, Angah kat Kedah, Intan pergi sekolah, Nemo dan Dory tu uuk pun tak eek pun tak.

Semalam Nemo hilang. Dia panjat pokok kelapa , terjun meja makan. Panggil pun tak menyahut.  Seksa juga bela kura-kura ni.

Duduk depan pc, buka tweedeck tengok Maharaja Lawak di Twitter isu 1Malaysiaemail.

INFO: E-mel 1 Malaysia (  sumber : Berita Online )

Dikendalikan oleh Tricubes Bhd yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang biometrik dan kad pintar. Tricubes kini sedang meninjau beberapa cara untuk menjadikan pendaftaran akaun e-mel berkenaan secara automatik kepada pemegang MyKad berusia 18 tahun ke atas.

Saya tak nak sentuhlah bab Tricubes Bhd yang diletakkan dalam kateogri GN3 company di Bursa Malaysia ( info pada 20 April 2011)  kerana dalam pemahaman makcik² seperti saya,  syarikat GN3 adalah syarikat yang mempunyai keadaan kewangan yang buruk dan merugikan. Ini isu orang ekonomi.

Taraf saya surirumah, cuma nak suruh kita bayangkan kotak email yang dipenuhi dengan berbagai spam. Tak kiralah siapa pun yang hantar, kalau bukan dengan persetujuan terlebih dahulu, itu dikategorikan sebagai spam.

Sebelum ini pun PM  dah  spam email Tahun Baru Cina dan sms.

For the emails, Najib explained that the addresses were obtained from three databases — Media Prima Bhd, Higher Education Ministry and his personal website, www.1Malaysia.com.my.

The SMSes, he said, were delivered with the cooperation of three telecommunications firms — Digi.Com Berhad, Maxis Berhad and Celcom Berhad. –  themalaysianinsider.com

Ramai yang seronok dapat email, dapat SMS dari PM tetapi tiba² jadi lupa kepada privasi diri yang diceroboh.  Bagaimana pihak yang sepatutnya melindungi data peribadi kita membekalkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan.

Nampak?

*subscribe to [phrasal verb] subscribe to (something) : to agree with or support (an opinion, theory, etc.)

Saya nak baca , nak subsctibe apa yang saya nak bukan dipaksa menerima.

Bagaimana dengan mak ayah dan adik² saya di Baling yang tidak menerima perkhidmatan internet?    Bukan saja internet, telefon pun tak ada, kabel tak pernah bertahan lebih sebulan.

Makin teruk demam ni, tak kebah²lah nampaknya .  Sebelum 30 hb April,  saya perlu selesaikan pembayaran cukai pendapatan.

sesiapa tak guna email 1malaysia tak boleh login blog..
wahhh…melompat lagi blogger!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

50 thoughts on “kujie@1malaysia.com.my

  1. macam-macam le pulak zaman 1malaysia ni ish ish..dengar kata emel tu nak kena charge pulok

  2. kalau saya nak pakai, saya nak nama syafiq, tapi tu terlalu biasa, mungkin tak dapat. 😐

  3. masa dapat email TBC tu..terus delete je..sebab bukan email yang saya minta..takde plak isi mana-mana form kt memaner web yang setuju dapat email sedemikian..

    nape PM tak buat kotak subscriber jek..ni beria-ria nak dapatkan bantuan TV3 bagai..SPAM plak tu…ish3..mana etika ni PM? 😆

    apa pun, katanya bukan guna duit kerajaan..nak tengok le launchnya nanti..sape je la yang pakai.kan?

    Kalau Google atau Yahoo tergugat dengan kewujudan email 1MY ni baru le saya rasa nak pakai..kalau tak, nak buat ape..membazir je..mesti banyak email yang tak diundang masuk..

  4. Projek untuk rakyat la katakan. Rakyat didahulukan. Kesian orang kampung tak ada duit nak buat email. Kan buat email mahal woo.. Baik hati sungguh ada syarikat swasta nak kuarkan duitnya utk kebajikan. Makin demam kakjie tengok perangai dorang.. saya pun hampir demam.. huhuu

  5. baik duit 2 digunakan untuk bnda berfaedah..lajukan internet kat malaysia ni ker..merepek la projek tu.

  6. satu lagi “projek” barisan nasional! sengal gile! membazir 50M untuk email bodoh camni..huh

  7. setuju pasal family kat kmpg pun mane lah tahu internet2 ni semua..apatah lg nak buat email. membazir sangat.

    (pssssttt…sy pun buat entry psl isu ni..bkempen dgn bro rohaizad…hehe)

  8. rasanya email 1malaysia tak perlu.. cukuplah apa yg ada skrg ni.. tak perlu membazir duit utk perkara seumpama itu..

    akibatnya privasi tak ada. huhuhu.. haru seh..

