” g mana? tak update blog”
Tak update sehari je nak sms!
Tak ke mana-mana. Ada tapi jadual harian terlalu sendat.
Isnin – Jumaat = kelas 9-11 pagi ( tafsir, tadarus, tassauf, fardu ain , bahasa arab/hafiah )
Selasa – Khamis = kelas mengaji al-quran petang
Saya tak malu untuk mengakui dah umur² gini baru nak belajar itu ini. Masih lagi belajar mengaji Al-Quran. Masih lagi tak pandai² ulang-ulang bab makhraj , gigi gunting, hujung lidah, kerongkong , rongga mulut dsbnya. Malah masih lagi membelek buku hijau Tajwid Al-Quran Rasm “uthmani tu sampai lusuh.
Antara waktu² tersebut saya perlu masak untuk anak². Pergi hantar nasi untuk Intan, ambil dia di kelas tusyen.
Perlu luangkan lebih perhatian untuk Angah yang sedang menghadapi PMR. Saya tak bagi dia study gila-gila pun, cuma bersantai tengok Channel 555 (The History ) . Dia suka rancangan tv berbentuk dokumentari seperti itu.
Semalam walau dah petang, penat dan berpuasa gagahkan diri ke asrama Along bila dia perlukan baju melayu baru untuk majlis hari raya di sekolah sabtu nanti. Lagi pun dia tak berapa sihat sepanjang minggu ini. Dia perlukan duit untuk bayar jamuan raya kelas, jamuan raya pengawas dll. Kali terakhir saya jumpa dia minggu lepas, saya tak bagi duit sebab ada lagi.
Mula-mula dia telefon, berat juga nak pergi tapi hati ibu mana boleh tenang. Setengah jam saya dah berubah fikiran, bersiap dan memandu 1 jam 30 minit ke Sepang.
Dulu kalau ada kes2 kecemasan seperti ini encik suami yang uruskan.
Tengok diri sendiri, owh… kuku kaki dah panjang, patut tak selesa. Sepanjang 18 tahun berkahwin, kuku kaki saya di potong oleh encik suami. Terpaksalah potong sendiri. Kata Intan, kalau mama tunggu abah balik, kuku mama dah panjang sampai ke KL…. lebih²lah pula !
Balik dari Sepang dah malam. Berbuka puasa di R&R Sg. Buloh. Niat hati nak tidur awallah konon²nya. Boleh bangun sahur awal berchatting dengan orang jauh. ( kita 4 am, dia 10 pm ). Gigih betul bangun sahur sebab ada orang tunggu di sebalik skrin komputer.
Golek kiri golek kanan, susah betul untuk tidur. BIla penat, kaki tangan rasa sengal² dan kejang. Dilurus tak kena, dibengkong tak selesa. Saya panggil Angah, cepat² Intan menjerit
” dah tau dah……….dah tau dah……..”
Lawaklah budak² ni. Mama dia pun nak diusik.
Intan dah faham tabiat saya yang gedik mengada² ni. Kalau susah nak lena, kena usap kat belakang badan. Macam kucing parsi .. ha ha ha
Dulu encik suami yang jadi mangsa. Entah…. rasa macam segala penat, lelah, runsing, segala berserabut mengalir keluar melalui tangan yang menyentuh. Tak perlu lama, tak sampai 5 minit saya boleh lena dengan tenang.
Tabiat ini saya warisi waktu mengandungkan Intan. Bukan salah ibu mengandung tau.
Semalam mak mertua telefon, kakak ipar , adik saya dan mak saya sendiri. Saja bertanya khabar dan berita.
Dengan kakak ipar saya cakap, tak perlulah risau…saya ok..boleh uruskan. Dia cakap ” mestilah kakak risau, adik kakak “
Berjurai airmata saya mendengar ayat walau seringkas itu . Hati luluh menusuk hingga ke lantai qalbu.
