Makhluk Ganjil Tidak Ber-Muka Buku
Peribadi

Makhluk Ganjil Tidak Ber-Muka Buku

Wahhh………tiba-tiba hari ini dunia blogesphere terasa membahang dan meriah seperti AIM ke 17 semalam gara-gara entri 100 ribu .

Selamat datang semua ! Terimakasih kerana singgah? Sudah berapa kali?

Terimakasih untuk semua yang datang dengan puji hingga saya pula menjadi  ringan seperti gula²kapas walaupun sepatutnya berat sebab bontot dah kembang.:lol:

Ramai juga nak add saya di facebook – minta maaf akaun facebook saya hanya dicreate sewaktu nak daftar Geng Blogger. Saya sedaya upaya untuk menjauhkan diri dan setakat ini masih menjadi makhluk ganjil tidak berfacebook!

Saya hanya blogger….! sesekali bersosial dengan kawan-kawan di twitter.

Saya minta maaf sebab tak dapat nak  update hari ini.  Kepada yang tahu, Intan sakit gigi dari hujung minggu lepas.  Hari ini saya ke klinik.  Pertama ke Klinik Kesihatan Kecil – maaf jadual untuk pemeriksaan gigi kanak-kanak hanya pada hari Jumaat.  Hari ini untuk orang dewaa saja.  Peraturan orang, kena ikutlah kan….

” Intan… lain kali nak sakit gigi, sakit  hari Jumaat saja tau”

Pergi Klinik Pergigian JP , doktor yang sama kami jumpa 5 tahun dulu.  Masa tu Intan menangis terkencing-kencing atas kerusi pesakit.:lol:

Doktor cuma bagi ubat tahan sakit sebab memang dalam umur macam Intan sudah masanya gigi tersebut akan tanggal.   Biarkan saja proses berlaku secara semulajadi.

Keluar dari klinik, Intan dah segar bugar.  Tadi macam ayam berak kapur.  Psikologi anak-anak – belum telan ubat lagi, bertentang mata dengan doktor pun dah boleh hilang rasa sakit.  Mainan minda ni – sakit  berjumpa doktor.

Dalam perjalanan balik singgah Bintang Supermarket – tujuan nak beli barang dapur  dan kasut sekolah Intan.   Beli gula, ayam, sayur, bawang, buah mangga.  Naik tingkat atas cari kasut sekolah.

Dalam perjalanan balik ,

” Mama, sekejap je kita pergi.  Setengah jam je…”

Perangai saya, kalau dah set nak beli sekian-sekian barang saya hanya tuju pada rak dan bahagian² yang terlibat saja.   Saya jarang merayau ke bahagian yang tidak perlu.

” Kalau dengan abah, mesti singgah tempat pisau “

ha ha ha…anak beranak mengumpat!

Kalau pergi shopping dengan encik suami, nak beli satu barang supermarket 3 tingkat tu semua dia nak redah, nak singgah pegang² belek² – last sekali mesti beli pisau.   Kegemaran dia beli pisau sampai cik Intan ni pun dah faham .  Dok kat Algeria sana tu pun dia boleh beli pisau.  Bukan memasak pun – kem tempat kerja sediakan dewan makan dan tukang masak.

Tengok anak melepek baring sebab tak sihat, mak pun sama melepek depan tv layan HBO – sebab itulah hari ni tak mengadap pc…hehehe

Eh… saya ada sesuatu nak share.

Saya dah pasang firefox add on, easy comment .  Bila nak komen di wordpress atau di blogspot, cuma perlu klik easy comment tersebutdan segala butiran yang telah kita setting akan keluar .  Contoh pada ruangan name, url atau email.

Saya dapat ilmu ini dari blog Syahirul.com . Klik ke blog dia untuk belajar macam mana nak install dan setting.

©kujie – nak kukus ikan siakap petang ni…owwwwh … cicah air asam!

p/s – masa kat klinik , cikgu kelas Intan telefon….owh…. cikgu sungguh prihatin.   Minggu lepas Intan memang tak berapa sihat, jadi dia ingat Intan demam lagi.

p/s – Memo Selamat Datang tu, dah berapa kali singgah blog kujie2.com?  Saya baru 175 kali… he he he..baru clear cookies :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

70 thoughts on “Makhluk Ganjil Tidak Ber-Muka Buku

  1. Terbalik ee..selalunye orang pompuan yang suka singgah2..suka round 1 mall…tapi beli biskut je wat balik…best..best..dpt hubby cmtu.

  2. hehehhe…teringat masa zaman kecil dulu arwah mak bawa saya ke klinik gigi kerajaan dalam kem askar. Menangis tak sudah – sudah!, adat budak kecil. Terima kasih dengan info firefox plugin.
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. macam best je layan HBO haha…blog yang menarik untuk dibaca ni
    .-= mhnizam´s last blog ..Blog paling saya benci =-.

  4. yap. memang ianya akan membantu.
    .-= titan´s last blog ..Facebook Phenomenon in Malaysia =-.

