Puncak Gunung Jerai
Tiada apa yang berlaku – hari berlalu begitu saja.
Kek Cream Cheese Blueberry yang dibeli dengan harga diskaun 30% baru sepotong habis. Tengok kek pun muak nak makan.
Birthday girl ( girl lah sgt, kan… ) dan Intan tergolek sejak Ahad demam, selesema dan batuk.
Dapat bervideo call hampir 30 minit untuk minggu ini. Insaf kerana walau capaian streamyx kita macam siput sedut, masih ada negara di luar sana macam sloth. ( apa nama binatang ni dalam BM ye? )
Eh….tapi ada bezanya kerana kita pelanggan yang ‘membayar perkhidmatan’ bukan perkhidmatan atas belas ihsan.
Malamnya Angah dan beberapa orang kawan²nya buat kejutan nyanyi birthday song ditalian telefon.
Along hantar sms cakap hampir terlupa nak wish – tak apa…mama pun nanti buat buat lupa no. akaun bank Along. HAHAHA….
Hari ulangtahun bukan semestinya hari bertuah anda. Ada 63 certificates cabutan ipad 2 dari DealMates tetapi satu pun tak tersangkut.
Dapat hadiah harijadi yang lebih berharga – Abg Ann akan balik ke Malaysia 18hb Mei 2011. Insyaallah – doakan keselamatan perjalanan panjang Contantine – Algers – Doha – KL
Kepada beberapa blogger yang mungkin baru mengenali Kujie.com, hati² ye tinggalkan komen – cakap Intan nak dapat adiklah….projek mega mengandung lah… ada isi lah… Suami saya outstation di luar negara hampir setahun, isu ini agak sensitif bagi perkahwinan jarak jauh. Tiada lagi Mariam selain daripada ibu Nabi Isa.
Sejak tahun 2005, blog ini adalah blog peribadi, sebelum ada yang muntah bersepah² baca entri ini dan tambah dosa mengata – baik tekan X di penjuru kanan skrin komputer. Saya hargai kedatangan anda tetapi saya menulis blog bukan untuk anda.
Saya bukan ahli akademik yang boleh menulis thesis mengubah pemikiran ramai, saya bukan cendiakawan boleh menyusun kata berprofil tinggi – saya hanya seorang surirumah, isteri, ibu, kakak, adik ( ada ke yg lagi tua ) kawan kepada pengunjung blog ini.
my attitude is based on how you treat me…
Selamat Hari Jadi Kak Jie..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Kujie.
Moga segala yang terbaik, hadir menyapa di seluruh kematangan usia.
Mudahan Ann selamat kembali ke Tanahair untuk sama-sama meraikan kehidupan ini.
(maaf kerana terlewat mengucapkan, kerana saya tidak online sejak Ahad lepas)
Nota kaki:
Saya pernah sampai ke Puncak Jerai 2 kali. Sekali dgn moto Kriss (bersama Ahmad Asri dan ibunya – semasa itu kami masih bersama ) kemudiannya dengan 4×4, pada satu tengah malam.
Masih terbayang rusa yg kelaparan di dalam pagar, serta masih terasa keenakan nasi goreng dan teh tarik di puncak sana.
Salam dan Selamat Ulangtahun(harap ucapan tak terlambat lagi). Semacam terharu dengan entri ni. Bab manalah tu…Saya suka kelima-lima bait kata-kata oghang putih kat atas tu. Untuk bait terakhir ‘sometimes’ tu menjadi penyelamat…
happy bday kak kujie. hmm 26 hari jer lagi. mesti x sabaq kan.
Tak lama lagi berseri semulalah hati… Moga chenta hati kujie selamat tiba nanti
Nasib baiklah zaman sekarang tidak ada nikah gantung kalau tidak naye 🙂
Assalamualaikum,
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran. Moga2 dipanjangkan umur hingga sempat tengok cucu cicit ciut miut, moga2 dimurahkan rezeki hingga boleh bina mahligai atas padang luas saujana padang sesayup mata memandang terpenuh taman, moga2 mudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan akhirat, moga2 diberkati seluruh kehidupan. Aminnnnn.
