Assalamualaikum & Selamat pagi.
Alhamdulillah, saya dah selamat kembali. Fast food holiday balik ke kampung mertua bersama Along dan Intan. Mak sihat dan ceria walaupun berkali² mengadu penglihatan makin pudar.
Sambil kemas bahagian atas rumah yang bersawang ( maklum tak ada orang naik bahagian atas ) mak bercerita tentang kebun, jiran² dan hal anak menantu yang lain. Emak bertanya juga tentang rusuhan di Mesir, tentang Sindrom Tunisia tetapi saya cerita sikit² saja – jangan sampai mak risau. Keadaan di Algeria masih terkawal.
Along pergi kebun tabur baja dengan Acik Musa dan Acik Hadi. Kata mak ” kalau abah kamu ada, dia mesti tolong embah tiap kali balik kampung….pergi kebun, sekarang embah nak suruh kamu pula tolong embah…”
Kemahiran hidup yang sedang diperturunkan dari embah untuk putu (cucu)nya.
Selepas maghrib bertolak balik malam tadi – dalam gerimis sepanjang jalan, saya suruh Along yang memandu sehingga melepasi Plaza Tol Bukit Tagar. Bagi dia oengalaman untuk memandu dijalan kecil dalam keadaan cuaca seperti itu.
Anak² – nak dihalang nak dikongkong sampai bila? Bagi dia sokongan dan kawalan sepatutnya. Kalau ‘jangan itu jangan ini’ diam² dibelakang kita dia curi² memandu juga. Kita juga yang hantar dia belajar memandu, keluarkan duit untuk dapatkan mereka lesen memandu yang sah.
Cakap senang, ok . Tapi bila meluncur saja keluar dari mulutnya
” mama……… esok nak pinjam kereta, nak pergi PD “
Nak bagi ? Tak bagi ?
“kalau boleh nak Smart TAG sekali……”
Puas nak timbang – bagi ke tak bagi.
- Terimakasih kepada mereka yang Retweet , Share di facebook atau menulis di blog mengenai entri Rusuhan di Mesir – Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir
- denaihati.com
- Izwanyusuf.com
- sejenakdiperjalananku.blogspot.com
- suarabawahtanah.com
- annieyss.blogspot.com
- nutsaje.blogspot.com
- triplecolourlife.com
- rangkaianislam.blogspot.com
- na5wa.com
- dizarch.blogspot.com
- stewardjohn.com
- princessnies.blogspot.com
- cikmimmie206.blogspot.com
- mazaaida.blogspot.com
- jzbusinessworld.com
- khairunnisaazalin.blogspot.com
- nasihsaifullah.com
- charming-umi.blogspot.com
- kbr-kul-per.blogspot.com
- cilihati.com
- Malam nanti, InsyaAllah Angah balik dari asrama, jadual sampai Hentian Duta jam 4 pagi.
- SMS terakhir 31hb Jan 2011, 8 malam. SMS malam tadi belum dibalas dan trace dia online dan kunjungan ke blog ini 3 hari lepas . Moga suami selamat di sana.
- Untuk mengikuti berita terkini mengenai suasana dan keadaan di Mesir, boleh ikuti di blog > krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
~ ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan ~
akhirnya kakjie bagi juga kan keter tu, heheh mak yang tabah
Alah, biasanya anak lelaki selalu tanya mak lebih sikit…. si ayah selalu ok jer… sebab anak lelaki kan selalu nak manja2 dgn emak dia…. macam saya jugak la….
p/s: orang kata autoriti mak lagi mak lagi besar dari ayah…. tak tahu la….pengalaman mak dan arwah abah….hehehehe
yang sesak kat jalan kawasan luar bandar
kereta anak cucu berderet depan rumah mak bapa 😀
dah sampai masa dah ni…..walau risau
kenalah juga belajar terima keadaan
anak2 dah terbang…bukan bawah ketiak kita lagi
itulah megat
masa kita dulu, buat suka hati tak pula fikir perasaan mak ayah
skrg ni bila sendiri tempuh………adeih…macam2 yg difikir
kak jie bagi dia bawa kereta p PD, alhamdulillah
kejap tadi dah call lagi 5 kilometer nak sampai rumah
lega rasanya…
hehehe..dah sampai PD dan balik pun
nak tak nak, kena juga bagi
sekurang2nya dia ada pengalaman
hehehe… mau ke anak2 dibuat mcm tu 😆
bila diingat, masa umur macam dia, kita pun macam tu juga
cuma bezanya sekarang dah jadi ibubapa – perasaan tu dah lain…. 😆
dah bagi pun…. kenalah percaya
alhamdulillah…. masa tulis komen ni
dia dah pun selamat balik
hi..nana
nak tak nak, kenalah juga bagi dia peluang…sampai bila nak dok bawah ketiak ye
nak kira susah hari…memanglah
mama bukannya betul pun nana…mgkn keadaan tak sama nanti..zaman dah berubah 😆
memandu kena ada dorongan dan kepercayaan dari orang terdekat…. kalau dpt lesen, terus memandu sebab masa tu semangat kita masih berkobar2
mula2 keliru juga, sebab kena bagi jawapan tanpa sempat nak merujuk dengan suami
semalam lega, dia call bila dah selamat sampai PD
sama sama – memang sepatutnya menghargai kawan kawan yang berkerjasama….. cara blogger bagi backlink 😆
Moga semua nya selamat…
Makasih, Kujie…pasal mention link blog kecik abg..
