Aktifkan Plan B!
Peribadi

Aktifkan Plan B!

Plan A gagal saya ubah Plan B.

Ligat tangan saya menconteng² kalendar kuda menyusun atur tarikh sesuai.   Telefon KTMB Toll Free 1300 88 5862 dan Transnasional Infoline 1300 88 582


Disebabkan cuti sekolah awal sebelum hariraya, saya ubah plan balik awal cuti dan kembali semula sebelum raya. Cuma Along tak dapat ikut balik sebab masih ada kelas sehingga 9hb .

Saya telefon KTMB Toll Free, dia cakap tiket masih ada.   Saya ambil masa 30 minit memandu ke stesen keretapi  Rawang  – bila sampai sana,  semua tiket untuk 3,4 dan 5hb habis!    Rugi pula tak booking online.  Tak boleh tambah gerabak sampai ke JB ke? hiks! :lol:

Saya ambil risiko beli juga tiket balik ke sini 7hb September dan  memandu ke Hentian Duta cari tiket bas untuk pergi ke kampung. ( saya keliru nak gunakan ‘pergi’ atau ‘balik’ kampung  dalam keadaan ayat ini ) Tiket balik dah ada, tiket pergi belum ada…. betul² tawakal!

Dapat tiket ke Butterworth jam 11 malam 4hb September. Itu saja tiket hentian terdekat yang ada. Saya perlu ambil 2 bas lagi untuk sampai ke rumah.  Tak dapat balik beraya, balik berpuasa dengan mak pun cukuplah.  Saya tiada masalah untuk suaikan keperluan  mengikut keadaan.

Saya balik semula pada 7hb September , kali ini dengan keretapi dari Sungai Petani bersama Angah. MRSM mula bercuti pada 8hb September.

Saya perlu tinggalkan kereta di stesen keretapi Rawang kerana keretapi dari utara dijangka tiba hampir 5 pagi.   Saya tiada sesiapa untuk menghantar atau menjemput.  Kena rancang sendiri dan usaha cari sendiri jalan penyelesaian terbaik.

Tapi bukannya susah sangat pun. Tak macam mudik lebaran di Indonesia tu.
kredit : mediaindonesia.com

p.s – korang  tak penat  ke baca entri saya nak balik kampung… ke hulu ke hilir sana sini begitu begini.

©kujie – saya tak sedih mana pun tak dapat balik raya sebab macam terkontang kanting ditengah². Suami di luar negara, saya di sini dan kampung di sana. Mana² pun tak mungkin sama………….. seperti tahun² dulu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Aktifkan Plan B!

  1. Kalau bab ni, saya rasa saya faham apa yang cik abang tu fikirkan, saya pun kadangkala berfikiran sedemikian. Semoga semua plan kak jie akan berjalan lancar…

    -sedikit demi sedikit korek rahsia kebahagian rumahtangga untuk dijadikan panduan 😉

  2. bila anak dah besar2 sekolah lain2, mmg jadual tunggang terbalik.

    superwoman cam akak pasti boleh mengatasinya. 😀

  3. hehhee.. betul juga. Sebab saya terfikir dari sudut saya seorang lelaki, yang memang suka belasah drive jauh2.. hatta muar ke kelantan seorang diri..

    ps- bab kete kena tow tu memang saspen wooo

  4. adeh… sakit la punggung tu duduk dalam kereta api.. kalau dari johor ke kedah… fuhhh mcm dah 2hari la

  5. 1. sangat tidak berbaloi memandu sejauh 800 kilometer pergi balik kalau hanya berdua dengan Intan

    2. memandu di musim perayaan membuatkan encik suami nun jauh di sana tidak senang duduk . Last kami balik tanpa beliau kereta breakdown di tengah2 highway terpaksa di tarik dgn tow truck

    3.

  6. banyak plan ni… kalah planner yang bertauliah… apa apa pun semoga selamat ke destinasi yang dituju dan dipermudahkan perjalanan….

  7. memang memenatkan baca entry K.Jie ni.. kejar sana, kejar sini, telefon sana, telfon sini.. kuda-kuda kat kalendar tu pun penat juga rasanya..

    errr… nape tak memandu je ke semua destinasi?

  8. balik sp tu bolehla singgah2 ye.. dekat je tu. alang2 boleh tengok baby azman 🙂

  9. memang perancangan yang teliti, saya baru je dok bincang ngan wife tadi tentang plan A dan Plan B, sebab hari ni baru dapat jadual bertugas untuk hari raya, jadi plan A dah bertukar dan tak boleh guna 🙂

    nice entri kakjie

  10. tu ler pasal..sy kena buat connection dgn 3 buah negeri…pahang tempat keja, kelantan rumah ma n abah…melaka umah suami…travel je la kejanya..

