Sesiapa yang selalu usung DSLR kat leher tu atau sangkut kat bahu, sila lebih berhati-hati apabila membawanya di tempat awam.
Satu video klip yang telah didedahkan oleh WikiLeaks yang dimuat turun di youtube mendedahkan bagaimana juruterbang helikopter Apache Amerika menembak orang awam akibat salah faham mengenai kamera tersebut.
Dalam video klip ini, seorang wartawan Reuters Namir Noor-Eldeen, pemandunya Saeed Chmagh dan beberapa orang awam telah ditembak mati di tempat awam di timur Baghdad.
Mereka disyaki sebagai pengganas hanya kerana kamera yang digalas seolah² menyerupai senjata.
Kenyataan rasmi dari pihak tentera Amerika mendakwa tidak mengetahu bagaimana kematian ini berlaku.
Tonton video klip yang didedahkan oleh WikiLeaks
Nota: 5 lagi laman web ‘pembocor rahsia’ telah wujud selepas WikiLeaks iaitu OpenLeaks, Brussels Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.
©kujie – nafsu adalah musuh dalaman bagi manusia
baru hajat nak beli satu.. tp dalam Malaysia aman lagi kot..hehe
sib baik sy xde DSLR n bukan duk kt sane…hahaha…mende leh speculate…tp keadaaan terdesak mcm2 leh berlaku…x digalakkan bwk DSLR pun kt negara2 tertentu..aku rase mlysia x termasuk laa kot…
hm..tak pasal2 kena bunuh
sampai macam tu ker…. ish ish sih…. 😯
Wikileaks adalah trend setter yang pasti menjadi ikutan yang lain kerana ada yang kata wikileaks adalah permulaan media baru atau mungkinkah DAJJAL baru bermula???
hmm..alsan la dorg wat2 mcm ‘tak sengaja’ pdhal dorg mmg xksah pn kalau sapa2 yg mati…sb dorg kn amerika..kuasa tbesar..buat slh pon, org akan kt ‘xpa./’ xsngaja..hmm… 😯
Dah tengok video ni. Tapi tak tau pula cerita sebenar. Bila baca entry ni baru paham. huh! Amerika.. Amerika..
salam…teruk laa camnih..saje jek nak cari pasal tuh..moga ALLAH melaknati kafir laknat tuh…aminn
nantikan lagi pendedahan yang bakal dibuat di wikileaks. Biarkan satu dunia tahu kejahatan US.
Alfatihah buat yang terkorban…
US ni terlalu disogokkan dengan propaganda media..sendiri yang paranoid
Sememangnya Amerika dan Yahudilah bangsa yakjuj makjuj yakni bangsa perosak di muka bumi ini.
err.. yg keenam barangkali bertajuk, “bumbung Parlimen Malaysia leak” lagi…
hehehehe
Hmm… bila kecoh fasal wikileaks baru saya tahu web sebegitu wujud, bila mahu access, dah tak boleh. Tapi grafik kat atas mmg menyayat hati.
Kita aware masa perang, everything is suspicious. Tapi nak tembak rambang macam tu, keterlaluan. After all, they invaded the land, the mistakes came after that were in package.
selalu diaorg cakap tersalah tembak tapi sebenarnya sengaja. Eiii geram!
amerika cuma mencari alasan… tentera di baghdad under pressure dan ada yg dah biol… jadilah kes2 camni…
panas betul dengan tentera Amerika ni….EEEE!!!
Kat Iraq, orang awam kena tembak dah jadi perkara lumrah. Dalam kes ni diorg bagi reason tembak sebab salah sangka, ada sesetengah kes yang langsung takda reasons untuk menembak pun ada.
saya dah tengok video tu memang kejam giler, jadi kalau nak ke negara bergolak jgn bawa DSLR 🙂
“Let’s light them up” -selamba, sebijik macam dalam cerita Avatar. Mereka tembak sebab mereka tau mereka akan terlepas (sekurang-kurangnya di dunia ni la kan).
OMG..takpe, leh tembak balik ngn DSLR tu kan…:-p
Saya biasa juga usung DSLR kemana-mana. Tapi tak sangkut kat bahu atau leher, sebaliknya masukkan dalam beg tangan yang besar. Bila nak tangkap gambar, baru keluarkan dari beg~ 😉
waaa…baru tau…bahaya rupanya…
kat malaysia mesti kena ragut je kalau letak kat leher..hehe
kt Malaysia mungkin takkan jd mcm ni lg kut..huhu
macam2 la kan sekarang ni…..
mst banyak lagi isu yang belun d dedahkan
pergh bahaya ni….huhu…bawak camera phone jela camni..keke
Gile dong ah.. baru je nak beli DSLR…
jahat la tentera US ni.. main tembak je.. paranoid sangat dengan penganas.. teknologi tinggi tapi nak kesan kamera ke senjata pun tak pandai.
erm susah la macam ni
penembak tu buta nampak gaya..
wow..bawak kamera pun boleh jadi camtu..tak pasal2 je..teruk tol
orang yang tiada keberkatan hidup selalu mempunyai perasaan yang tidak baik dengan orang lain contohnya amerika…sering saja merasakan diri mereka terancam padahal diorang yang menjadi ancaman kepada orang lain…
patut mereka kena konform dulu betul2, ini pakai tembak je nyawa tak bersalah, kalau kat m’sia cmni, naya la..
bahaya nih.. nasib baik takde dslr 🙂
Kena berhati-hati la lepas ni
Susah juga kalau tersalah tembak orang
kesiannya…jadi mangsa 🙁
buta ke hape diorang nih?? lepas dah salah tembak, buat2 tak tau nape diorang mati.. askar amerika yang sebenarnyer terrorist
innalillahiwainnailaihirojiuun… itu yg org ckp, berada di masa dan tempat yg salah..
Sampai macam tu sekali jadinya =___=