petikan dari novel Diari Mat Kilang m/s 141
Novel Diari Mat Kilang dah pun sampai. Saya baca sampai habis walau font yang amat comel berbanding mata makcik rabun ni. Gigih nak habiskan juga.
Terimakasih Nueaman. Dalam novel ini, watak Kak Jie sebagai Penyambut Tetamu di kilang tempat Wan bekerja.
Terus teringat pengalaman sendiri tahun tahun 1989 – 1993 . Saya juga Minah Kilang. Lepas lahirkan Along baru berhenti kerja.
Nak tengok gambar zaman dulu? Gambar 20 tahun dulu.
Ini gambar tahun 1991 , baru 3 bulan kahwin.
Ini uniform staff JVC untuk Production Clerk. Uniform asal berskirt pendek sebelum saya dan 2 orang staff Melayu mengantikan skirt pendek dengan seluar panjang. Sebelum tu semua staff bahagian perkeranian ( Production atau HR ) berbangsa Cina. Seksi macam awek Jepun beruniform skirt pendek dalam drama Jepun Shomuni ( Power Office Girls )
Ini dalam pejabat . Atas meja Supervisor tu ‘bunga telur’ pengantin saya. Dia buat hiasan bunga meja. Supervisor saya waktu tu masih bujang – tua setahun saja. Sebelah kiri tu komputer zaman dinosour sistem MS-DOS ( MicroSoft Disk Operating System) dan mesin cetak Dot Matrix yang bunyi sret ….. sret ………. sret . Disitulah kali pertama kenal komputer dan menaip menggunakan keyboard.
Komputer dulu yang perlu diselit disket (floppy disk ) saiz lebih 5 inci . Supervisor dan Ast Manager pun tak tahu nak guna komputer. Saya belajar sendiri² dengan bantuan Mr. Kong salah seorang technician production di situ. Saya antara kumpulan pertama yang memulakan kerja di kilang tersebut. Sama dengan Ziana Zain tapi dia department lain ( sebelum jadi pramugari dan artis ) dan mendapat latihan terus dari staff yang didatangkan dari Jepun.
Gaji dulu tak sampai seribu boleh hantar bagi mak kat kampung, duduk rumah sewa kat Taman Sri Muda. Pengangkutan utama Bas Mini dan Bas Sri Jaya.
Hari gaji paling happening turun Klang makan KFC. Bergaya habis dah dengan budaya mat salleh KFC yang masih bergarfu dan pisau.
Saya masuk kerja sebagai Operator Pengeluaran biasa, 3 bulan kemudian menjadi Line Leader dan 2 tahun berturut² mendapat Anugerah Pekerja Terbaik . Kemudian saya naik pangkat sebagai Production Clerk.
Seronok bila kenang segala pencapaian – dan membuat pilihan berhenti kerja sewaktu sedang dikemuncak. Bukan keputusan yang mudah sebenarnya tetapi saya tidak pernah menyesal. Dulu² ada juga rasa rendah diri kerana tidak berkerjaya – hanya surirumah.
Tipulah kalau saya tak rasa rendah diri bila diperkenalkan di kalangan keluarga suami. Semua ipar duai berkerja dan sebagai surirumah tak berkerja saya sedaya upaya tidak menonjolkan diri dalam apa saja keadaan , berpakaian atau keperluan diri dan keluarga.
Tetapi saya tak pernah menyesal berhenti kerja untuk membesarkan anak² – kita tak mungkin dapat semua dalam hidup ini. Pilihlah apa yang perlu mengikut kesesuaian masing².
©kujie – tunggu satu lagi buku yang dibeli dari blogger.
haha… tidaklah kak Jie. Department lain… hehe
Terima kasih ye kak jie kerana tegar membaca sampai habis. Maaf kalau ada sebarang kekurangan pada watak kak jie tu. Sekadar mengabadikan rakan-rakan.
*Ada watak-watak tambahan lain dalam DMK2
Ada tuliske?Tak perasan,sorri.
erk…dgn scha tu ke? 😆
owh..tahun bila…entah2 kawan sedepartment 😀
jadi surirumah zaman skrg kena serba serbi tau
anak2 lebih terbuka – semua yg dia nampak akan di tanya
kadang2 kena jadi engineer – dia tanya kenapa orang tu buat jalan….dia turap baru tapi dirosakkan yang lam.. 😆
kerja selepas spm sementara lain rasa dia………. tanggungjawap tu mcm nak isi masa lapang
berbeza dgn kerja untuk dapatkan pendapatan 😀
skrg ni mak2 kena jadi macam-macam..bukan saja supermom…power puff girls pun kena gak 😆
lepas berhenti kerja….selalu tengok drama jenpun power office girls … memang teringat sgt sebab sama je uniform nya
tak baca ke entri tu…