Susu 2Malaysia
Isu Semasa

Susu 2Malaysia

Intan balik sekolah kejap tadi dan tunjukkan kotak susu UHT perisa cokelat.
“oh…susu 1Malaysia”
” bukanlah………….. dua”


hehehe..yelah susu 2Malaysia.

Tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu ( lewat tahun 70’an) Projek Susu Sekolah Dan RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ) . Mak bapa saya bukan orang senang ( dengan adik beradik bersusun paku ) tetapi saya tak dapat RMT – cuma sesekali bila ada pelajar yang tidak hadir, bahagian dia baru diagih² kepada murid lain. Masa tu dapatlah merasa nasi atau roti. Lagi istimewa dapat minum susu kotak.

Susu kotak yang tak pernah mampu dibeli oleh mak ayah.  Tapi masa tu jarang sangat ada kes keracunan makanan atau mungkin ada kes tetapi hebahan maklumat masih tidak sepantas sekarang.

Hari ini Intan cakap, semua murid di sekolah dia dapat susu perisa cokelat 1Malaysia ni.  Tiap orang 2 kotak, jadilah 2Malaysia.

©kujie – Angah balik malam ni…( berapa kali nak cakap dahhhh )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Susu 2Malaysia

  1. Saya juga sempat dgn rancangan makanan tambahan tu tapi saya tak dapat…tumpang kalau ada lebih2 saja…tapi susu tu, saya antara murid yg dapat…kalau dapat byk,boleh kongsi ngn kawan2…itu dulu punya cerita..hehe

  2. ye la kakJie, terkenang-kenang pulak masa sekolah dulu. kita pun tak merasa, anak pegawai kata. tunggu cikOni masuk sekolah la gaknya. 😀

  3. teringat zaman sekolah dulu….budak2 yang dapat RMT semua muka sedih…ye lah, bukan dari golongan berada…bukan senang nak dapat makan sedap2….free pulak tu….duit poket 50sen jer time tu mak bagi…budak2 sekarang ada yang 5 ringgit….hmmm…

  4. susu masa sekolah ni sebati dah…..dulu mama selalu beli tak silap harga dia 30sen sekotak….mama suruh beli satu karton lepas tu dia kata bawak balik 6 kotak jer utk share dengan adik2 selebihnya sedekah kat kawan2 yang dari keluarga miskin…

  5. nak nak sambut Qurban ni, mungkin ada dua tiga ekor unta di bawa masuk …pergilah menyondol bawah perut unta tu… 😆

  6. Salam ShueQry….. terimakasih jengok Kak Jie…antara blogger awal Kak Jie kenal…moga masih bersemangat dan masih memberi ‘khidmat’ kepada pembaca.

  7. saya pula, suka kumpul cover susu kotak tu kemudian simpan..pasti saya ngan kawan-kawan lipat untuk di jadikan kad tepuk..aih, teringat kenangan masa sekolah rendah.

    Salam Kak Jie, ShueQry di sini.

    Apa khabar?

  8. dulu saya selalu tak dapat minum air susu kotak kat sekolah. sekarang terasa taknak minum susu sekolah lagi dah. haha. terasa nak try susu untalah kalau ada jual kat malaysia.

  9. fuhhh ada balik susu ni ….masa zaman saya sekolah dulu ada gak la dapat susu ni …kalau pengawas ngan anak angkat cikgu bedah dapat la 2-3 kotak. Tapi kalau puji lepsetik cikgu bedah lawa dapat sampai 5-6 kotak….asyik lawa je la lepsetik cikgu bedah kata bebudak yang suka minum susu ni….kekadang cikgu bedah lupa pakai lepsetik pun kata lawa gak….confirm dapat pelempang!….gagagaggaga….haiz memori susu sungguh!!

  10. sedut2 masam.. sedut2 masam.. pernah terjadi minum air kotak basi. salah sendiri… x tengok tarikh luput..

  11. susu 2 malaysia :mrgreen:

    eh dah ada text-adv. tapi text-adv tu macam link biasa je tengok tak de disclaimer. pelik la innity ni 😆

    kalau google selalu ada adsbygoogle gak

  12. betul tu kak jie.. rasa seronok sgt bila dapat susu tu… tapi zmn linn dulu kena beli.. abah bg duit gak.. beli sekotak jerk.. haah lah kakjie.. corak kotak susu tu sentiasa berubah kan.. hihihiih.. mengimbau sungguhlah susu ni

  13. Kak jie..teringat masa sekolah dulu²..sedapnya dapat minum susu ni..kotak pun dah cantik.. 😆

  14. huhu… kak jie nie.. terus teringat masa sekolah rendah dulu.. saya ada dapat RMT tapi kadang-kadang je amek makanan.. air kotak tetap amek.. sebab kadang tak sedap makanannya.. itu lah menteil yang tak pernah bersyukur…

Comments are closed.