Tanpa pengalaman seorang tukang rumah – setiap dari kita mampu membina rumah sendiri dengan menggunakan sistem sistem RTA (ready-to-assemble). Lihat dan faham pelan panduan yang disediakan dan pembinaan boleh dimulakan. Macam pasang permainan Lego, mungkin.
Mungkin sistem RTA perabut sudah lama kita ketahui tetapi untuk sistem RTA rumah, penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai idea baru menghasilkan rumah pasang siap yang mudah dibina dikenali sebagai sistem RTA (ready-to-assemble).
Sistem ini dibangunkan berdasarkan konsep pembinaan rumah tradisional Melayu tetapi diubah suai mengikut prinsip Walter Segal.
* Walter Segal (1907 – 1985) was an architect who developed a system of self-build housing. – wikipedia.
- Bahan Tempatan – menggunakan 100 peratus bahan mudah diperolehi dari pasaran tempatan.
- Berpanel – Direkabentuk secara berpanel dalam berbagai bentuk dengan pilihan ukuran standard seperti untuk dinding 0.6 x 2.4 meter atau 1.2 x 2.4 meter, Manakala panek lantai berukuran 0.6 x 1.8 meter.
- Bermodular – Struktur utama dan semua panel rumah RTA direka mengikut sistem modular untuk memudahkan pemilihan dan pemasangan walaupun tanpa pengelaman.
- Pelan Rujukan – Lukisan disediakan untuk memudahkan kerja dan disokong dengan jadual penggunaan bahan bagi penyediaan rancangan kewangan sebelum projek RTA dijalankan.
- Mudah Alih – Komponen modular yang kecil memudahkan proses perpindahan sekiranya diperlukan tanpa menggunakan jentera berat seperti kren.
Sistem rumah RTA ini hanya menggunakan nat dan skru untuk menyambungkan semua bahagian jika hendak dibanding dengan rumah tradisional Melayu yang banyak menggunakan kaedah tebukan.
Antara kelebihan dan kebaikan membina rumah dengan sitem RTA adalah
- Penjimatan kos buruh dan anggaran penjimatannya kira-kira 30%.
- Pembinaan yang pantas – Rekabentuk bermodula dan panel yang telah disiapkan di kilang, proses pemasangan di tapak lebih pantas.
- Kualiti Terjamin – semua elemen rumah RTA di buat di bengkel atau kilang dan kualitinya mudah dipantau.
- Pilihan Pelbagai Panel dinding – terdapat berpuluh jenis reka bentuk
dihasilkan untuk memenuhi citarasa pengguna dan keperluan. - Rakabentuk Fleksibel – pengguna bebas mereka cipta rumah mereka
sendiri .
Bantuan keluarga, jiran dan masyarakat boleh menyuburkan semangat gotong-royong yang semakin terhakis.
Jumpa keratan akhbar dalam Library UM
©kujie – Kumpul duit untuk beli tanah……kemudian bina rumah sendiri!
ada no telefon ke nak hubungi berapa kos dan bleh ke pasang di negeri Terengganu sbb sy nak buat rumah nak bajet rendah la ckit.
tanah sendiri kat kampung dah ada. tapi ada bajet 50ribu je. cukup tak nak wat umah RTA ni?
kujie tau x contact no diaorang. Kita minat nak buat rumah tu. Call telecom nama syarikat Zayana Enterprise tu x wujud. Macam mana ni….
Tuan, saya adalah pengurus Zayana Enterprise yang membina rumah RTA yang dicetuskan oleh Universiti Malaya tu.
salam,
memang berminat sangat rumah konsep mcm ni.
sebab lebih freedon untuk tentukan design dan luas sesuatu ruang mengikut keperluan.
lebih kos efektif dan kalau betul2 boleh bantu selamatkan alam sekitar.
gunakan kepakaran design engineer tempatan untuk kembangkan lagi kemajuan teknologi ni (in terms of material dll) khas untuk iklim tropika ni..memang harap sangat2.
tapi kan sebenarnya…senario sektor perumahan negara ni yang x berapa nak benarkan benda mcm ni..sebab x bagi profit maksimum pada diorang..typical malaysian mindset..profit first everthing else come later…
harapan saya agar majoriti rakyat malaysia terbuka minda dan tolak konsep rumah teres yang x menguntungkan kita.
ermm sy nk tnya nie adakah rta merupakan salah satu ibs di negara kita???ataupon rta nie hanya brand kepada sesuatu pembinaan
bina rumah sistem RTA .
boleh bagi contact no@hp laman web nak ricki dan berminat nak mencuba dan membina sendiri ikut bajet yang ada…
harap boleh email saya ruzi366@yahoo.com
best regards.
