Peribadi

Kangen

Assalamualaikum……. on board again! Terimakasih pada yang sms bertanya khabar. Saya sihat cumanya pusingan biologi dalam badan kerap mempengaruhi kesihatan diri.

Saya mengalami alahan/ PMS yang teruk selepas kelahiran Intan 9 tahun dulu. Zaman anak dara zaman jahiliah dulu saya tiada langsung masalah. Mungkin juga kata orang banyak urat yang putus selepas 3 kali kelahiran secara pembedahan caesarean – 2 melalui bius umum ( tidur lena tak ingat dunia ) dan satu melalui proses bius saraf belakang ‘Epidural’.


kredit gambar : google
Sebenarnya saya bukan AFK langsung.  Saya masih aktif depan skrin .   Blogger tegar mana boleh berjauhan dari komputer. :lol: Dalam masa 2 hari blog tidak diupdate sebenarnya saya sedang membaikpulih dan membina 3 blog orang lain.  Saya masih membalas email-email mengenai beberapa masalah kawan-kawang mengenai blog.

Walaupun saya menggunakan wordpress , sejujurnya saya akui saya sangat menyenangi platform blogspot.  Dulu di blog lama saya sering memberi tutorial atas permintaan kawan-kawan tetapi sekarang saya hanya membalas email.

Ada orang bercakap, saya berlagak pandai.  Mungkin sebagai surirumah tangga sepenuh masa  saya sepatutnya hanya menulis mengenai anak-anak, suami dan periuk belanga saja.   Untuk mengelakkan rasa riak dan dosa orang yang mengata, saya hanya menjawap pertanyaan melalui email.  Tiada tutorial di blog.

Cumanya jangan cari saya dari jam 9-11 pagi.  Walaupun cuti sekolah, kelas pengajian saya setiap Selasa hingga Jumaat masih berjalan seperti biasa.   Ibu-ibu tua macam saya ini, lambat sikit pick-up jadi tidak digalakkan bercuti lama.:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

54 thoughts on “Kangen

  1. ilmu kalau dikongsi dan disebar2kan..makin banyak pahala..lagi2 bila org amalkan ape yang di ajar…tak salah kan nak tambah pahala dalam beramal..
    p/s:takut dengar citer org bersalin nie,rasa perut saya plak yang sakit.. 😕

  2. ooo baru saya faham entri sebelum ini kak. kak jie ngomong jowo yo! kangen meneh.

    ruginya jadi lelaki jika tak melihat bagaimana susah payah seorang isteri bersalin. saya menyaksikannya sendiri. visi kecemasan.

    dari meneran untuk mengeluarkan zuriat, guntingan, hingga nampak kepala sehinggalah zuriat dikeluarkan. masa tu nak telan air liur pun tak dapat, betapa payahnya.

    baru saya faham kenapa si ibu yang melahirkan anak mendapat banyak pahala dan jika tewas dikira mati syahid!

    saya rasa jika ramai lelaki yang dapat menyaksikan sendiri kejadian tersebut membuatkan mereka lebih menghargai!

    megats last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

    1. @megat, kak jie anak pertama & kedua tu bius terus tak sedar. Yang last masa intan bius setempat epidural tu. Sedar dan dengar bunyi gunting, bunyi vaccum darah, bunyi doktor dok kelebek perut …dan kebetulan kat dinidng lab ada almari dan kak jie kebetulan mengadap ke situ. dpt tgok bayang-bayang doktor gerak sana sini buat kerja..hehehehe

      dpt dengar doktor cakap..anak perempuan.

      lepas tu terlena..sedar masa disorong keluar ke wad.

  3. k jie,
    sebenarnya saya sangat rindu ngan tutorial k jie mcm dulu2 di blogspot tu.Sebabnya, saya pun tak tahu apa yang saya tak tahu. Jadi, bila ada tutorial kat blog k jie dgn bahasa yg santai dan jelas itu, baru saya tahu banyak benda yg sebenarnya saya tak tahu.berbelit-belit le pulakkk.

    cikgu panjis last blog post..Lega

  4. Sis Jie..

    Dah macam consultant dahhh…!Sapa ntah, dulu ada menteri ckp 75% blogger2 wanita adalah penganggur!Huhu…

    OK apa..tanggungjawab social gk nih,tolong blog org lain..Bleh apply utk PJK punya pingat nih!Huhu..

    ROger

  5. itulah pengalaman dalam hidup berumahtangga.bagi kaum ibu amat besar pengorbanan nya.tapi sibapa ni apa yang tau…yang dia tau menyandar kat kerusi malas.