Si kucing parsi kuyup kebasahan…ha ha ha gembeng!
p/s- kucing pasri masuk dlm kategari exotik tu…
p/s – eh…. Malaysia kena ganyang ke hari ni? Korang dah ready ke….kehkehkeh…macam lawak antarabangsa.
p/s – gelak sampai keluar airmata nengok blog ini ditranslate oleh Encik Google > klik utk merasainya horey
kelas tahfis ke???kesiannye x leh tido kene wat macam kucing…haha
.-= haziq´s last blog ..to know me??? =-.
lawak nya google translate tuu HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA!! 😆
.-= yonna´s last blog ..Y550 : Jamuan Raya BPMKPT 2009 =-.
ekekekek ingatkan ada bela kucing parsi ke 😆
comel je nak kena belai hehe
mak saya slalu suruh urut blakang dia time sblm tido
last2 saya gosok2kan aje psl sy mmg tak terer bab2 mengurut ni haha
sy urut sekuat hati mak boleh kata.. tak rasa apa2 pun~ heheh 😆
.-= Adila´s last blog ..YOU!!!! *censored* =-.
@Adila, he he he…..si kucing parsi gedik 😆
kak jie tak boleh pula di urut..cuma usap2 cukuplah..dah boleh lena dah
alaa….sekali nk bermanje dgn anak sendiri ape slhnye??
bukan selalu kan kak?
selalu dorg yg bermanje ngn akak…
lepas ni boleh mengade2 malas masak kak, tgk camne..hehe
.-= ChekguBH´s last blog ..Three-Layer Milk Tea & A Cheese Naan Tandoori… =-.
@ChekguBH, itulah cikgu
sejak abah dia org jauh, hari2 Along telepon rumah
hari ni dgn gembiranya dia bagitau
Add Math dpt A 😆
ooo..bab masak…..dia org yg jarang makan
aku dah sempurnakan posa
yang wajib dan yang sunat
nanti time orang ganti aku leh mengoda..
.-= kuina´s last blog ..Saya Budak Baru Belajar =-.
@kuina, nk goda apa..sini sabtu ahad je yg meriah
weekdays posalah 😆
Channel 555 my favorite too.. hehhee
Although sometimes deficiency and discrepancy took place in conveying information, but it was still giving us an info and refresh our knowledge… rite!
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2 =-.
@maza, mmg susah nk tgok budak 15 thn nk ngadap tv nengok ch 555 tu….dia minat, kita temankan je lah 😆
Jauh di mata, dekat di hati…
Nasib baik ada anak2 ganti tempat bermanja, kalau tak mesti asyik menung mengenang orang jauh.
Semoga tabah dan berjaya melepasi cabaran bila yang tersayang jauh di mata.
.-= Kak Long´s last blog ..Api yang membakar =-.
@Kak Long, saya ok Kak Long..hehehe
Tabahkan hati ye kak jie..
.-= zool´s last blog ..MyKad disalahguna =-.
@zool, alhamdulillah….orgt2 sekitat ramai yg memberi sokongan 😆
menariknya Kujie ni 🙂
[tak tahu nak komen apa, kelu lidah]
.-= Mak Su´s last blog ..Emptiness =-.
@Mak Su, apa yg menarik Mak su?
tangan?
😆
Sebut pasal kuku tu, biasanya anak Tie yang tolong potongkan. Dia juga pandai urut. Malas nak suruh cik abang tu. Kang dia mintak upah lebih, uwaaaa……….
.-= Tie´s last blog ..Hampir ke situ =-.
@Tie & Kujie
faham benar kalau mintak tolong anak potongkan kuku itu! huhuhu
apa tak nya, nak tunduk payah. Di ganggu pandangannya oleh besarnya perut, kanzz?!
Jadinya dari terpotong jari kaki, baik mintak tolong orang lain, kanzz.. hehehheh
maza: kaki sakat.. wakakka
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2 =-.
@maza, issshhh pokcik nie..
kalau dia angkat penumpok tu ha…
.-= kuina´s last blog ..Saya Budak Baru Belajar =-.
@kuina, erk! Penumpok tu apa ek? hehhhhe
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Geruh Di Tempat Kerja # 2 =-.
@maza, sejak 18thn tu maza oiii…masa tu ceQ ramping pinggang 24 inci tu… 😆
@maza,
Amboi…. ngata kita ya pokcik !
Pokcik ni ada pengalaman ko ? Waaakaaaa……. 😆
.-= Tie´s last blog ..Hampir ke situ =-.
@Tie, wahh….pandainya anak tie..
kami ni seisi keluarga mmg cik abg tu yg potongkan..hehehe
Salam Syawal wahai kujie.
Ada juga yang tak suka bela Kucing Parsi. Mereka kata garang
@Abang Long, Salam Abang Long
garang sbb tak kena gaya belanya…. 😆
Bestnye n3 ni.
