Peribadi

Jalan Pandang Depan…

Tuuuuuu………..dia menu tengahari untuk hari ni…Ketam 3 rasa! Masa birthday saya bulan lepas suami bawa saya makan malam kat satu restoran Bt. 16 Rawang..sedap ketam 3 rasa dia, so hari ni saya pun nak try test kemahiran yang tak seberapa ni. Saya beli 3 ekor ketam…dan yang dalam gambar tu adalah baki selepas berhempas pulas mengunyah dan mengelap peluh kekenyangan………yang lain…..selamatttt………Alhamdulillah!

Untuk Shin, Equilibrium, Sayda , Intan atau pun Kuden yang nun jauhhhhhhhhhhhh dari tanahair……sila tutup kedua-dua belah mata anda! Jangan pandang gambar tersebut. Kak Jie tak bertanggungjawap atas deraan jiwa dan rasa ini..hik..hik……!

Kita lupakan pasal makan sebab ada orang tu tengah berdiet la……….kunun. Shai dengan Kak Red tu tengah menjeruk hati ( jeruk kelubi sedap la juga….! ).

Semalam , opss…pagi sebenarnya dalam kul 1.30 pagi, saya memandu seorang diri dari Serendah ke Puduraya menjemput suami yang pulang dari Johor. Dia bertolak dari Pasir Gudang dengan bas 9.30 malam dan sepatutnya tiba di KL 2 pagi. Ini bukan kali pertama saya memandu pagi-pagi buta macam ni , tetapi saya nak cerita yang malam tadi tu special la sikit.

Sebelum bertolak tu, saya merayau ke blog Puan Pearl…baca preview filem Jangan Pandang Belakang…..huhuhu…. sesiapa yang tengok filem ni tentu berdebar jugakan..nak keluar rumah waktu macam tu. Seorang diri pula tu…………Jalan Rawang ke Selayang melalui Templer Park yang sunyi sepi tu…hik hik…tetapi demi suami terchenta…saya tolak gate rumah…saya hidupkan kereta …saya memecut juga Serena .

Dalam perjalanan tu, memang sunyi..hanya sesekali tersempak lori-lori yang sarat bergerak macam Snailmyx..huhuhu….Mulut saya tak henti-henti baca ayat Kursi dan segala ayat Quran yang sempat di ingat.

Jalan lapang…saya bawa 100 km/h , tanpa saya sedar dah sampai Jalan Kuching. Jam di dashboard tepat 1:55 pagi. Saya memandu di lorong kanan dan sesekali mencapai 110km/h tetapi dalam hati agak risau kerana limit speed Jalan Kuching 80km/h.

Selepas susur keluar Kepong, saya masih speed 110-110km/h di lorong kanan…tiba selepas selekoh berhampiran bekas plaza tol tu ada sekatan jalan raya………wa’aaaaaaaaaa…mesti kena punyalahhhhh…..wa’aaaa…..mengigil la juga…berdebarlah juga…orang buat salah , biasalah kan..kan…. cepat terasanya walaupun tak pernah sentuh ajinomoto! hiks…hiks….!

Dari jauh saya dah nampak polis trafik tu memegang baton menyala berwarna merah tu , kiri menegak isyarat berhenti dan kanan di arahkan ke kanan , tepi jalan raya…wa’aaa…masa tu jarak saya masih 100 meter.

Bila dah dekat, tiba-tiba polis tu memjerit ” jalannnnn……………….!” dan memberi isyarat baton untuk saya meneruskan perjalanan…Hah!!! pelik saya…dan panik seketika.
Adakah anggota polis tersebut melihat sesuatu seperti pemandu kereta kancil putih dalam filem Jangan Pandang Belakang….atau pemandu bas ekspress????

OOOooo….. mak ! Takutnya!
Atau adakah anggota polis tersebut kesian melihat saya sebagai pemandu perempuan yang memandu macam pelesit tengah malam buta seorang diri?
Atau adakah anggota polis tersebut risau untuk menahan seorang perempuan….. takut saya melalak meraung-raung menangis di tepi jalan raya , mengigil kerana ketakutan di tahan polis akibat melanggar undang-undang jalanraya? muahahahaha…..
Apa pun sebabnya………pengalaman itu sempat juga memgigilkan saya yang sedia sejuk dalam aircond kereta….hiks….hiks..!!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Jalan Pandang Depan…

  1. tips nk bg tau…ketam tu di goreng garing dulu…….yg lelain..tunggulah sy try 4-5 kali ..dh mencapai piawaian ISO..sy baru bagi resepi ye….hekhekk…

  2. Intan…resepi ketam 3 rasa tu kak jie dpt dari restoran masa makan malam utk hari jadi bulan lepas….huhuhu…tak malu untuk bertanya kalau kita suka..hekhek

    kak red … mmg sy pun ratah jer tanpa nasik…ko ingat ko sorang je nak diet…hak..ko sorang je nk anggun…hiks….

    puan pearl …. tu la ingat polis tu mesti nampak kat belakang tu..mcm dreba bas ekspress tu…kelakar kan time tu…sy tgok jangan pandang belakang tu 3 kali !

