Peribadi

Hidup ini bukan sekadar untuk ketawa

beautiful life

Saya baru balik hantar makan tengahari untuk Intan dan jemput Angah dari sekolah. Walaupun masih kurang stabil, ada beberapa perkata terpaksa juga kita uruskan. Saya masih berjalan zig zag… belum stabil mengatur langkah. Jangan risau saya masih mampu memandu walaupun dengan kereta manual Pajero besar gelabak tu. Kaki 2 dengan tayar 4 sudah tentu yang 4 lebih stabil, kan…

Keadaan masih berpusing-pusing tetapi rasanya saya pun kenalah juga belajar sesuaikan diri dengan keadaan. Walaupun tak masak ( beli saja ) dan tak cuci baju ( anak bujang saya uruskan yang ni ) naluri seorang wanita mesti juga nak sentuh penyapu, nak angkat periuk. Hari pertama dulu, saya terpotong jari bila tak dapat nak fokus jarak pisau dan bawang.

Sejak itu, benda-benda tajam dilarang berada disekitar saya dalam jarak 3 meter. Undang-undang khas dibuat Encik Suami tetapi bila dia pergi kerja, saya tak tau nak buat apa, saya pangkas segala pokok-pokok bunga tepi pagar. Tepi pagar rumah saya dah terang….saya sendiri tidak pasti motif pokok-pokok yang menjadi mangsa.

Sebenarnya saya tak pandai untuk berkongsi pengalaman ini, tetapi bila sue-aleen mencadangkan saya menulis pengalaman dan jadikan ia sebagai satu social contribution untuk pihak lain yang sama² melaluinya dan mungkin info kita amat berguna pada orang lain, insyaAllah… , saya akan cuba. Tetapi maaflah kerana karangan saya tahap budak Tahun 4.

Bila mengalami masalah seperti ini, saya mula menjelajah mencari maklumat dan bertemu dengan satu blog. Saya tulis di ruangan komen dan syukur kerana Doktor tersebut pantas membalas:

@kujie

Biasanya.pesakit yang datang dengan simptom macam akak di sebabkan oleh Eustachian Tube Dysfunction. Ianya di sebabkan oleh banyak faktor dan kemungkinan, dan salah satunya di sebabkan ketumbuhan di dalam hidung dan ruang antara hidung dan mulut(nasopharynx).MRI banyak membantu dalam diagnosis dan saya sendiri tak boleh nak komen sebelum MRI di lakukan.

Dapat keputusan MRI nanti,boleh tak bagitau saya. Mungkin ada sesuatu yang dapat saya pelajari dan bincangkan dengan doktor-doktor di sini.

Harapnya tiada masalah. Banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Yang Maha Penyembuh.

Wassalam

Baca komen ini, terasa luruh separuh lelah yang dikendong.

©Kujie ~ Ada komen yg tak dpt saya reply, maaf…saya ambil 1 jam hanya untuk menulis entri seciput ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Hidup ini bukan sekadar untuk ketawa

  1. Tabah Kak Jie … hidup nie mcm2 dugaan.ader kecik,ader besar …

    dan Allah tidak menguji melebihi kemampuan hamba’nya.Janji Allah itu benar.
    .-= Melayu Boleh´s last blog ..Kaji Selidik Seo Blog Melayu Boleh =-.

  2. jangan risau kak jie…setiap penyakit ada ubatnya..insyaallah ketabahan dan kegigihan adalah ubat yang paling mujarab..doakan kak jie kembali sihat hendaknya
    .-= pjan´s last blog ..Menanti saat kelahiran cahayamata =-.

  3. Kali nie …Ira nak drop msg..hii. Walaupun tuan empunya diri pun asyik pening lalat dan badan lemah dek kerana kimoterapi….tapi gagah gak nak komen.

    Moga mama sentiasa dilindungi Allah….Insya-Allah, tak ada apa2. Ira pun pernah gak macam tu…lepas tu okay jer…..

