Terminal Bas Hentian Duta
Pengetahuan Am

Terminal Bas Hentian Duta

Terminal Bas Hentian Duta adalah untuk bas ekspress laluan arah utara. Lokasinya bersebelahan Stadium Hoki Tun Razak dan didepannya mini market Gelanggang Tenis MSN.

Kalau berkenderaan sendiri, mudah untuk sampai – melalui Bulatan Segambut masuk Jalan Duta .  Jarak sepelaungan , kata klasiknya.

Masalah utama di sini adalah kedudukan lokasi tidak strategik langsung kerana jauh dari pengangkutan awam seperti komuter/ LRT atau pun bas henti².  Selain RapidKL berulang-alik dari Hentian Puduraya ke Hentian Duta salah satu altenatif adalah melalui Komuter KTM.

Hentian terdekat adalah Stesen Putra. Turun dari Stesen KTM Putra, kalau susah nak dapatkan teksi, berjalan melintas Jalan Kuching, masuk Jalan Tun Ismail . Depan Villa Putra tu melintas,  shorcut bawah parking The Mall dan tunggu teksi didepan The Mall atau The Legend Hotel. Kawasan sini mudah untuk dapatkan teksi.

Stesen LRT terdekat ialah Stesen PWTC.  Perlu juga mendapatkan teksi untuk ke Hentian Duta.

Dari The Mall ke Hentian Duta lebih kurang 3 kilometer dan biasanya menaiki teksi hanya 5 minit dan tambang lebih kurang RM 6.00.

Ini pengalaman saya menaiki komuter untuk ke Hentian Duta bercuti baru² ni.

Masalah kedua di sini adalah , tempat letak kereta yang terhad.  Ditambah lagi dengan kenderaan orang yang menghantar dan menjemput diwaktu puncak 9-11 pagi dan 11 – 12 malam, sampai ke Institut Integrasi Malaysia kereta bersusun membukit.

Masalah ketiga – akses keluar masuk di Persiaran Duta.  Itulah jalan masuk, itulah jalan keluar dengan lorong sempit dan berselisih dengan bas ekspress sekarang yang besar gedabak dua tingkat.  Di situlah juga teksi nak turunkan penumpang, nak buat u-turn.  Berserabut!

Kalau terus memasuki Lebuhraya Plus melalui Hentian Duta memang dekat tapi nak pusing balik semula ke Jalan Kuching, kena pusing² merry go round.

Biasanya saya terus balik ikut Persiaran Duta lalu depan rumah agam orang² kaya tepi lereng bukit tu sambil memandu ala² romantik pasangan bercinta , keluar melalui Jalan Tunku Putra terus memasuki Lebuhraya Mahameru dan susur kiri ke Jalan Kuching.

Lalu kawasan ni…Intan tu mulalah berangan² gaya Cinderela “and they lived happily ever after……”

Jangan nak angan² kahwin dengan anak orang kaya area ni lah Intan.. orang² kaya tu semua kilang dah tak produktif lagi.  Tak ada anak² sebaya Intan lagi.  Rakan sebaya mama ade lah kot…………pling! :lol:

Mama ni macam ahli sihir tua bangka yang potong stim Intan nak berangan² ♫ buai laju laju……♪♪ aku nak kahwin dengan anak raja!♫

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Terminal Bas Hentian Duta

  1. salam… sy nk komen sikit tentang pengumuman kepada penumpang di hentian duta. 12/2/2013. sy menghantar anak saudara dgn org tua sy disana pada pkl 9:30 pagi, jadual perjalanan bas MARA LINER bertolak pada pkl 10 pagi. setengah jam awal kami berada di dlm dewan platform, mengikut penjual tiket, penumpang kena berada di dlm dewan tersebut, kemudian apabila sampai masa perjalanan, pihak berwajib akan mengumumkannya. sy pun hairan setelah setengah jam lebih tiada pengumuman dilakukan. sebab tiket yg sy beli itu, perjalanan dari KL-SIK KEDAH. mereka hanya umum perjalanan KL-SG.PETANI sahaja. apabila sy rasa x sedap hati setelah pkl 10:10 pagi, sy pun keluar dan alangkah geramnya sy. pihak MARA LINER ckp yg bas tersebut telah pun bertolak pad pkl 10:06 pagi. rugi rm100+++. terpaksalah sy membeli tiket bas lain. sy harap tolonglah tingkatkan produktiviti disana. susah sangat ke nak ckp perjalanan daripada KL-SIK???? KENAPA HANYA CKP SG.PETANI SHJ?