  5. ini blog memang bagus dia punya post punya penulisan… puji melambung sampai gelembung… hahahahaa…

    post yang fresh itu yang penting. kalo tak update dah tentu takder pengunjung. cuba ler sekali untuk sebulan tak update apa-apa.

    bosan betul jadinya… sebab apa? sebab nak tengok dan baca post yang terbaru dan terkini.

    dan yang gerentinya nak komen dan terus mengomen dalam post terbaru atau yang sudah-sudahnya…
    .-= abdfatah´s last blog ..Producing a perfect magic square is like filling in an easy Sudoku puzzle =-.

    1. piston: oo..sama la. patut la tiap kali 1 singgahan jek. hmmm..sbb CCleaner ari2. ooo..baru ku tau..memula x puas ati gak..mana bleh 1 kali..rasa da puloh2 kali..heee..kan da malu sendiri.
      K.Jie: sejak sy ada cecita nk jd blogger tegar ni,,fb mmg da slowdown siket,,agaknya sbb by blog leh bebel byk siket kot. heheeee..
      .-= Yoa´s last blog ..AIZ! TOLONG CANTIKKAN BLOG SAYA =-.

  6. easy comment tu best…tp kalau letak add on banyak2 jd berat tak?
    .-= mokteh´s last blog ..Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

  7. owh easy comment dah ada..cuma kadang2 jarang guna..huhu 😐 terlupa..
    .-= zik´s last blog ..Tips elak mabuk laut. =-.

    1. badan dia masih panas sikit… gigi masih sakit kadang2
      sbb tak dicabut pun
      cuma mkn ubat tahan sakit je

  8. lor kak jie tak main FB eh… kalo GB bukan login guna FB mesti kak jie tak bukak akaun kan.. anyway moga sembuh sakit gigi tuh ye intan 😛 thanx 4 link..
    .-= syahirul´s last blog ..Penghinaan terhadap agama Islam =-.

    1. dummy akaun je…sbb nak GB
      mula2 register GB, tak perlu pun akaun FB
      kemudian kena guna akaun FB, terpaksalah create satu akaun
      tapi tak pernah jengok2 pun
      mmg cuba mengelak diri – tak perlu jadi tak nak ikut2 je orang..
      org lain ade, kita pun nak ade
      org lain mgkn perlu….

      psss..share juga berapa trafik dari link tu?

      1. setakat ni mengikut analytics referrer 24 aje kak jie..hehe
        .-= syahirul´s last blog ..Terima kasih Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia =-.

  9. wah easy comment..baru jugak cuba mende ni gayanya memang best…mudah betul :mrgreen:
    .-= etomyam´s last blog ..Panduan Tulis Blog: 100 Idea Untuk Blog Part 3 =-.

      1. best pakai..senang idop..
        .-= Azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.

  10. kujie

    nanti kalau saya berkenduri kendara, bole call kujie ya.. pinjam pisau.
    mesti banyak stok pisau kat rumah kujie tu, kan 😉
    .-= klcitizen´s last blog ..toy story =-.

  11. Wah makin famous la kak ujie kita ni hehe. Tahniah dan teruskan berblog. 😀
    .-= Syafrizal´s last blog ..Tikus dalam kuah roti canai =-.

    1. kak jie pun dah add twitter cikgu.

      itulah..mainan minda – sakit mesti jumpa doktor
      kadang2 sakit sikit je..selagi tak bawa jumpa doktor tak puas hati dia

    1. mmg best pun, sekali klik je…tp kat disqus tak boleh guna
      sy ada masalah utk komen di disqus
      selalu..
      kadang2 susah…

    1. mula2 register GB akhir tahun 2009
      tak perlu ada akaun FB
      Jan 2010 baru kena guna akaun FB
      tu gya terpaksa gak tu..

  12. baru sekarang mai dapat comment entry kak jie. hehehe.. :mrgreen:

    sbb sblm ni mai masuk, kadang2 dapat then tak dapat nak comment. T__T internet slow.
    .-= maisyara´s last blog ..Epilepsy | bukan ini yang aku minta. =-.

    1. owh…knp tak hubungi kak jie bagitau
      tak pasti juga org lain pun ada masalah mcm ni
      mgkn masa dtg minggu lepas, server blog mmg down kot

      btw…terimakasih ye kerana sudi juga singgah lagi

  13. nak try easy comment tu..tapi saya pengguna tegar chrome :mrgreen:
    .-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.

  14. tertarik dengan add firefox easy comments tu. nak install la jap lagi. hehe
    .-= zaiMi´s last blog ..Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010 Membosankan =-.

  15. dah 59 kali kak jie. tapi kadang2 guna iPhone pun saya masuk jgk blog kak jie.
    .-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.

  16. 7 kali je 😀 selalu clear
    .-= TMUkmkd´s last blog ..Google Beli BumpTop: Aplikasi Ruang Kerja 3 Dimensi =-.

  17. flying pixel punye facebook pon x aktif..create hanya untuk gengblogger~ =)
    .-= Flying Pixel´s last blog ..Im using Delicious! =-.

  18. Siakap…nyam2..mesti sedap…harap2 malam ni mak mertua masakkan siakap pedas…hik3..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Kennysia =-.

  19. yeah kita sama kakjie! sy wat akaun FB pun sbb utk join contest je..hehe xaktif pun kt FB..frens request pun byk yg tak approve2 lg tu..lbh fokus kt blog dengan twitter je

Comments are closed.