Perlukan Bilik Untuk Disewa
Peribadi

Perlukan Bilik Untuk Disewa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya dah selamat kembali awal malam tadi.  Penat sungguh memandu walaupun dengan kereta automatik.  Perjalanan biasanya 2 jam setengah menjadi 3 jam setengah kerana kesesakan akibat lampu isyarat di pekan Sekinchan dan Tanjong Karang.

Sekinchan

Tak nak komenlah pasal lampu isyarat tu, jurutera majlis adalah orang² bijak pandai yang berkelayakan untuk tugas ini.  Full stop!

Alhamdulillah, mak sihat sepadan usianya.  Masih menang kudrat dan tenaganya kalau dibandingkan dengan kami yang muda² ni.

Kami buat kerepek pisang dua tandan dan pack berkilo-kilo kerepek pisang.  Harga pisang murah dan pisang yang berkualiti tinggi saja yang laku.  Dari membazir dan rosak dipokok, mak buat kerepek.

Dah seminggu FL bersama saya, millage baru 750KM, tak sabar nak tunggu 1000Km untuk dihantar service pertama.

Kepada yang bertanya – Ini adalah warna cafe latte.

 

Mencari bilik sewa  untuk adik perempuan saya di sekitar  Jalan Kuchai Lama, Jalan Klang Lama & Pantai Dalam

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Perlukan Bilik Untuk Disewa

  1. Jalan situ diturap pun , tanah gambut….habis setahun dua melendut-lendut tak macam jalan kat Baling, tanah bukit.

    Lampu tu sesuai untuk hari biasa…. yang kat pekan dia ok lagi. Kita boleh terima simpang besar . Tapi sekarang kat Sekinchan dah ada 2 lagi lampu dekat masjid/bomba tu. Situ yang buat sesak sebab simpang kecil tapi timer dia macam jalan utama.

    Bila hari biasa, tak ada masalah… kalau cuti hujung minggu dengan cuti sekolah memang sesak berkilometer orang nak balik Kl serentak petang Ahad

  2. Suami Kak Jie SMK Sg Besar. Kami yang kerap berulang alik lalu laluan tu pun boleh berhenti untuk menikmati pemandangan indah, sawah pagi…hijau kuning tu

  3. Ada macam2 cara orang buat…ada yang terus dibuat atas kuali minyak panas.

    Cara Kak Jie…. buat dalam air garam dulu, tapis…..lepas tu baru masukkan dlm kuali..jangan buat banyak2 baru goreng…. buat cukup2 untuk dimasak satu kuali.

    pastikan minyak betul2 panas baru dia garing.

    Kopek kulit pisang dlm air, baru hilang getah.

  4. Betoilah tu… lampu belakang tak sepadan dgn bontot :mrgreen:

    Tapi tak berani nak cakap depan2 fl tu, kang dia merajuk…sapa yang susah…kena rujuk dgn Makcik Serena dan Pakcik Pajero tu jugakkkk….skrg ni xsen lah…kena hujan setitik pun cari kain lap

    esok lusa…..kehkeh 😆

  5. Dulu memang tak berapa nak makan kerepek pisang yang dibeli, mungkin sekali dua dapat rasa tak sepadan dengan harga atau selera tekak.

    Sekarang – memang tak lepas peluang kalau ada, apa lagi yang mak sendiri buat…memang lain rasanya.

  6. Trafik Light Pekan Sekinchan tu dah ok.. tak sesak situ.

    Yang sesak sebelum bomba – laluan simpang kecil. Cuti hujung minggu dan cuti sekolah, kenderaan melimpah2 tak macam hari2 biasa.

    Mee udang kat BNO ke? Tak singgah pun.
    Tapi tak boleh makan seafood – dapat tengok je lah 😆

  7. Ada berkilo – kilo kat rumah ni, memang lain rasa kalau buat sendiri

    Hari tu dah tuntut ilmu dengan mak…macam mana jadi garing 😆

  8. Kadang sebab browser, code warna tu jadi lelain..tapi memang betul pun….tulisan kat komen ni kelabu

    saya yang malas nak edit..hehe

    jap lagi nak try tukar warna ceria 😆

  9. Jalan dari Sabak ke Sekinchan (Ahmad Asri sebut Shin-Chan) dah siap diturap semula ke?

    Sebelum ni, tiap kali lalu depan gerai buah pelam tu bila menghala ke Port klang, rasa seriau sangat pasal jalan kat situ senget sebelah kiri. Macam nak terbalik je kontena yang dibawa.