  2. sya dari alor star nk ke hospital selayang jadi nk tau la, klu naik bas ekspress lpas tu bleh ka berhnti di hntian duta dekat x dengan hspital slayang, seng x dpt tksi berapa caj dari hentian duta ke hspital tu? minta tolng bagi panduan…

    1. jarak dt hentian duta ke hospital lebih kurang 14km. saya tak tahu harga teksi tetapj jgn naik kalau awal pagi. lebih mahal.

  3. ada bas dari puduraya ke hentian duta
    dari tempat lain saya tak tahu
    memang susah nak ke hentian duta kalau dgn bas 😐

  4. lau pergi sendiri mmg senang.. dan betul kata kak jie, susah sikit lau naik public transport.. tapi mmg dekat dgn area rumah.. heheee.. lagi dekat la berbanding pudu atau bukit jalil tu.. mmg de benarnya kata2 kak jie tu, parking, lokasi.. nak masuk ke situ pun susah skit lau bukan dari jalan kuching.. sbb nak kena u-turn jauh.. huhu

  5. Tempoh hari beberapa kali terpaksa gi ke Hentian Duta untuk menghantar isteri dan juga kawan ke sana, seperti kak jie tulis, memang susah klu nak gi naik public transport.

    Bab parking tuh, kekadang saya parking jauh kat atas lereng bukit tuh, huhuhu, sebab tak boleh nak parking kat bawah, takder kekosongan.

  6. “Mama ni macam ahli sihir tua bangka yang potong stim Intan nak berangan² ♫ buai laju laju……♪♪ aku nak kahwin dengan anak raja!♫ ”

    ini ayat memang tak bole blah! :mrgreen:

    Hentian Duta, setakat ni tak pernah guna, memang takde pengalaman ngeri macam yang K. Jie rasa tu. Untuk bas ekspres, memang saya harap takde kesesakan / payah untuk berurusan. hatta hentian pudu yang kena pindah ke Bukit Jalil pun saya dah rasa seksa..

  7. pernah pergi hentian bas ni….memang amatlah sesak-menyesak…..sometimes tak paham kenapa di KL ada jer stesen bas lokasi tengah bandaraya….sure serabut….maybe generasi akan datang utk perancang bandar perlu fikirkan soal ni..

  8. Jangankan intan, ni budak yang da tua bangka ni pun slalu berangan camtu bila tgk rumah besar cam fairytale tu.. ngahaahaa

    Ouh ann tak kenal jalan2 kl ni, dulu pun main ikut jer kemana komuter/lrt/bus rapid tu g.. tau tau da sampai depan umah. haha

  9. next time kalau tak ada worg mau jemput memalam tu, call aje maza.. insyallah, setakat kak G dan anak2 masih muat benar rumah maza tu… hehehehe

  10. Susah Maza …. kami ni tak ada sesiapa nak jemput..kalau sampai Hentian Duta memang susah untuk dapatkan kenderaan untuk balik.

    Malam selepas pukul 1 pagi memang sunyi tapi kalau Maza pergi waktu 11-12 malam…meriah macam ada pasar malam 😆

  11. memang tak strategik sebenarnya…

    tapi rasanya org dari utara pun dah banyak kali mengeluh… tapi nak buat camna… huhuhu

    kalau malam seh sunyi lorr.. bahaya untuk suami org mcm abam maza ini.. huhuhu
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  12. saya nak ke puncak alam singgah sebentar di hentian duta untuk menurunkan penumpang yang nak ke kl atau bukit jalil…kira penah sampai jugak la…kalau pagi memang penuh teksi…pakcik2 tu dok buat promosi untuk mencari nafkah…

  13. itulah.. sebab masalah utama tu lah saya je lah jadi mangsa member suruh hantar ke sana.. kalau tak dihantar dikatanya kejam pulak..

    ppsst.. ini laluan pegi balik keje dulu.. dan berdekatan sinilah saya eksiden dulu.. huhu..

  14. tak suka pergi hentian duta 😀

    ada masa nak raya tu, dari changlun ke kl, tak tahu pulak dah pindah ke hentian duta dan masa tu henset rosak tiba2.

    dah sampai sana nasib ada duit kecil dan public phone untuk telefon ayah sebab dia tunggu di pudu 😀

    p.s yang saya ingat area tu ada court tenis tu je

  15. Logiklah… macam kak jie tak pernah sampai Melaka Sentral ( pernah sekali) tentu Kak Jie tak dapat menulis mengenai Melaka Sentral dengan sedetailnya…

    Kak Jie tulis tempat yang Kak Jie tahu…. 😆

  16. sekali je pergi sana sebab nak ke alor star, terpaksa naik bas dari pudu ke jalan duta, sampai sana bas tak sampai2 lastly berebut naik bas dari syarikat yang sama tp bas lain sampai berebut seat

    tapi sampai juga ke alor star 🙂

Comments are closed.