  9. Macam-macamlah pulak. Tak berapa nak paham saya, apa perlunya pulak email yang sedemikian namanya. Tujuan utamanya untuk say pun kuranglah jelas. Tapi projek sebegitu besar pasti melibatkan dana yang besar.

    Tadi kelibat PM di TV memperjelaskan dana itu tak ada kena mengena dengan wang kerajaan. Saya pun tak leh nak kata. Saya tak pegang akaun negara dan dokumen berkaitan.

    Apa yang saya pasti projek berdana besar pasti involve untung besar. Siapa untung siapa rugi saya tak pastilah….Saya pikirlah sendiri…

  10. rasanya tak berbaloi dengan pelaburan tu..tak semuanya dapat akses internet..baik upgrade perkhidmatan internet kat malaysia ni dulu 😥

  11. chit, igt jadik PM bleh main2 spam inbox orang ka? hesh, nasib baik PM tak spam inbox kita, kalo tak dah lama hack cyberjaya tue.. hohohoho

  12. #tanyanajib pun tak terjaga dia buat emel la pulak si najib ni hahahahaha…

    daripada duk usha benda yg memang dia takkan layan sebagai mengaburi pandangan mata baik selesaikan akhiri zaman miskin (azam) rakyat dulu.

    apa kata mak cik jie?hahahaha

  13. Pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

    Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak .Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

    sumber dari MerdekaReview.

  14. ni semo projek nak selamatkan kroni je, kak jie. kdg2 cara penyebaran maklumat di media2 massa menunjukkan seolah2 rakyat2 Malaysia ni xreti psl undang2 ICT dan ekonomi tersirat ni. skg rakyat Malaysia dah maju, pemikiran dah dididik dan diexpose dgn byk ilmu. boleh menilai mana baik mana buruk

  15. Dah banyak hari jugak ni Kak Jie tak sihat. Harap2 cepat sembuh.

    Bajet banyak tu kalau bukak 1 lagi hospital lagi baguih dari dok perabih tak ketahuan hala 🙄

  16. Kalau kura-kura tu menyahut, kak jie pulak yang terkejut nanti.

    * Semoga cepat sembuh, jangan takut makan ubat. 😆

  17. Sama la kita kak jie..demam dari hari ahad rie tu & tak kebah² lagi..

    30hb nanti sure ‘hang’ punya web LHDN..

  18. Pengalaman lurus bendul bela kura-kura.

    (IRC)
    Jiji: Kura-kura aku sakit.. mata dia bengkak
    Kawan A: Ko taruk la Eye-Mo

    The next day.

    Jiji: Kura-kura aku mati..
    Kawan A: Apsal?
    Jiji: Aku taruk Eye-mo
    Kawan: BANGANG AKU BUAT LAWAK JE LA!

    ye kak jie.. Seksa juga bela kura-kura ni.

  19. membazir duit jer….baik le kasi internet free untuk bebudak sekolah yg dok kawasan kampung ni ha…ada jugak faedah utk dorang…

    p/s: kak kujie, kura-kura blh panjat pokok gak eh? konpious

  20. pasal isu email ni…saya tak kisah sangat… 😯

    tp, pasal kak jie tak sihat ni..saya doakan moga cepat sembuh..

    pssst..kura2 oh kura2..suka panjat tinggi2 yer…

  21. ubat sakit untuk blogger bukan panadol, hospital tapi berblog. Betul tak kak jie.
    Dah online ngadap pc, terus hilang rasa sakit ye kak jie.

  22. Saya pun sempat menonton mahajara lawak siri kali ni, memang menarik, dan timbul isu-isu yang berkaitan. Tak nak komen lelebih, kang taklerh nak request nickname utk email (mcm boleh jer klu dah benda tu otomatik). 😀

    pssst:Kak jie dah gi klinik ke? kalau tak suka gi klinik, cuba aa perubatan-perubatan semulajadi untuk kurangkan panas badan tuh. semoga cepat sembuh

  23. jgn letak link kt kotak komen, automatik masuk kotak spam…blog ini dipasang plugin commentluv yang ada link latest entri di bawah setiap komen yang ditinggalkan

    terimakasih

  24. Salam kak jie. Semoga kesihatan kak jie akan lekas kembali ke normal. Biasalah kita yang hidup dengan internet ni, sakit pun memang nak juga online cuma mungkin tidak seaktif semasa sihat. Kadang-kadang bila tak sihat, online je dah mula rasa sihat hehe. Selamat berehat ya kak jie.

Comments are closed.