Pengalaman Haid Pertama
Pengetahuan Am

Pengalaman Haid Pertama

Kata orang, remaja datang hanya sekali. Ia sungguh mengujakan, tetapi juga boleh mengelirukan. Selain mengalami satu macam perasaan yang serba baru, perubahan ketara yang dialami fasa ini adalah pada bentuk badan atau fizikal.

Jika anda seorang gadis, payudara mula timbul dan anda mengalami datang bulan pertama. Bagi lelaki pula – suara ‘pecah’ atau garau atau mimpi basah.

Keseksualan merupakan satu fitrah semula jadi manusia. Ia boleh memberikan kesan terhadap perasaan, tindak tanduk dan cara kita memandang ‘dunia’. Memahami perubahan² ini dapat membantu kita melaluinya dengan lebih mudah.

Ramai ibu bapa yang berasa malu dan tidak tahu bagaimana mahu membuka mulut bagi membincangkan isu ini dengan anak² mereka yang meniti alam keremajaan. Saya percaya ramai pengunjung blog saya cukup dewasa untuk membincangkan topik ini secara ilmiah.

Saya mempunyai pengalaman yang terjadi kepada anak saudara waktu dia  di Tahun 6. Sewaktu kejadian kakak ipar saya balik kampung dan mereka tinggal bersama bapa.

Suatu pagi  biras saya ( si bapa ) telefon dari pejabatnya meminta saya menghantar sepersalinan uniform anaknya ke sekolah. Agak tergagap² beliau untuk menerangkan kepada saya mengenai anak perempuannya datang bulan untuk pertama kali. Saya faham tentu beliau rasa segan dan malu untuk bercakap tentang hal tersebut dengan saya sebagai birasnya.

Kasihan anak saudara kerana pengalaman mengalami haid pertama sewaktu ibunya jauh untuk memberi semangat atau tunjuk ajar. Tetapi saya percaya ramai remaja muda sekarang lebih memahami tentang keadaan ini berbanding zaman saya 30 tahun dulu. Contoh bagaimana seorang bapa boleh berkongsi rasa dan pengalaman bagaimana anak perempuannya datang bulan untuk kali pertama.

Banyak persoalan yang timbul tetapi tidak banyak jawapan yang diperoleh kerana ibu bapa pula tidak berbincang secara langsung dengan anak perempuan mereka, mungkin kerana pengaruh kawalan tradisional amalan dan pegangan selama ini.

Zaman sekarang ini, kanak² perempuan terlalu awal mencapai akil baligh berbanding zaman saya dulu. Apakah budak perempuan seusia 12 tahun cukup faham tentang perubahan hormon badan? Juga adakah mereka cukup arif tentang kesihatan diri dan cara² menyucikan diri? Kadang² saya kasihan kerana mereka terlalu cepat meninggalkan zaman kanak² yang indah dan tiada pantang larangnya...



©kujie – akan mengalami situasi ini setahun dua lagi… bukan situasi 1st time period tapi jadi mak yang uruskan anak 1st time period:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Pengalaman Haid Pertama

  1. ….eerrr tp skang awek ak da x couple ngn ak lg sbb dia blk kt x-bf dia smule, sedey btol…tp kitorg still kwn. bl jmpe dia smula kekadang trbuka jgk cter psl beli pad ni tp smua da tinggal kenangan.
    dia ckp pkwe dia skang xmau lngsung belikan pad, pegang pun dia jijik n geli…

  2. ad sekali ngah dating tetibe jek awek ak ni datang bulan!!!
    ape lg, dia soh aku carikan pad. malu ada, segan pon ada tp nk x nk trpaksa gak aku g kdai beli.
    ingt bl da beli tu selamat la aku rupanya salah plak. ak bole salah beli. ingt smua pad ni sama jek,haru betul. nk ada kepak la, xde kepak la, yg panjang la, yg lebar la.

  3. 💡 😆 😮 🙁 😈 😐 😉 😐 😡 😈 😯 🙁 🙄 😛 😳 😮 :mrgreen: 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❓ ❗

  4. 🙄 ❗ aq first time dtg form 2..,kener kat umah tp x gi tau mama p0wn.malu kot..,aq tau yang time 2 aku dah dtg,tp aq cam x cayer yg aku ni dh dtg,dh besar rupanyerr aku ney.mklumlah ank sulung,excited p0wn ade gak bad mood p0wn ade gak 😳 😐

  5. 1st time kena umur 14tahun..
    yg xbestnya kena time skolah….tgh mengangkat tangan nk menjawab soalan, semua org jd pelik…
    terkejut budak lelaki…aduiiiiyaiiii malunyaa…. sjk ari tu, mmg gaduh jer ngan budak laki hihihi malu punya psl…
    teringat budak nama fitri, dia la plg kecoh…benci tau huhu

  6. owh period itu sangat menyakitkan apabila senggugut dtg.. emosi wanita memang tak stabil waktu ini.. sbb tu mereka mudah marah 😛

    1. bukan masyarakat – ibu dan bapa
      beri lebih perhatian pada isu ni kerana anak2 sekarang awal lagi dah ‘baligh’

  7. orang lain semuanya datang haid awal.. saya datang lewat ! :mrgreen: datang haid masa akhir ting 2 .. mujur datang haid masa kat umah , klau kat sekolah tak tahu laa macammana 😳

  8. Kekadang takut menghadapi bebudak zaman sekarang. Mereka lebih pandai dari kita dan paling teruk mereka lebih kurang ajar dari kita.Entahlah kak jie!