Nak beli, nak beli mana contact number untuk supply rumah rtanya. Tapi org hati kering PBT, Majlis Perbandaran atau majlis daerah bolehke guna helah atau apa-apa undang-undang/ peraturan pelik-pelik nak runtuhkan ataupun nak tarik/rampas aje rumah mirip cara DBKL tarik kereta atau saman orang membeli belah pasar ramadan (pengalaman sendiri, kita serik datang KL shopping naik kereta especially masa lihat kelibat DBKL)
memang sekarang semua nak pasang siap….tapi apa2 pun keselamatan adalah perkara no 1
Bagus ni, boleh tolong org yg kena taufan, puting beliung, banjir..
wah…memang lego…tapi kalau saya ler…buat rak buku DIY pun berpeluh ketiak…buat rumah ni
hish…tak mau la amik risiko.
ajaklah kita org ramai gotong royong…sediakan pulut dgn sambal ikan bilis pun cukuplah..hehe
kuat ke rumah macam ni? 🙄
errr…pasang siap? mudah, tapi mcm rasa tak konfiden pulak 😉
kemampuan tiap org berbeza
kalau pergi kampung2 di pendalaman
biasa nampak rumah mcm nak roboh dah
tapi itu kemampuan dia
kalau kt bandar2 kita akan nampak rumah tiang roman sebesar pokok balak
mcm rumah tak boleh roboh walau gempa bumi 8 skala richter
😆
tak ada pun laman web tentang syarikat ni
Waaa okay arrr tu … tapi tandas cam mana ?
tandas projek kemudian..hehe
kalau rumah pun boleh dibuat mcm ni, tandas lagi senang kot
cambest je..leh design sendiri lak tu
bajer besar – besarlah rumah, kan…
ni pasang siap kan..lagi mudah kot.
semua org akan mencipta sesuatu kearah yg lebih baik…
sangat mudah dan banyak perkara boleh jimat ni..
yang pasti jimat kos buruh…hari kita gotong royong buat rumah Encik Ali, minggu depan kita ramai2 gotong royong buat rumah Encik Samad….
lepas habis sekampung rumah fesyen sama…macam rumah kat felda 😆
wah…senang tu…bagus..bagus
tiada alasan lagi..
tengah pening nak cari rumah kat mana ni
kang tak pasal² buat rumah sistem RTA jugak..hehe
pacak je mana… order hari ni
malam nnt dah boleh pasang… 😆
bagus gak ni…
firta time tahu tentang ini
tengah godek2 web UM, jumpa keratan akhbar tentang berita ini…rasanya ramai yg tak tahu lagi sebab tu rajin2kan diri taip semula entri ni 😆
manalah tau tiba2, tergerak hati nak pindah balik duduk kat kampung nak buat rumah kayu…macam dulu2
Oh, errr…
Dalam gambar tu macam dia buat rumah pakai kayu ya?
Sebab yang saya faham, ada juga konsep seperti mold and dough. Kayu as a mold, konkrit as a dough.
Kalau guna panel mcm ni mmg sebijik macam lego. hehe.
prototaip ni dicuba di Kg. Tanjung Luar,Kuala Nerang Kedah memang menggunakan kayu…mungkin akan datang ada berbagai2 jenis mengikut keperluan dan kehendak pasaran.
ada juga org bina rumah mcm nie ek…bestnyer kalau ada tanah sendiri, pastu wat umah mcm nie..
sesuai untuk kawasan kampung rasanya… kat bandar ni susah dah nak dapat tanah. kalau ada tanah pusaka, dan berhajat nak berpindah balik menetap kat kampung, mungkin sistem RTA ini sesuai..bergantung pada bajet masing2lah
Dulu masa buat rumah kat kg kayu mahal. Kalau sekarang lagi mahal rasanya.
yup betul tu, buat rumah kayu lagi mahal sekarang ni…tapi untuk RTA guna panel2… jenis kayu agak sesuai
salam…
sekadar berkongsi info, dalam industri pembinaan, sistem ini rasanya sama dengan IBS (Industrialized Building system). Cuma dalam industri pembinaan, bahan yang digunakan mungkin berbeza-beza, ada yang guna concrete, timber or steel structure. Tapi secara asas, konsep ini telah lama ada diamalkan di Malaysia, cuma untuk skop yang lebih kecil seperti pengguna domestik, mungkin belum ada syarikat yang mahu mengeluarkan panel2 ni
^____^
kak kuji.. singgap jap nak bagi komen, sempat lalu di empangan itu.. sangat luas dan cantik.. terutama di belah pagi dan lewat petang! 😀
he he he.. kak jie tengok projek empangan tu dari mula2 dia org buat…dari mula2 kering kontang sampailah dah isi air penuh cantik mcm tu…tapi seram tengok kuasa air
RTA ni banyak tengok di amerika (dalam tv)
buat dalam kilang sampai tapak hanya pasang.
kalau boleh buat macam ni di malaysia mudah dan cepat jadinya 😀
itulah, selalu tengok dokumentari
ini prototaip lagi…mungkin akan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut iklim cuaca negara kita
memang best kalau buat rumah sendiri..
macam juga kita bina blog… 😆
dulu2 masa belajar civil kat sekolah, cikgu selalu cakap kelebihan rumah macam ni. tak sangka dah ada kat malaysia…
prototaip ni, projek kajian kat Kedah
mungkin akan ada perubaham utk kebaikan
bila la nak ada rumah sendr ni
bila ada tangga dulu kot
macam tak praktical. mana masuk air n letrik?
tak nampak masalah tang mana air dan letrik tak boleh masuk….?