Rancangnya nak ke Gathering Geng Blogger dengan komuter dari Rawang sampai Bandar Tasik Selatan. Kemudian ambil ERL ke Putrajaya. Kenapa tak transit kat KL Sentral saja? Tak gemar transit di KL Sentral, sesak.
Saya tak pernah naik ERL (Express Rail Link Sdn Bhd ) jadi mesti bersedia cari info di internet tentang jadual ERL dan tambang. ERL ada 5 stesen termasuk 3 stesen hentian.
- Stesen Sentral Kuala Lumpur
- Stesen Bandar Tasik Selatan
- Stesen Putrajaya & Cyberjaya
- Stesen Salak Tinggi
- Stesen KLIA
Tren ERL pertama dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke KLIA berlepas pada pukul 5.00 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 12.30 pagi dari KL Sentral dan 1.00 pagi dari KLIA.
Jadual ERL
- Setiap 15 minit waktu puncak
- Setiap 30 minit waktu biasa
Waktu Puncak – Isnin – Jumaat
- 6.00 pagi – 9.00 pagi
- 4.00 petang – 10.00 malam
Bukan Waktu Puncak
- Selepas tengah malam – setiap 30 minit
- Keseluruhan Sabtu & Ahad – setiap 20 minit
Semak Jadual ERL klik sini – Jadual ERL
Tambang dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya – RM 5.30 ( dewasa ) dan RM 2.50 ( kanak-kanak )
*maklumat ini diperolehi pada 10 Julai 2010.
Rakaman suara pengumuman yang digunakan di dalam tren dan stesen-stesen perhentian KLIA Transit adalah rakaman suara personaliti berita terkenal Malaysia, Yusanani Yushak.
Sumber : wikipedia
Trivia :
Student Group Travel Package – discount up to 60% – hubungi Sales Team di nombor +603 2267 8888 (Mon-Fri 8:30am – 6:00pm )
©kujie – post berjadual – saya entah di mana2 antara puluhan blogger yang keluar pagi ini.
thanks kak jie esok senang ler nak pi event chef joe…
Terima kasih admin for the valuable shares.. hope for the seamless journey tomorrow
naik erl xpress de la, tu pun ke dan dari klia..
tak pernah naik pon.. hurm bila la berpeluang? hehehee
wooo.. rakaman suara jelitawan TV3 itew..
ingatkan Yusnani sudah pindah dan menjadi operator tolong cakap2 kat dlm tren itu.. hehehe
alahai maza itu kan?
dah habis dah ni gathering tu…ni dah pukul 10.29pm, tentu dah sampai di rumah dengan kenangan manis berjumpa blogger yang lain
teringin juga mendengar pengalaman yang kujie kongsikan bersama blogger yang lain tu… tapi tak de rezeki saya lagi
dan teringin juga membaca pandang sisi kujie tentang gathering tersebut… mesti bagus dan banyak manafaatnya
dah lama sampai , ni tengah edit dan kumpul gambar utk next entri..hehe
macam mana keadaan gath tersebut? terkawal ke para blogger tuh?
ehehe..
saya pernah naik ERL skali je..
tu pun g putrajaya
Eeeee… bestnyer. Kirim salam pada blogger lain ye kak 🙂
erl ni habis kul 1am. dulu saya pernah kena, sampai ke KLIA kul 1.30am, dah beli tiket kat machine, sekali dibagitau erl service dah habis. grrrrrr hehe
have fun kak
Sebut ERL, teringat masa belajar dulu, berpeluang ke bengkel ERL ni dan merasa berjalan di bawah gerabak ERL tu. Semoga perjalanan kak jie dipermudahkan.
Tak berpeluang pergi gath… tak leh jumpa kak jie lagi la.. Insya-Allah satu masa nanti..
jauh gak perjalanan tu kak ….kalau saya letih tu