Peribadi

Wajah Kesayangan

Salam semua, selamat berpuasa hari ke 15. Sekejap rasanya masa berlalu, kita telah tiba dipertengahan bulan Ramadan. Saya belum buat persiapan lagi, baju anak-anak pun belum dibeli.

Suami saya sibuk sangat sampai tak punya hari untuk menemani saya bershopping. Tahun ini kami akan menyambut Aidilfitri secara sederhana mungkin memandangkan kami baru saja kehilangan bapa yang telah kembali ke rahmatullah pada 29hb July 2007.

Perkara yang lebih penting, Along akan menduduki PMR 2007 pada 01/10/2007. Pening kepala saya dengan anak bujang seorang ini… dia bukan tak pandai, tak bijak tetapi tak fokus dengan peperiksaan . Dia tiada masalah dengan kawan-kawan, tercicir mata pelajaran, bergaul tanpa arah, jangkitan “sms” kerana handphone dia tersadai merata-rata tanpa kredit.

Peperikasaan percubaan baru-baru ini, dia lulus tapi bukanlah cemerlang. Sebagai ibu saya tidak meletak tekanan dengan berderet A, tetapi saya selalu ingatkan dia supaya lebih fokus untuk masa depan diri sendiri. Sekurang-kurang berusaha, jika gagal selepas berusaha itu adalah kepuasan tetapi jika gagal kerana mengabaikan peluang yang ada ini, itu adalah kekecewaan. Jangan menyesal kemudian hari.

*****************************************************************************

Angah pula, setakat ini dia tiada masalah dalam pelajaran. Sekarang dia dalam Kelas Rancangan Khas Tingkatan 1A. Terlalu banyak membaca dan minat utama dia mengodek komputer. Dia ada banyak pengetahuan mengenai IT kalau dibandingkan dengan kami sekeluarga. Dia pakar rujukan saya untuk ejaan Bahasa Inggeris.

Kecenderungan dia pada kerja-kerja yang bergerak secara solo, dia lemah dalam pergaulan sosial dengan kawan-kawan. Dia jarang fokus dengan persekitaran hanya tekun dengan apa yang terdekat dengan diri dia saja .

Dia pernah memberi komen mengenai filem Star Wars kerana mempunyai bunyi kapal angkasa juga bunyi tembakan di angkasa. Katanya bunyi terhasil kerana adanya udara, jika angkasa tiada udara seperti didakwa saintis, bagaimana bunyi boleh terhasil.

Saya cakap, itu filem la Ngah…….kalau sunyi sepi, mana best filem fiksyen macam tu..

Saya belajar autocad seminggu di FITEC dia cuma melihat abahnya melukis plan sudah pandai asas autocad…siap dengan komen kenapa tak buat macam ni , kenapa tak buat macam tu…dah kebiasaannya idea dia boleh diguna pakai!!

*****************************************************************************

Intan pula…2 hari lepas dia meminta saya membina satu akaun yahoo untuknya kerana sekarang di sekolah mereka telah belajar menghantar email. Sekolah SJK(c) mempunyai 1 jam untuk belajar komputer yang dibahagi 30 minit hari Isnin dan 30 minit lagi hari Selasa. Pada kedua-dua hari tersebut mereka akan pulang pada pukul 1.30 petang. Yuran dikenakan sebanyak RM 11.00 dan tenaga pengajar bukan dari guru sekolah tetapi dari pusat komputer yang ditender. Maksudnya guru komputer memang mempunyai kelayakan untuk mengajar komputer. Kelas mengikut silibus khas juga peperiksaan sehingga ke Tahun 6 dan mendapat sijil.


Semalam Intan bertanya, kenapa asyik memasak je kat TV, Intan tak tahan la tengok...huhu …makcik pakcik boleh tolong jawapkan pertanyaan Intan? Kenapa di bulan puasa stesen TV mempunyai berlambak-lambak rancangan masakan sampai terliur anak-anak yang melihatnya.

( adik bongsu saya, anak saudara dan intan)

*******************************************************************************

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

7 thoughts on “Wajah Kesayangan

  1. jie anak kita sama pmr nx week..betol la tue jie dorang ni advance laa ssgt..geng on9 games dia sume omputih belaka dr seluruh negara..siap sms lg wat apoimen..aduiii tp yg combi x kisah tu BAHASA INGGERIS dia mmg xcellent>>mak oii kwn ngn omputih 😛

  2. zana & umi mia kakjie tak pernah tgok rancangan masakan….:P

    chii aminnn….

    zura budak skrg lahir je dok ngadap pc…

  3. Ha..betul kata zana tu, mungkin bagi anak2 ni kesian lah terliur….tapi yang mak2 budak ni tu antara source utk cari idea masak baru…..ooo..umimia suka rancangan memasak…especially kat channel 11 astro

  4. along sebaya ngan anak buah hubby zana.. next monday pmr.
    jawab bebaik okey..:)

    tang program masakan tu… takleh nak wat apo la kak jie.. dia tau org nak cari idea bulan posa masak apa. mcm mil zana, abis dia nak menerai masakan 2 tuh. udahnyer anak dia tak mkn. yg makan… zanaaaaaa jugak.. baik menantu nie.. ekekekeke.

Comments are closed.