    Lampu Isyarat kat sekinchan tu dah tak synchronized timer dia. Kalau treler kat depan sekali, tak sempat lepas separuh body dia, lampu dah tukar merah. Letih !

    Nak cepat cukup 1000 km ? Bawak FL tu pusing2 kawasan perumahan 5-6 kali sehari 😆

  10. Adik Haiqal,
    Dulu Pakcik pun sekolah Sains jugak. Tapi kat tempat lain la.

    Boleh tak bagi alamat blog adik?

    Pakcik nak tengok la.

    Mesti pekat warna dia.

    Mesti cantik ,kan?

    Bagi kami yang Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik ni, warna ni dah sedang elok dengan mata yang makin rabun ni. 😎

  11. Minggu ni giliran kami pulak balik sabak bernam semuga trafik baik… lampu isyarat tu tak de susah ada lagi menyusahkan…

  12. tengah ngunyah kerepek ke tu…?Kujie, warna kereta tu membuatkan akak teringin nak secawan coffe latte….esok nak secret recepi…nak jugak jugak..l. :mrgreen:

  13. tu diaaa…orang kerinchi bg cadangan hahaha..fl muke je smart..belakang tak smart..ekeke…sorry kak jie wahaha

  14. Dulu saya duduk di Sungai Besar dan bersekolah di SMK Sg. Besar. Sepanjang laluan akan tempuh Sekinchan dan mata disejukkan dengan pemandangan bendang di tepi jalan dan peniaga-peniaga menjual jagung manis dan mangga.

    Kalau dahulu waktu petang saya akan mengayuh basikal sambil menikmati pemandangan sawah padi yang baru tumbuh.

  15. Kak jie..nak kerepek tu.. :mrgreen:
    Saya pernah buat sekali tapi macam tak jadi..
    Pisang tu rendam dalam air garam dulu tak?
    Sebab masa saya buat dulu,saya rendam dalam air garam untuk hilangkan getah..
    Tapi pisang tu jadi lembik..
    Bila goreng,tak jadi T_______T

  16. Dulu arwah mak saya juga kerap juga buat kerepek pisang… memang sedap dan rasa yg lain dari yang beli.. segalanya kini tinggal kenangan

  17. traffic light teruk kat sg sireh tg karang tu. ada ke sebelah jalan sebelah berhenti. boleh buat eksiden.
    balik sabak bernam makan mee udang tak?

  18. Rindu jalan ke Teluk Intan.Dulu saya sekolah sains kat teluk intan tu,kalau balik mesti abah hantar.Sepanjang perjalanan dapatlah minum air mangga yang sedap lagi pekat.Tapi kena pandai pilih kedai.heheh.Kami satu keluarga akan pergi satu kedai je.Kalau beli,mesti kat kedai tu je.Best weyhh.

    ps:Kenapa tulisan kat kotak komen ini cair sangat.Kalau boleh ubah warna hitam.Kelabu sama dengan kotak komen lah.hik hik hik

  19. Kerepek pisang buatan sendiri. Bestnyaaa.. kalau masih di UPM haruslah yati berjalan-jalan tak malu rumah kak jie 😛

    P/S: Cun lah warna keta tu. 😆

  20. abg mithali, carikkan rumah sewa utk adik.haha
    anyway, seronok tgk post2 dlm ni. best 🙂

  21. sebab tu walaupun sibuk minggu sebelum cuti tu dah balik siap2 😆

    rupenya abang memang nak jemput mak kesini pulak mggu ni.. jadi dapat jumpa mak lagi! :mrgreen: :mrgreen:

    kaler cafe latte tu nampak sweet jer 😉

Comments are closed.