    mika…tu menu semlm..hari ni lain…dtg la…kita goreng ikan kembung je…hiks..hiks…

    shin…resepi ni letak epal…nnt kakjie hntr serai ye kat sana..kita JV buat bisnes serai kt sana

    indah sakura >>> 1st time sejak ada lesen sy pernah kena tahan potong double line kat Bentong, Pahang depan kem askar tu… polis tu kwn suami sy..esok dia bgtau..aku tahan bini ko..hakhakhak…. abis kena gelak…pasai pucat oooo..pestaim

    papamafia >> resepi popular yg memenuhi pasaran kt mcD or KFC tu terhasil dr cubaan yg mula2 di anggap tak masuk akal… tiap org ada berbagai jenis selera…sy pernah mencubanya di sebuah restoran dan sy suka..hingga sy dapatkan resepi dari tukang masak restoran tu..tp bukan detaillah..sebagai ” mencuba” kita gunalah daya imaginasi masing2…peruk kita..kan kita boleh kenal…hiks…hiks…kalau tomyam tu dh selalu ….letak mushroom…..

    jgn cerita makan la……nak diet mcm Shai..mcm kak red tu…:p

  3. he..he.. ketam pun masak 3 rasa ke? mana ada rasa jie.. isi ketam kat dalam…kalau ikan mmg best.. tapi kalau ketam masak tomyam mmg best..cuba lah buat jie…kalau buat tomyam ketam kena rendam…jadi dia sebati dgn ramuan..org trg cakap “jelira dgn ramuan”….

    Papa mafia

  4. Salam Kak Jie,

    Saya juga pernah di tahan polis kerna memandu melebihi had laju masa operasi ‘Ops Sikap’. Nasib baik polis tu jenis yang mesra alam.

    p/s. Teruja sungguh tengok lauk ketam tu 🙂

  5. hehehe.. ala mama…tak kisahlaa ketam 3 rasa tuh..shin kat sini leh wat sdiri..rasa masam+manis+masin kan..tul tak..dah biasa wat kat sini cuma..ikan jerlaa..kalau ketam rasanya takder kat sini.hehehe…tapi bila lama tak wat..terluiq gak nengoknyer huhuhu..tambah serai tak?..huhuhuhu..kat sini serai takder..

  6. agak agak siapa yang duduk belakang you tu K.Jie..?oops..anyway..polis tu tau lah u ni isteri mithali lerr..pagi pagi jemput suami …
    Lapar tau malam malam tengok ketam tu…!

    Pearl

  7. akak……

    selera sungguh tgk ketam tu kak

    kalo makan ketam wtout nasi, boleh lagi, very the diet still ok!!

    ko tau, aku penah kena tahan polis, masa tu aku anak sorang, every lunch hour aku pecut balik coz nak mengadap baby aku yang skang dah gedabak tu lah.

    bila dia tahan, aku ckp ‘maap bang, nak cepat, nak balik menetek anak, susu yang saya defroz dah abih bang, kena cepat ni bang’

    oh ye ke, oh jalan jalan

    ngeh ngeh ngeh….

    amalkan sajor!

  8. Alaaa..Cane tanak tgk. Dh terpampang kt situ.. Sedapnyeee. Nk masaknye mcm msk ikan 3 rasa jugak ke kak jie?

    A’ah mesti polis tu tk sampai hati. Kebaikan jd pompuan kan, kalau kena tahan ngan polis sengih2 gedik2 aje.. Heh :-D~

  9. EQ >> koyak baju mcm hULK jer..bahye ..bahye ni..kena larikkkkkkkk….

    sayda >> dgn sambal udang je dah tak tahan dugaan org tu kan..kan kan….

    Noushy >> yg nmpk something tu yg seram tu…

  10. hehhehe…about the policeman….that’s a typical standard behaviour of a police-MAN…
    though not all…

    p/s Dia tgk KaK Jie pompuan, kesian agaknya, tak pun dia nampak something sebelah Kak Jie tu tak?ERRR..tatuttttnyaaa!!!

    p/s I love independent woman cam Kka Jie, cayalah!! Make a gr8 leader!

  11. uish.tepat pada masanye.sayda n housemates br sudah tgk cite tuh..haha..
    bukan kami tgk cite..screen tgk kami..haha.muke tutup ngn bantal.
    tp, tgk ketam tuh, mmg xleh nk tutup ngn bantal la..seb baik sayda xleh makan ketam..seb baik..kalu dak..hantam je tuh..hehe

    samabl udang best gak kan equil? muaha~

  12. hins…hins…hins… saya sekarang dlm mode sdg mengoyak2 baju saya n terbang ke mesia sekrg gak….adei…ketam la pulok…baru jap td org sabotaj saya ngan sambal udang..Napekah korang sker nak torture equil yg innocent ini???

    xpe…masa utk bls dendam akan tibe…hins..hins..hins…(superhero asma krn menahan amarahnye!)

    bon appetit kak

Comments are closed.