  11. Kak Jie baca…siap cari map Semenanjung M’sia..draw melaka – kelantan – pahang…dok faham lokasi masing²

    inilah kalau sorang di sana sorang di sini..kampung di sana kampung di sini…kena masing2 susun .
    :mrgreen:

  12. kul 11 dari KL..sampai Bagan 3 pagi

    adik Kak Jie tunggu kat sana…

    kalau Poket nak tunggu Kak Jie pun boleh gak 😆

    EX5 ke BMW 5 Series? 😆

  13. syabas kakjie, akhirnya selesai jugak masalah…dpt rasakan kesusahan yg kakjie alami tu..selagi tak setel selagi tu kepala dok tercongak2..pikir jugak cmne pun bg selesai segala masalah…

    mcm sy thn ni, harap2 tkde masalah..ikutkan awal2, thn ni beraya di melaka, raya haji di kelantan…sy tak kisah pun, tp kalo boleh nak jugak balik ke kg di kelantan..tp encik suami tk dpt cuti katanya sblm ni..so sy amik keputusan, sy balik seorang..janji dpt gak balik sama ada sebelum raya atau selepas raya…mesti kena balik jugak…rasa ada sesuatu yang tak kena kalo tak balik evn sekejap…
    tapi akhirnya plan berubah, sbb kebetulan adik encik suami kawin masa raya haji…so ubah raya puasa di kelantan, raya haji di melaka..umpama pucuk dicita ulam mendatang la…tgh berkira2 mungkin akan balik ke melaka dulu sebelum sy balik ke pahang semula lepas raya nanti..belum dibincangkan dgn encik suami lagi…

    oppss sori, tetiba tercerita panjang lebar pulak…hehe…
    anyway kakjie, sy sangat bangga dgn kakjie yang tabah…

  14. kol sebelas mlm sampai bagan,
    mana ada bas lagi kak..
    dah la tu sungai petani nyerbas last rasenyer 1030
    (Rasenyer lah)

    nak sayer gi amik?
    tp EX5 lah.. ^^

  15. Memang agak penat… tadi nak ke KL awal , tak boleh
    kena tunggu Intan balik dari sekolah dulu…kalau tidak siapa nak jemput dia.

    Tapi rasa best pula biasa semuanya selesai dengan baik… 😆

  16. Kak Jie sejak kahwin memang balik kedua2 kampung..cuma kampung mana dulu tu bergilir – tak pernah ada masalah.

    Pernah satu tahun tu, sepatutnya giliran kampung kak jie dulu tapi ubah balik kampung suami dulu sebab masa tu arwah bapa sedang sakit tenat… kita suami isteri pandai2lah bertolak ansur sesuaikan diri pengikut keadaan. jgn nak keras hati macam batu je…. 😆

  17. semoga perjalanan yang selamat ye kak jie… tak kira bila pun tarikhnya, utamakan keselamatan yang paling penting.. 🙂

  18. Kalau cik abang ada tak susah…kami boleh memandu balik. Masalahnya dia tak berapa senang hati lepaskan kak jie balik ke kedah memandu sendirian..tau tau sajalah musim perayaan ni

    mada dia di M’sia….biasa pun Kak Jie blk Kedah memandu tanpa dia…boleh pula.. ini mungkin dia jauh..susah hati dia di sana.

  19. sepatutnya ini Plan C

    Plan A tak balik langsung
    Plan B balik hari kedua
    Plan C balik sebelum raya…hehehe

    ada 3 anak..ketiga2 jadual cuti tak sama. Sorang sekolah rengah, sorang MRSM ( cuti tak sama dgn Kem. Pelajaran ) dan sorang kat kolej…hehehe..mak dia kena susun atur mana yg sesuai 😆

  20. mestilah suami keutamaan masa2 mcm ni 😀 tapi ma, kalau kat kampung ada web cam, mama sambut kat kampung tak? still boleh live ape dgn suami 😆 tu KALAU la. hehe

  21. Aku mmg kena balik 2-2 pon. Sbb apa2 pon, dah plan nak balik umah mak abah aku kat segamat. lepas tu balik, singgah sehari dua kat seremban. huhu.

  22. bukan penat baca, tapi mesti kak jie agak ‘penat’ kan?

    tapi memang jarang² orang boleh buat macam tu, kak jie

    janji dapat balik jugak ke kampung kan?

  23. tahun ni apakah saya akan balik kampung ke dua-duanya untuk puaskan hati kedua belah pihak.. hehehe keliru banget ni. kalau balik dua-dua ini bermakna, saya cuba merancang untuk kopakkan poket saya dan ikat perut lepas raya nanti. woh hooo~

  24. Alhamdulillah, ada gak plan B kak jie. Saya ni belum tau lagi nak ikut plan A ke, plan B. Kena tunggu tawaran dulu. Mudah-mudahan di permudahkan. amin.

Comments are closed.