08/11/2007 – Salah satu hari paling indah dalam hidup saya. Hari ini hari ulangtahun kelahiran Angah yang ke 13. Kami sekeluarga keluar untuk bersarapan. Dengan 4 keping roti telur, 3 keping roti canai & 2 nasi lemak kerang sudah cukup membuktikan bahawa anak-anak saya telah dewasa.
Selepas sarapan, kami belum terfikir arah yang hendak dituju. Suami cadangkan ke Fraser’s Hill. Horey…horey…. semua setuju. Dengan perjalanan yang selesa kekenyangan kami bergerak secara santai ke Kuala Kubu Bharu. Bercerita dan berteka teki. Bergurau dan ketawa.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Empangan Sg. Selangor. Kami sering datang ke sini sejak dari mula proses pembinaan lagi. Banyak yang anak² saya belajar tentang empangan. Dulu sewaktu jalan lama masih boleh dilalui, kita akan menjumpai perkampungan orang asli.
” Kenapa tutup dengan plastik bah..? Intan bertanya bila terdapat banyak cerun yang terhakis yang ditutup dengan plastik di sepanjang perjalanan.
” Hakisan “
” Hakisan tu ape bah….?”
” Hakisan tu erosion…”
” ha ha ha…ingat pergi site meeting ke bang…”
Hari ini Intan belajar tentang hakisan memandangkan suami saya memang banyak terlibat dengan kerja-kerja membaikpulih cerun terhakis terutamanya Splash erosion.
Kata Angah, semakin kita bergerak tinggi dari paras laut, semakin banyak spesis pokok buluh berdaun besar dan lebar dan semakin banyak pokok jenis paku pakis. Saya memang suka pemandangan tepi cerun dan tebing jalan yang dipenuhi mata air yang mengalir perlahan dengan diselaputi lumut halus. Pokok orkid berbunga ungu tumbuh liar dan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang berbalam diseliputi kabus.
Kami tiba di pusat bandar Bukit Fraser tepat jam 12 tenghari dan suhu menunjukkan 26ºC. Kata Along, setiap kenaikan 136 meter dari aras laut, suhu akan turun 1ºC. Saya pun tak tahu sebelum ini.
Selepas solat zohor berjemaah dengan penduduk Fraser’s Hill, kami tapau makanan dan mencari tempat untuk lepak. Di tepi padang golf ditiup bayu dingin, makan anak beranak memang bahagia.
Lepas makan, kami main dam ular… ha ha…susah betul main dengan kanak². Menangis tiap kali kena telan dengan ular dan tak mahu turun kebawah. Setiap kali pemain golf selesai membuat putter atau drive, kami akan bertepuk tangan seolah² mereka peserta competition. Sikap sporting mereka yang memberi respon kepada kami lebih menyemarakkan semangat kami untuk bersorak seolah² pemain tersebut sehebat Tiger Woods.
Sejak menetap di Serendah, kami telah datang ke Fraser’s Hill 3 kali. Cukup seronok menghabiskan hari yang indah seperti hari ini di tempat yang sejuk bersama keluarga tersayang. Selepas habiskan masa 3 jam, kami bergerak untuk balik.
Owh………. hari yang indah ini belum berakhir.
Malamnya kami keluar lagi……….. best betul hari ini. Kalaulah anak saya 10, mesti tiap bulan keluarga saya sambut hari istimewa kan? Birthday’s boy minta untuk ke McDonalds. Abah yang dalam mood paling stabil memandu membawa orang² tersayang mengikut arahan. Sementara menantikan pesanan, Along ke Parkson belikan hadian untuk Angah.
Pesanan abah…. ” Jangan ajak makan diluar lagi sehingga bulan depan…….” .
Disember??? Harijadi lagi ke?
yginsaf mgkn masa tu jln terpaksa ditutup, maklumlah musim hujan skrg ni…tanah kt kawasan tu tak stabil….hakisan sana sini.
Jln lain yg sy maksudkan itu terletak 250 meter dari jalan yg lama ( jln sehala) ke arah Kuala Lipis.
iye 3x, fraser’s hill yg indah permai.. jalan itu masih sehala, jalan yg satu lagi me x tahu.. uhuhu
arin >>> dtg le…best kat sini tak de la sesak sgt mcm kt CH
Wahh..macam nih leh gie Fraser Hills la..tak penah lagik sampai ke sana..mmg best kalau dapat berjalan sekeluarga..
bp aminnn… skrg ni jalan turun dan naik dah asing, tak perlu tunggu dekat gate untuk naik.
jeff he he he… rock metal tu macam batu bata buat air terjun mini depan rumah ke…?
FH among best location. buleh gi balik hari.
yg bwh ni, sajer buang karang menyambung dialog yg direka sendiri ..
“erosion tu apa ?”
“ooo tu kumpulan rock metal”
Seronok tengok keakraban keluarga bahagia ini. 🙂
Dulu-dulu, masa saya naik ke situ, di awal tahun-tahun 90an dulu lebih sejuk tempat-tempat itu.
skrg ni mmg musim hujan… kalau nk pergi CH tu byk tempat kita nk melawat…kena tgok cuacalah..nanti kan takut terperap dlm bilik je…kena pakai stoking..ha ha ha..nak pijak lantai bilik pun sejuk :p
wah..seronoknya jalan-jalan makan angin dengan family…ermmm..kami bulan depan nak pergi cameron highlands lagi…aiseh…entah2…time hujan kan…