Moga2, doa saya itu dimakbulkan 😉
“thinking” lor
adakah saya terasa? adakah? adakah?
cuma rasa – thingking. hemmm 🙄
penantian tu memang lambat tapi pasti akan datang juga
😆 Happy Belated Birthday Kak Jie. Tak lupa, saja nak jadi orang last ucapkan huhu..
Wahh..cream cheese blueberry..Sedap tuuu
Nak jugak
macam sedih je bunyi..
chill kak jie, mungkin ada “sesuatu” disebalik semua ni
selamat hari lahir! 😉
pakai Ubuntu ye dok? haha
kita lupa l;a nak wish… ari tu kat FB pun tak ingat… lewat wish tak pe kan..
selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki… 😆
😉 oh yeke baru tau ni..hehehe
Happy Birthday kak kujie… 🙂
Perkahwinan Jarak Jauh memang perlukan ketabahan yang sangat-sangat tinggi… suka dengan ketabahan kak kujie.. tak semua orang boleh jadi tabah macam kak kujie… (tuding jari kat diri sendiri)…
Selamat Hari Lahir Kak Kujie!! Kak Kujie terbaik!! heehhehe
er, tapi chentatiku tu apa?
pada saya kakjie memang kuat pada prinsip menulis.
tak ramai blogger yang ada macam ni..
er, ada juga teguran tu..
para pembaca kena ambil perhatian..
Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan ilahi. Saya br kenal kujie2.com tp saya hanya percaya apa yg k.jie tulis & respond je
saya pun orang biasa kak jie… 😆
fuh jenuh nak masuk sini dari pagi tadi tak buleh…
pukul 4 lebih ni baru buleh
pelik dok carik ‘chentahatiku’ kat internet.. isk
selamat hari lahir kak jie 🙂
sabar ye kak jie
sabar ye kak jie. dugaan hidup tu dtg dlm pelbagai2 bentuk. yg penting bykkan berdoa especially doa rabitah pengikat kasih sayang. bygkan muka suami dan anak time berdoa tu. insyaAllah semuanya akan dijaga olehNya 😉
ha’a kalau pakai OS lain, mmg xde X 😀
p/s: terlajak basikal undur pakai kaki
haaaaa????keyword chentatiku???pelik2~
p/s: teringin nk jumpa kak jie in person 😉
alahai sodih je bunyi tu..slmt pjg umr kak jie, n smoga hubby slmt balik…mmg btul2 hadiah bday paling bmakna kan.
hehehe… Kak Jie tau
dalam minggu ni ada banyak keyword ‘chentatiku” yang datang ke blog kak jie..agak pelik
sebab tu seru! 😆
Selamat hari lahir kak jie
p/s: chentatiku di sini ;p
oppss terlupa … Selamat Hari Lahir buat kak jie. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. May Allah Bless u kak
suka entri ni kak jie…. blog peribadi yang banyak membuat sy tersenyum sendirian. ayat santai i like kak jie.
semoga kak jie tabah dalam mengharungi perkahwinan jarak jauh ni… 😉
selamat ulang tahun kak jie.. 🙂
semoga suami kak jie selamat sampai ke bumi Malaysia..
@arynet: Tak jumpa sebab pakai OS lain aa tuh erk… :p
@kak jie: Apapun kak jie, saya doakan semoa abang Ann selamat sampai ke tanahair pada tarikh yang telah ditetapkan… Andai ada yang tertulis komen-komen nakal tuh, mungkin diorang tak sengaja aa tuh kot.
Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata (walaupun menaip), boleh binasa…
happy birthday kak jie..semalam nampak kat gengblogger selamat hari lahir..hehe
haha.. saya suka entri ni.
cuba juga untuk tekan X, cari penjuru sebelah kanan tak jumpa. 😆