Rasa bangga sesangat bila tengok alamat blog kita kat Kujie2.com.. 😳
Lama rasanya tak singgah….heheheeh
ikut kak jie la, rasa anak tu dah boleh independent, apa salahnya…. bagi sekali duit tapi cukup2 je untuk makan minum dan sebagainya….
p/s: lepas ni singgah waktu2 malam jelah…. dah mula praktikal kat kilang…kilang barangan harian….
Maza,
cuaca panas di PD hari ni, esok belum tahu lagi…
Kujie,
Berikan kepercayaan pada Along tu, Insya Allah…ada apa-apa, makcik dia kat PD tu boleh tengokkan.. 😆
sy umur dh 23, dh ada lesen, mak dh lame kasi gree light tp ttp penakot bwak kereta.. lg rela naik bas.. huhu
tak.. paham sikit2 je yg basic2..dah bese dengar kan..ayah ngan arwah atuk paling expert cakap jawa..
kadang2 tu, bukan nak belakangkan mak abah, cuma…ada benda2 yg kita tak nak dia risau, asalkan benda tu baik ok lah…
dan mama, bt nana terfikir gak…mak abah cuma nak anak2 dia selamat jer..
dan, cara kita di besarkan pun kadang2 mempengaruhi corak kehidupan..
tak per lah, yg baik kita amik buat tauladan, yg buruk ni bt ingatan dan sempadan
mana tau bila dah ada family sendiri, leh praktik apa yg mama ajar pada anak2..:)
think positif jer kak jie…
dah kak jie cakap dia bawak dah ok,
try la kasi lepas skali…ngee…tp bnyk2 doa jugak la kan…
Salam,
Sesekali je Along nak lepak dengan kawan2 musim cuti macam ni…hanya kena lebih hati2 sebab musim cuti kenderaan banyak di jalan raya, semua orang ambil kesempatan nak bercuti.
Hari ini jalan memang lengang. Kawan siap perli kenapa lambat ke pejabat sebab terlajak ke jalan Duta sehingga terlepas Kota Damansara kerana buat Superman di Highway. Ha….haa…
anak2 sampai masanya mmg kena kata ‘ya’ kan kak. at least dia berhati2.. tu yang pentingnya…
**saya pun masih ada embah jugak~
ala..okay je kak jie..kak jie pon jadi remaja lah sekejap…hehehe…
seronok tengok kisah akak cerita pasal anak-anak dah besar. mulai terfikir, macam mana agaknya bila anak saya dah besar {huhu}.
p/s: thank the link 😉
sebab tu anak2 lelaki kak jie, cukup 16 tahun ambil lesen…serisau
nak ditegah – belakang kita dia buat dendiam, jadi apa2 lagi tak dilindungi undang2
garisan antara bagi dgn tak bagi tu halus sangat…. nak buat keputsan berdolak dalik
kalau saya…pegi rawang saya bagi, pegi PD belum boleh lagi..(hehe jahat tak?)
ada ke anak2 bujang nak bawa mak dia p piknik dgn kawan2… 😮
hehehe…dh biasa ikut parent lepas je..ikut tag ye
itu belum dia minta pinjam kredit kad mama…adeihhh
anak2 – dilepas risau
dikongkong pun risau
iso ngomong jowo?
bukan nak mandi sangat kot…nak pe cuti2 dgn kawan2 je kot
kadang2 mak² ni fikir jauh sangat..yang bukan²
kadang2 nak juga fikir positif – kalau dah tertulis apa² yang akan berlaku, dengan kita mak bapa dia pun boleh berlaku..kalau lepas tak ada perasaan risau, macam tak boleh juga…
kalau risau sgt, letak gps monitor real time 😎
setakat ini, cara pemanduan dia dijalanraya dah ok…tapi biasalah mak2 ni…. nak harap anak 19 tahun tu dok bawah ketiak..tapi sampai bila
Kalau time aku ade smartag pun aku mintak!! 😉 😛
anak bujang cikmin yang 13 tahun..dah mula bawak motor pusing2 taman…gerak sikit je nak naik motor..ishhh..serba salah kadang tu jugak..
tulah dilema ibu bapa dan anak kan..hoho..macamana lah nanti..
boleh je bagi..kak jie follow skali la..hehe..
wah siap smart tag sekali, ermm pepandai k jie lah ye.. hebat bebudak zaman skrg nie ek
mbah ?.. putu ?.. bunyi cam ayat jawa tu.. 😯
sekarang ni musim hujan.. di Gemas sana sudah pun banjir..
kat PD tak tahulah pula sama ada sudah banjir atau boleh mandi lautnya..
tapi kalau setakat PD di Pantai Dalam KL tu, ahaks… AYAM PANGGANG NARA satu!
tak bagi susah bagi risau. ada teman cerita air matanya lebih banyak keluar bila anak dah besar-besar. dulu masa kecil katanya bilalah anak nak besar biar mudah dia bergerak….
ermm..bagi je kak jie… sebelom bagi tu beri dulu syarat2 wajib pemanduan berhemah… 🙂