Gula-gula Kapas Atau Kepompong Hantu
Pengetahuan Am

Gula-gula Kapas Atau Kepompong Hantu


Macam gula-gula kapas, kan?

Ini sebenarnya sarang labah-labah. Banjir besar tahun 2010 yang menengelamkan perkampungan Sindh , Pakistan menyebabkan  fenomena berjuta² labah-labah menyelimuti pokok² seperti kepompong hantu.

Banjir besar setelah berminggu² hujan lebat menyebabkan air lambat surut sehingga membentuk takungan dan kolam besar.


Kepompong hantu yang diseliputi sarang labah² ini sebenarnya  tidak pernah ditemui di Pakistan sebelum ini.  Ada saintis melapurkan kes begini pernah ditemui di Tasik Tawokoni State Park di Texas pada tahun 2007.

Jaringan kepompong yang besar ini mampu membunuh pokok yang diselimutinya tetapi dalam masa yang sama membantu memerangkap nyamuk sehingga mengurangkan risiko malaria.

Biasanya setelah banjir, sisa air yang tergenang akan menyediakan lebih banyak peluang bagi nyamuk untuk berkembang biak. Tetapi penduduk di Sindh melaporkan nyamuk jauh lebih sedikit daripada kebiasaan.

*Russell Watkins, a multimedia editor with the U.K.’s Department for International Development (DFID)

Dipetik dan diterjemah secara bebas oleh kujie dari Trees Cocooned in Spider Webs After Flood (news.nationalgeographic.com)

Persahabatan bagai kepompong
Mengubah ulat menjadi kupu-kupu
Persahabatan bagai kepompong
Hal yang tak mudah berubah jadi indah

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Gula-gula Kapas Atau Kepompong Hantu

  1. Anak saya kalau terserempak labah-labah melompat-lompat menjerit. Kadangkala terkejut dibuatnya.Pada hal tidak besar mana labah-labah yang dijeritkan. Sian labah-labh pun hendak hidup 🙂

  2. Assalamualaikum,
    Walaupun semua ni berlaku selepas musibah bagi negara dan rakyat ini, tapi…gambar2 tu memang cantik.

  3. berapa ekor la agak nya labah2 kat satu pokok tuu..
    SUBHANALLAH.. kalau kak jie ditempat kejadian apa benda pertama yg kak jie pk lepas tgk benda ni depan mata??

  4. seranggan memang Allah naikkan darjatnya sehinggakan ada surrah mengenai mereka..untuk manusia berfikir dan mengkaji, semut lebah ape lagi labah2…

    tp yg terdapat di animal planet mahupun nat geo semua bukan islam yg kaji..wassalam haha..kalau ade buih2 macam gula kapas dalam air..org kata itu muntah hantu haha..itulah org kite suka tahyul mahyul haha

    ewah pes taim buat entry kat ruangan komen

  5. perghhh..sekali tgk rasa nak makan jer dua kali tgk amazing giler…

  6. 🙂 sy follower baru.. slmt hari isnin
    ade pernah nmpk sarang labah2 ni kat album kawan mase die pegi Pakistan dulu. mmg mcm pokok yg selaputi habuk pun ade gak :mrgreen:

  7. Sarang labah-labah mampu memerangkap serangga yang memasuki jaringnya. Itu rantaian makanan. Tuhan nak tunjukkan, bila kita bersatu maka akan wujud sebuah kumpulan yang besar…

  8. Kuasa Allah. 🙂 Cantik pulak pemandangan tu. Moment yang susah nak dapat 😉

    *Setiap kejadian Allah pasti ada hikmah

  9. Dalam al Quran ada kisah ttg labah2.. tontu ada kebaikan yg hebat kan? hehehe

    psst: tak der ke org nak cuba2 jilat2 gula2 kapas semulajadi itew.. hehehhe

    maza lantun-lantun lah fulaks.. hehehe

  10. MasyaAllah… Hikmah disebalik kejadian..
    posting berinformasi… thanks kak jie

  11. Subhanallah..kagum dengan keupayaan makhluk kecil ini..thanks ye kak for sharing…bagus juga kan dr segi kesihatan 🙂

  12. MAHA BESAR ALLAH dengan setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Sarang labah2 yang dapat membunuh nyamuk secara biologi bayangkan kalau tak de ni masti ramai manusia akan mati akibat malaria. Begitulah Allah sayangkan manusia lebih dari pokok.

  13. tak perlu pun nak susun ayat macam orang suratkhabar… yang penting maklumat diterima… 😀 terjemahan ceruk dapur ni lagi menarik untuk di baca, santai dan memudahkan… 😀

  14. abaikan terjemahan ceruk dapur tu..tak pandai nak susun ayat macam org suratkhabar.

    image ni cantik dan ada kisah yang terselubung, tu yang kak jie cuba berkongsi.

    tiap keburukan yang kita nampak, ada kebaikan kepada pihak lain.

  15. erhh…lagi perbendaharaan kata baru ni, tak pernah dengar pun ‘halwa semitai’

    tapi kalau gula gula kapas yang pink tu sedap..selalu beli utk anak sedara, tapi dia secubit, kak jie lima cubit..haha 😆

  16. Owhh… kiranya fenomena semulajadi untuk memerangi wabak erk, menarik… tak pernah baca dan lihat mengenai perkara ni di mana-mana. Terima kasih atas perkongsian

  17. salam isnin kak jie…hmm mula2 pun ingat gula2 kapas…betul ke kak, ada yang panggil gula2 kapas ni “halwa semitai”..erkk.. 😀

Comments are closed.