Entri ini menjawap soalan Arin – How Well Do You Know Your Neighbours?
Mula-mula icon bintang kuning no # 1 – itu rumah saya – sebelah tepi rumah seorang pembaca berita popular sedikit masa dulu. Tak bolehlah saya mention siapa dia tetapi generasi saya mesti kenal. Anak ada 4 tetapi hanya anak bujang bongsu dia saja yang menetap bersama ibubapa. Isteri beliau mengidap Parkinson.
Baris rumah kami di hujung sekali rumah seorang kapten dan isterinya seorang jururawat. Dibelakangya rumah kapten , cikgu mengajar di Batang Kali.
Belakang rumah saya – makcik perak – saya paling suka dengar dia berleter dalam bahasa perak yang pekat. Selalu hulur-hulur kuih melalui pintu belakang rumah. Punyalah sedap dia berleter sampai pernah sekali saya siap bawa kerusi semata-mata nak dengar ayat berirama tersebut .
Sebelah rumah makcik perak, rumah seorang juru ukur berlesen, ada kompeni sendiri.
Baris depan rumah saya Ani Din dengan 30 ekor kucing-kucingnya, Nora isteri Azman yang hanya nampak bila dia keluar hantar anak ke sekolah, Bakar yang selalu bawa anak comelnya bersiar-siar , Eda yang emaknya tidak sihat sekarang dan hujung sekali Kak Aya yan baru terima menantu.
Icon bintang kuning # 2 – Kakak ipar saya yang no.2 . Suaminya kakitangan Darul Quran KKB, di sebelahnya rumah Seha dan Kak Limah. Baris depan rumahnya , tokey kambing ( selalu beli susu segar ) – lorong ni ada ramai cikgu .
Icon bintang kuning # 3 – adik ipar saya yang no 9 . Dia duduk di PJ . Entah bila nak pindah sini walau rumahnya dah hampir penuh dengan baran . Depan rumah dia Tengku saudara seorang Sultan, di tepinya rumah Jeehan kawan Intan, belakang dia seorang doktor pensyarah UIA.
Dah habis bab jiran saya dan jiran berdekatan rumah kakak dan adik. Cerita selang seli.
Icon bulat
No #1 – mak saudara Arin, guru besar sekolah rendah dan dibelakang rumah dia pun seorang guru muda.
No #2 – doktor yang ada poliklinik . Kucing High maintenance dia yang berkampung di rumah saya dulu.
NO #3 – cikgu kancil biru yang mengajar Angah, sebelah kirinya rumah Ila.
No #4 – cikgu pencen di belakangnya seorang staff nurse hospital terkenal di Jln Tun Razak. Baris tepi rumah cikgu pencen rumah Rahmah, Didi, Hamid, Hashim.
No #5 – Rumah seorang ustaz dan isterinya ustazah sekolah menengah.
No #6 – Rumah ketua kampung baru beli Exora, ada kolam ikan dan pokok mata kucing dan jambu air. Benih betik saya datang dari sini.
No #7 – Rumah ustazah sekolah menengah , sebarisnya rumah Mr Daud seorang warga inggeris yang berkahwin dengan orang tempatan.
No #8 – Tuan rumah kenduri yang saya terjumpa seorang blogger.
No #9 – Kawan Intan yang kembar – kakak dia add Intan di myspace!
No #10- Pesara kerajaan , suami isteri yang rajib bercucuk tanam. Ada banyak pokok rosell dan anggerik. Ada kolam ikan. Benih ikan talapia saya datang dari sini.
Ini baru sebahagian Jalan 5 & 6 . Kalau saya zoom out image google ni, berderet lagi saya tulis… tulis banyak-banyak pun bukan korang kenal. Sehabis ringkas saya nak bagi tahu…kebanyakkan rumah jiran tetangga , saya pernah berkunjung dan masuk dalam rumah mereka.
Soalan cepumas – how well do you know your neighbour?
©kujie – padang bola yang botak tu dah menghijau dengan rumput baru.
termalu sendiri ngn entri ni..tapi saye cube juge berkenalan ngn makcik2 dan pakcik2 jiran sebelah menyebelah..oklah..tapi ade juge yg jenis ketat jer muke die..susah benor nk senyum..apatah lagi nk angkat tgn..padahal bukan kene bayar pon…
hebat kak jie…saya dah 6 bulan duduk di rumah sekarang hanya kenal jiran sebelah menyebelah.depan rumah selalu angkat tangan tak tahu nama…senyum2 jer…lagi 2 to 3 belah rumah jiran office mate.Memang berbudi bahasa dengan jiran tetapi ada jiran yang tak tahu timbangrasa dengan membiarkan kucingnyer tak terjaga dan selamba parking depan rumah kita….car porch sendiri biarkan kosong buat pameran sahaja…haruskah ku tabah dengan cubaan ini? 😥
hebat ni kak jie.. sungguh details.. saya baru pindah tahun lepas ni taman perumahan ni.. kenal gak la jiran sebelah dua belah tiga belah,.. wpun de yg tak penah senyum wpun kita senyum kat die.. huhuu… tapi semenjak en suami jadi ajk rukun tetangga, dapat kenal lebih lagi.. lau di kawasan rumah kak jie, mesti ramai yg mesra, sbb dah lama duduk situ.. kt tmpat saya lau muda2 tu mmg tak kenal..kitrng je yg cuba mengenali.. huhuu
sungguh details, sampai pening membacanya…tentu kak jie dah lama menetap kat kejiranan ni
sy x brp kenal sgt jiran2 sbb ms pindah dulu saya sek asrama. pastu masuk uni… kawan2 sebaya pun x ramai…
waaaa…. *nanges… saya orang baru dalam kejiranan saya. tak kenal sesapa kecuali mak sedara abang ipar saya yang duduk kat blog sebelah. nak tag jugak ke? tak acinye. hahaha.