    Take care mama….dan hadiahkan ira doa…moga kanser ira pasif dan dok diam2 kat situ jer…hiiii 😆

  4. Memasing ada bahagian memasing … Semoga kita tabah menghadapi segala dugaan Nya … Berusahalah untuk berubat! Doa saya utk saudari!
    .-= Precious´s last blog ..070809 =-.

  5. Salam Akak Jie….

    Sy yakin Akak pasti akan sembuh seperti sedia kala. Sy faham, di hati Akak pasti ada rasa bimbang, takut, sedih. Tak byk, sedikit pun pasti terwujud perasaan2 begini.
    Tapi, ALLAH dah berjanji pada kita setiap penyakit dan kesakitan itu pasti ada penawarnya; kecuali MATI.
    Tenang ye….sy percaya Akak seorg wanita yg cekal dan berani m`hadapi dugaan dari-Nya.
    Setiap dugaan itu sgt bermakna utk kita belajar mengerti sesuatu dari-Nya. Be strong,k. 🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Merah Putih =-.

  6. Jie, biar sembuh betul-betul baru bawak kereta. Biar sembuh betul-betul baru pangkas pokok bunga. Biar sembuh betul-betul sebab itulah doa kami semua.
    .-= OD´s last blog ..Mari Berjuang Untuk Penunggang-Penunggang Motosikal Di Malaysia =-.

  7. kak jie. moga cepat sembuh. doa dr kami sahabat blogger semua. tp tertanya2 gak nih. kak jie sakit ape?.. huhu

  8. assalamualaikum kak jie..
    mm, kak jie sakit yang berkaitan ngan keseimbangan ye.. hope kak jie follow up doc n dpt inform kami perkembangan terkini key..
    anyway,b4 ni kak jie tak perasan ape2 simptom ke.. sbb bile tau kak jie sakit baru2 ni macam mengejut pula.. 😐
    take care sis,moga disembuhkan Allah penyakit kak jie..
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: Bergembira di Ladang Ostrich.. ^_^ =-.

  9. Tidak beriman kamu sebelum kamu diuji..itu janji Allah…ujian tu ada macam-macam bentuk..kesihatan juga ujian…redha dengan apa juga pemberian tuhan pasti dapat ketenangan dan meningkatkan darjah keimanan ..insyallah….
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  10. Ooo……….

    Bila hilang keseimbangan, memang susah nak sesuaikan diri. Berjalan pun seolah2 meniti di atas titian sempit.

    Hati-hati laa…. terutama air panas tu. Tie dulu pernah tumbuh jerawat dalam telinga. Sebelum tu rasa bengang sangat. Doktor bagi ubat titis supaya jerawat tu mengecut. Tapi, kes Jie ni lain kot. Tak pe laa…. kita tunggu je keputusan MRI tu.
    .-= Tie´s last blog ..Ikan di laut, asam di darat….. =-.

  11. sememangnya seorang blogger x sempat utk membalas semua komen .. tak pe .. jgn terlalu menyalah diri .. take cara akak !!
    .-= eldy´s last blog ..DefragExpress =-.

  12. blog kak jie dah jadi purple, kak jie okey ke tidak, kalau tak ok lelax manyak okey.
    kalau boleh everyday nak ketawa tapi org kata ketawa manyak, ilmu hilang. seronokan kalau tiap hari happy je hati kan. ada ke orang takde masalah?
    .-= zany´s last blog ..Trauma =-.

  13. aduhai…

    ada sumbatan di hidung atau di telinga rupanya. huhuhu

    yg pasti itu bukanlah disebabkan taik telinga atau hidung.. tapi apa2 hal pun kami berdoa agar kujie kembali stabil dan lebih sihat dari biasa..

    ameennnn
    .-= maza´s last blog ..Malam Pertama : Versi Maza =-.

  14. Assalamualaikum,

    Ish, sakit apa ya? apapun semoga Allah menyembuhkan Kak Jie… syafakillah.
    .-= Faridrashidi.Com´s last blog ..Roti: Khasiat Dan Mudharat =-.

  15. salam kak jie ….

    tiba tiba blur pulak bila baca entry nie…

    kak jie tak sihat ker?

Comments are closed.