  6. sapelah yang Kak Jie berlagak pandai tu.. apalah salahnya berkongsi.. ada orang yang segan bertanya dapat jugak manfaat tau..

    kak Jie 3 C-sec ke? samalah neeza.. tapi neeza ni masih boleh 1 lagi.. lepas ni.. Insyaallah tutup kilang la kot.. 😉

  7. seriau dengaq cara epidural tu 😯

    saya angkat topi pada keteraan kak jie dalam hal blogging. saya tak reti sangat tu yg saya masih kunjungi blog lama kak jie, baca2 tutorial tu 🙂

    1. @iza~de~bintang, seriau apa aihh… jgn hang dok pikiaq lagu tu.

      blog lama..hehehe..skrg ni suka pula dok lepak kt blog lama tu :mrgreen:

  8. aloh..pesalahnye nk bg tutorial kat blog..dengki la tu..
    huh~
    cool pe kak jie ni..surirumah yg tere pasal IT!!~
    *clap2
    ermmm….tetibe dgr cite kak jie psal pembedahan nk beranak tuh….takut lak nk kawen n beranak…kikikikiki

    kuros last blog post..MeNgoMeL PasaL BowLinG~

  9. er.. apa aku nak cakap eh? aku x tahu langsung apa2 pasal kelahiran neh. bini aku beranak ari tu pun aku x masuk sebab aku takut darah. boleh pengsan i tau! auw! 😛

    affuans last blog post..Percuma

  10. Jie,
    Kadang-kadang saya hairan dan pelik dengan sikap segelintir manusia di zaman Yakjuj dan Makjuk ni. Bukankah berkongsi ilmu tu satu sikap yang mulia? Kalau tak suka orang beri tutorial diam sajelah. Ini menyibuk tak tentu pasal ni, apahal? Kalau aku kata Bodoh Sombong, hangpa marah pulak!

    abg putras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!

    1. @abg putra, manusia..itulah manusia
      tatau nk ckp byklah abgputra
      sy serba salah…nk telan pahit
      nk luah rasa geli..hahaha :mrgreen:

  11. suri rumah yg taw pasal IT adalah kewl giler. pekebun tua mcm sy xtaw pasal blogger adalah xkewl. hehe. mudah wordpress je. hehe! sape nk taw pasal wordpress tanya la. FOC je.

    1. @Sweet Thinker, surirumah dok dlm kapal angkasa..bkn bawah tempurung

      erk tempurung lutsinar :mrgreen:
      suke blogspot….tapi sebab2 keselamatan…lebih baik guna wordpress 😆

  12. Terasa lambat lah masuk dunia bloggers ni bila baca entri dan comment2 di sini. Memang banyak belajar baca blog bloggers2 otai ni cam addiction, PhD among bloggers dan semangat setiakawan… 😯

  13. salam kak jie…tercuit perasaan bila ada org kata kak jie “berlagak pandai”….Sapa lah manusia yg punya hati busuk dan dengki tu, kak jie bagi tutorial kat blog dulu pun sebenarnya byk membantu..pulak2 mcm kita yg pasal IT cuma tahap “ala2” jeee…Sekali lagi nak pesan lah pada manusia2 terpelajar yang punya PHD (Penyakit Hasat Dengki) tu….kalau boleh cuba lah elak sikap mcm tu yang sememangnya sudah sebati dalam darah orang2 Melayu…Bukan nak kutuk bangsa sendiri, tapi sudah jelas lagi bersuluh!!! 👿

    1. @ah mat gebu, amboiiii sekali dia dtg..terus tenyeh cili api 😆

      biasalah tu mat..manusia ada pandangan dan pendapat yg berbagai ragam

  14. Teh datang lagikk dan laaaaaagikk.. 😀

    Semuga Kujie dikurniakan kesihatan yang baik..bila gamaknya Teh bleh menjadi surirumahtangga sepenuh masa..bleh hadir kelas ngaji..dan juga menegarkan diri dgn alam blogger..

  15. saya yang dah lama tak update blog, mahu pick-up balik rasa cm sukar sikit.

    blog hoping pun lama tak buat. baca melalui RSS je. 1000++ entri nak baca, memang boleh meledak otak…

    1. @aeropama dot com, mmglah…kalau 2hari je cuti
      nk cari momentum balik tu susah je..hehehe :mrgreen:
      ni pun mcm tak sihat sgt…rindu la dgn kawan2

  16. erm.. erm.. ting tong.. mungkin tersalah bahasa shj.. siapa yang dimaksudkan.. saya ke.. kak jie gaduh dengan saya ke.. ahhh.. saya peduli apa, kak jie nak gaduh.. saya tiada masalah.. 5 penumbuk saya tadahkan..

    hehehhehehe.. (lochoe seorg yg cepat perasan)

    lochoes last blog post..Memori silam dicetus kembali

  17. jangan dilayan orang macam tu kak jie..
    diri sendiri tak tau tapi nak sebok hal orang.. huh!

    menteils last blog post..Panda Membesar

    1. @menteil, ala…. kak jie bukan surirumah bawah tempurung :mrgreen:

      ehhh…. korang ini kan… hal tu seciput je..baca je entri penuh…

  18. Oh,saya baru tau pasal kelahiran tu. Epidural dan Caesarean ya? ooo..

    !x0r@s last blog post..Sofia Alia Kaisara

    1. @!x0r@, dua2 tu caesarean..tapi cara berbeza
      anak pertama & kedua = bius penuh..tak sedar apa
      anak ke-3 tu epidural..bius kt belakang tu…sedar separah..boleh dengar doktor dok bercakap..bunyi gunting..bunyi vacum ….

Comments are closed.