Dan sememangnya n3 k jie sentiasa best.
Syok baca. terima kasih
.-= rumah kuning´s last blog ..Makin mengancam =-.
@rumah kuning, cikgu ni….tak cukup mengancam mcm entri cikgu 😆
Alahai comelnya kemanjaan kucing parsi ni… 😆
.-= Bb Hussain´s last blog ..Keranji =-.
@Bb Hussain, boleh gesel2 ye…
ni kucing parsi xpired dah ni 😆
Tengok diri sendiri, owh… kuku kaki dah panjang, patut tak selesa. Sepanjang 18 tahun berkahwin, kuku kaki saya di potong oleh encik suami.
—> sangat suka nieh!:)
hmmm..benda2 simple mmg boleh buat kita nangis. hari nieh sha seharian mendengar budak 6 tahun nangis. trus masuk twitter:)
selamat hari jumaat, berdoalah tuhan melindungi kita
(boring dah asal indon…tp nak wat camne)
.-= cheryna´s last blog ..sha: when karev cries =-.
@cheryna, ooooooooooo..kak jie bagi tips rumahtangga secara tidak langsung tu… 😆
Kucing saya memang suka pusing2 kalau gedik…
.-= kruel74´s last blog ..Eid Mubarak Tweetup =-.
@kruel74, he he he…gedik2 tu
aly mesti suke klu dapat jupe kucing parsi heheh
sesekala gembeng ape salahnye. mengurangkan kegusaran hati 😉
.-= mrs azmi´s last blog ..……… =-.
@mrs azmi, tak ramai yg ada bakat nak jaga ‘kucing parsi’ 😆
kak,
susah nak tidor walaupun letih tahap maksima?…. hhmmmm
saya ada petua… cubalah baca tasbih – tahmid – takbir – tahlil…tak sampaipun 25 kali, pak setan akan tanpa segan silu menghembus atas mata kuyu kita, supaya kita cepat2 lena, dan tak sempat habis 33 x bacaan…. cubalah
.-= AyKay´s last blog ..Semuanya adalah ketentuanNya… =-.
@AyKay, hati pula yg cergas 😆
Sudah ready! :p Haha 😀 Mariland Ganyang kita! 👿
.-= tekkaus´s last blog ..Will Malaysia Be Ganyang-ed Today? =-.
@tekkaus, huhuhu….. lawak 😆
Kucing Parsi???
Alahaiiiii comel la kucing tu…..
sy suka, tapi malas nak grooming kucing.
Huhuhuhu….
**Kak Jie, thanks 4 the beautiful words. Persahabatan tidak boleh dijual beli….. 🙂
.-= Zymazara´s last blog ..Kosong [ 0 – 0 ] =-.
@Zymazara, kucing parsi dpt kenal tuan yg baik
dia boleh pilih sapa yg dia nk bermanja2..hehe
dah lama tak menjengok ke sini… salam ziarah n selamat hari raya!
@kumb@ng, salam… maaf zahir & batin
ramai yang ambil berat pasal kucing parsi ni…baguslah..hehe
.-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.
@Lan Bingka, kucing exotik tu 😆
Asalamualaikum
Bila berhariraya untok puasa enam pulak ?
Terima kaseh salam hormat.
.-= pakcikli00´s last blog ..Video panduan menegang buah dada =-.
@pakcikli00, hujung syawal baru nak raya..issshhh… 😳
Haa tadi subuh2 pegang telepon nak sms kak jie…tapi terhenti…tunggu matahari naik dulu lah
Kucing Parsi yang cumil dan menje gittuw
.-= iza´s last blog ..Renta Akhirnya… =-.
@iza, hehehe…semlm lalu g Sepang ingat nak ajak iza berbuka puasa kat D’limau tu lagi..tapi kalau maghrib masih kat Bangi….mesti lewat balik rumah..rasa tak selesa malam2 masih kat luar bila suami tak de…
Jadi hentian terkahir kat R&R Sg. Buloh je lah.. 😆
meoowwww…. 😆
@Kujie, hehe tak dak rezeki nak berbuka sama2 lah semalam tu. Betoi tu kucing parsi takleh duk luar rumah lama2 nanti ada yang berkenan
ceiut ceiut ceiut ..alamak camne nak eja bunyi panggil kucing ni 😀
.-= iza´s last blog ..Renta Akhirnya… =-.