Peribadi

Saja-Saja Layan

Nak letak apa ye?

*buka peti ais – owh ada sotong

matikan api dapur, cedok mee keluar tinggal kuah. Takut mee kembang

sotong nak potong macam mana, Mak Uda?
nak bubuh semua ke?
arghh…ada 3 ekor je, semualah

Nabil ni sejak balik Pangkor, kurang makan…. entah ngape. Sebab tak gaji lagi kot..

ha ha ha:lol:

tapi nabil rasa bila dapat gaji nabil kuat makan….

ha ha ha:lol:

ok buka api – dah mendidih masuk sotong dan udang

owh..mesti lazat punya ni..special ni

bawang besar tak bubuh?

a’aaaa kan…

padam api lagi , potong bawang

besar-besar ye Mak Uda?

Buka api semula

Tengah memasak tu sempat dia kaut sotong makan.

Dah – sekarang bersandar  lepas telan semangku mamee slurpppr!

p.s – sebenarnya saya tengah setting something tapi tak jadi2 …tu yang merapu meraban ni

p.s – dia jarang buka  blog ni, mesti dia tak tau Mak Uda dok taip aktiviti dia memasak dan berpok pek pok pek.

p.s – jarang ada orang kat rumah saya waktu² macam ni… ada anak saudara datang masak² makan pun seronok tak terkira…macam baru jumpa manusia!

©kujie – malam ni nak ke  Kuantan. Offline kejap nak suruh anak saudara tu pasang router dan segala mak nenek.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Saja-Saja Layan

  1. cari ikan bakar kat seberang jambatan tu… nama tempat tak ingat lah pulak..
    nama kedai ana ikan bakar… best kat kuantan tu

  2. La…kak Jie gi Kuantan rupanya… Singgah la ump dulu. Tapi bukan gambang la. Cawangan pekan…. Heheheh. Tapi saya gi ganu la ni. Hehehehe

  3. sotong sedaaap kalau masak kicap…bakar pun pk, cecah cili sikit + kicap…berasap sikit…woowww….meleleh kak jie….

  4. huu.. dengar sotong je dah terus macam meleley je air liur… wahh.. craving!!! terbayang sotong~

  5. Haha… ingat resepi baru mee tadi. Tak pe laa.. bagus juga ada orang rajin ke dapur. Banyak sikit masa depan pc :mrgreen:

  6. belum gaji tak kuat makan, dapat gaji kuat makan… 😀 😀 biasalah tu Kak Jie..rakyat marhaen macam kami ni gitu le nak survive di bumi sendiri..

Comments are closed.