  9. pertama kali saya datang haid, masa tu di asrama, tingkatan 1. mujur pula dah tahu sikit2 apa nak buat. terus pergi minta pad pada kawan, pakai.

  10. benda ni bukan khas utk orang pompuan je, tapi orang laki pun kena tau jugak. Yela, manala nk tau tetiba tengah dating ke, si awek ni datang period. Kalau laki yg mggelabah taktau mst dia taktau nk buat apa, tapi kalau yg berilmu, mst siap tolong awek dia belikan pad. Kn kn kn. Hehe

  11. susah jugak jadik pompuan nih. leceh. lelaki punye akil baligh jugak best. mimpi jer. lepas tu, bangun pagi dah boleh senyum 😆

  12. saya darjah 5 dah kena.
    Kelakar sikit sebab masa itu, bila tahu sahaja dah akil baligh terus tak kawan dah dengan budak lelaki.
    Lepas tu keluar rumah pakai anak tudung (bukan tudung).
    macam nenek2 dah orang tengok.
    lawak2

  13. errr.. bab mimpi tu maza belum pernah lagi.. hehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    setakat hari ini maza belum ada anak perempuan.. dan hidup maza dikelilingi lelaki. jadinya kurang faham (tak pun malu ah!)

    jadinya, serahkan aje pada si ibu sambil terkebil2 atau terjeling2 cuba memahami pesekitaran dunia wanita itew.. hehhehe

  14. zaman kanak2 yg xde pantang larang…
    urmmm

    ritu ada buat tajuk melihat adegan ‘lusyah’ di tv, menarik gak sbb benda ni begitu kekok dalam kehidupan kita

  15. memula sakit perut ingat cirit birit..kuar masuk tandas berkali2..sakit sangat..sampai berguling2 kat dalam bilik..pastu bagitau kat mak..kenapa ada darah?..bila mak bagitau yg sebenarnye..terus menangis..takut!!!
    *masa tu school break nak masuk Form 1.. 😆

    1. wah! kira tahap awal gak nie.. hehehe

      tapi tu ler, kekadang fikir kesian sebenarnya.. huhuhu
      entahlah..

  16. anak pB datang haid masa mereka umur 12 tahun, sib baik masa tu , mak pB ada kat umah. he he he …

    tapi kesian muda muda dah period. bab bab nak basuh pad , bukan reti sangat lagi …

        1. woo patutlah..

          dolu2 masa zaman sekolah, kawan2 lelaki lain cakap leceh bawak fomfuan camping sama…

          katanya.. kalau tak cuci betul2 kalu, masuk hutang ada jin mau ikut sekali woo..

          huhuhu

  17. :mrgreen: kita pun segan nak tanya mama, tanya kawan² laaa. mula² datang tu suspen juga, lepas tu dah duduk asrama tak puasa, hihihi. telefon mama, suka dia. tak percaya anak dara dia dah besar 😳

  18. Saya macam untung . First time kena time mama ada dekat rumah . Mama ajar macam – macam time tu . Kata mama , biar tak terkejut . Time tu pun , bantak kali kena tazkirah .

    Ayah saya pun banyak bagi nasihat dulu . Ayah tak kekok sangat . Sebab semua anaknya anak perempuan .

  19. tul.. dulu2 mak ne de citer pasal nih.. skg ni byk dah.. nak cari ilmu pasal ni pun senang.. lagi satu dulu kat tv, ne de iklan pasal ni, skg dah berlambak-lambak..

  20. Datang bulan masa darjah 6 gak…

    kakak saya dtg period time darjah 4.

    ntahla… rase mcm biase je dtg period dlm umur 12-13 thn

  21. malulah nk komen.. hehe..

    ada gak baca2 topik mcm ni dalam majalah2 wanita (malunyee).. wakakaka.. bosan punye pasal, abis sume majalah baca.. takpe la, ilmu jugak kan.. nnt masa depan senang nk handle kalo jadi camni kt anak dara sendiri.. hehehe.. 😳

  22. Ahahaah..nak citer kat sini..SOGAN.. Tapi citer sket je lah kot. Mak saya memang excited bila saya ni, anak perempuan sulung dia first time datang bulan.. Hehe..~ Penat layan saya senggugut jugak tiap bulan, ekekeke. Buatkan saya air perahan kunyit tiap bulan. Memang mak saya lah yang sibuk. Sampai sekarang jika saya berada di rumah. Memang mak saya akan uruskan. Tapi kalau saya merantau belajar di IPTA dulu. Terkial2 gak la layan sakit sorang2. 🙁 masa tu baru ingat kat mak. 🙂

  23. yonna datang masa darjah 6. tak tanya mak sebab segan LOL. tapi tanya kawan yang dah datang period. siap telefon dia tanya mcm mana nak pakai pad! HAHAHAHHAA kelakar gilaaaaaaaaaaaaa! pastu mak yonna pun tak banyak cerita bab2 period ni. err segan ke apa tak tahu la.yonna pun tak tanya. so tahu dari pamplet2 yg pihak sekolah bagi la. kdg2 ada ceramah. so tahu dari situ la 🙂

    ma, yonna ada kawan yang datang period masa darjah 3! T__________T seminggu dia tak datang sekolah okay. mmg terkejut jugaklah sebab too young kan? heeee

    p/s : ma,sihatnya intan! haha semalam tgk gambar dia kat gath GB tu. hihi. comel!.kirim salam kat dia

Comments are closed.