kalau saya zoom out boleh la masukkan rumah Qiilans, rumah aeropama, rumah si eddie… kalau zoomout lagi.. boleh sampai negeri kak jie. masa tu boleh je tag umah kak je. hehe.
samelah kite..akupun kalau boleh nk zoom put besar2 punyer..leh tag semua rumah blogger sekitar sini..hahaha
pergh~
kalau rumah kita dekat, mesti dah ada gambar rumah Zara kan kak?
he he he~
wah bagus la kak jie…memang mesra alam beto.
saya pulak dok kat sini, kenal jiran yang dok belah kanan ni sorang jer..yang kiri tak de orang ..yang lain2 tu sume pak arab
dok umah sewa..kenal gitu2 jek. Pasni pindah umah sendiri btekad nk masuk setiap umah yg ada kat situ! My best pren is my neighbour!!!
saye hidup merantau. xslalu duk kt umah sendiri. bile blk umah je mesti blur klo adik2 kakak2 abg2 saye citer pasal jiran2 area umh saye. sbb xknal. tahniah la pd akak coz knal jiran2 tetangga. byk kebaikan tu. nnt nk wat kenduri senang cari tenaga buruh ekeke 😆
kalau jiran kat rumah saya skrg ni, kenal juga tapi tak se detail kak jie..duk sini pun baru 4 bulan
saya masih duduk dgn mak…mak saya kenal satu kg..sampai kampung sebelah menyebelah..tapi anak dia..yang asyik terbang..hinggap kadang2 nie..kenal yang di sekitar..atau geng surau mak..yang lain2 gitu2 jer..tapi dapat title..anak dara rajin menegur.. “cik..” kalau berselisih di jalan..hik..hik.. 😉
tak kenal mana jiran sekampung melainkan orang sebelah rumah .. memang tak patut 😆
mak mak kenal kot….bila dah sampai ke anak2..dia pun kenal ‘rakan sebaya’ dia juga
setakat sebelah menyebelah dan satu jalan … memang kenal.. itu pun sebab jiran-jiran kerap membuat bacaan yassin dan kenduri kendara
tapi jauh-jauh sangat tak berapa nak kenal…
setakat senyum dan angkat tangan bila terserempak
itulah – kalau ikut yassin , tahlil dan kenduri kendara kita kenallah…
kat surau taman kami ada pengajian tiap pagi 9-11
jadi..kenal dari surau
hebat2.sy tak kenal jiran seramai ini walaupun tinggal di kg sendiri.
encik suami tu, suka bawa kak jie jejalan petang2…so keraplah jumpa kawan2 dia..kawan2 kak jie…round2 jajahan
cayolah..tak terbuat den ni
jiran saudara mara yg terdekat
bravo kak jie! malu dengan diri sendiri…. sebab tak bape kenal jiran sebelah menyebelah… 😳
pergi kerja jiran pun belum buka tingkap
balik jiran dah katup tingkap ye
bagusnya kak jie kenal jiran2 semua..saya ni tak berapa kenal jiran sendiri..kalau berjumpa pun senyum2 macam tu je..tak kenal nama tapi kenal muka..hehe
kalau kerap pergi surau, ikut pengajian, yassin dsbnya…ramailah yg kita jumpa dan kenal. kalau duduk dlm rumah tak bergaul dgn org….sebaliknyalah
semua tu dari diri sendiri bukan dari org2 lain
waahhh
xpernag terfikir nak buat entry camni
😉
buatlah…kak jie tag
Ooooooooo…area tuh umah kak jie ek. ok, taun ni nye raya kalau saya ke sana saya buzz kak jie.okeh?last year dan this year belum lagi jejak sana pun sebab selalu jumpa makcik arin & family dia di rumah nenek .
itulah arin..kalau nak p rumah mak sedara arin tu..mmg lalu tepi rumah kak jie….tapi ade jalan laen kalau nk mengelak..hehe
first, cantik la header kak jie…i loike..
seterusnya, saya hanya kenal jiran di kampung saje..duk kat jb n bangi ni tak kenal pun..rasa nak tegur tapi malu.. 😉
header budak2…
bagusnya…jiran saya semua polis, kalau tak suami tapi isteri. sayangnya masing² pintu tertutup rapat mcm tak dibuka langsung seolah-olah rumah tiada penghuni…sob sob sob 🙂
jiran polis….. best tu, rasa selamat
😀 saya juga yang baru nak berkenal-kenalan dengan jiran-jiran sebab baru pindah rumah. Asik pindah rumah ni jadi masalah gak, baru nak kenal rapat ngan jiran, dah kena berkenalan dengan jiran baru pulak.
elok tu, kak jie pun kerap pindah , dlm 7 thn ni je baru menetap..alhamdulillah tinggal dlm kejiranan yang baik2
smua dekat2 aje kak jie.. hoho… mmg dah jadi kg family la… leh lawat nanti 😛
mula2 kak jie yg pindah sini, adik beradik dtg jejalan..
berkenan dgn persekitaran….kakak yg beli rumah, kemudian adik
mak dtg senang…. dia ulang je rumah anak2 tu
jiran saye atas bawah cuma ada 2 family jee 😆
tak pa..ada juga jiranya