Ayah lahir pada 01 Julai 1941. Tahun penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Ayah menjadi anak yatim apabila datuk saya di bawa Jepun sebagai buruh paksa untuk membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayat tidak pernah kembali selepas itu.
Dibesarkan tanpa bapa bukanlah sesuatu yang mudah di zaman keperitan penjajahan Jepun. Ayah tidak pernah bersekolah tetapi ayah tidak buta huruf. Ayah boleh menulis dan membaca dengan baik kerana ayah belajar secara mengintai² orang lain . Ayah belajar menulis dengan menguis-guis di atas tanah.
Tulisan ayah cantik dengan seni tulisan Tamil yang berkerawang kerana ayah dibesarkan di estet getah. Disepanjang zaman remajanya ayah merantau berbasikal dari Gurun, Bedong dan akhirnya menetap di Kuala Ketil. Disitulah ayah bertemu jodoh dengan emak, Chek Chang Binti Md. Nor juga seorang anak yatim piatu yang berkelana dari Seberang Prai.
– Ayah sebelah kanan bersama kawan baiknya.
Ayah seterusnya meneruskan kehidupan dan menetap Baling hingga kini. Dengan sejarah keluarga yang pudar dan kelam, saya sendiri tidak berapa mengetahui susur jalur salasiah keluarga.
– Dalam usia tua begini, saya masih sanggup memeriahkan majlis perkahwinan.
Ayah seorang yang pendiam, bercakap hanya perlu, sangat berfikiran positif dalam hidup dan seorang yang baik hatinya. Lembut walaupun ayah seorang guru silat. Saya belum pernah sekali pun melihat ayah meninggikan suara atau berdendam sakit hati dengan sesiapa walau apa pun perkara buruk yang pernah diperlakukan kepadanya.
Sepanjang ingatan, saya hanya pernah sekali dimarahi ayah dengan teruk kerana kecuaian menjaga adik hingga hanyut waktu mandi di sungai. Waktu itu umur saya 10 tahun. Ayah ada 3 orang anak perempuan dan yang ke-4 itulah satu-satunya anak lelaki ayah.
Saya bawa adik lelaki main di sungai sewaktu ayah dan emak pergi menoreh. Seronok main hingga saya leka tidak sedar adik sudah dihanyutkan arus air. Mujurlah guru mengaji kami ada di bawah sedang mengambil air sembahyang. Adik tidak lemas walaupun jaraknya agak jauh.
Balik dari sungai, saya menyorok di bawah katil. Saya tahu mesti kena marah. Saya hanyutkan satu-satunya anak lelaki yang ayah ada ketika itu. Memang ayah marah dan sejak hari itu saya tidak dibenarkan lagi bawa adik ke sungai ( kalau tak boleh pergi sungai, tak bolehlah main-main dengan kawan-kawan lagi…) Itulah medan permainan kami sewaktu kecil.
Membesarkan anak seramai 9 orang termasuk seorang Down Syndrome ( yang telah meninggal dunia pada usia 20’an- al-fatihah) membuatkan keseluruhan hidup ayah hanyalah disekeliling perdu-perdu getah untuk mempastikan kami cukup makan. Pernah di tahun 80’an ayah merantau bekerja sehingga ke Singapura.
– Selepas dilanggar Gadis Myvi Hijau beberapa bulan yang lepas.
Ketika saya perhatikanlah ayah waktu sedang tidur, mula saya sedari betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kami, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kami kenyang dan pendidikan kami lancar.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan kami semata- mata kerana rasa kasih dan sayangnya sehingga kadang-kadang itu sering di salah ertikan.
Melihat ayah dalam keadaan itu, satu getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingati betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ayah untuk kebahagiaan saya dan adik-adik. Pengorbanan yang amat melelahkan serta memenatkan namun enggan diungkapkan.
Sekarang, walaupun kehidupan ayah tidaklah kaya raya tetapi ayah lebih tenang dan bahagia. Kesemua anak ayah telah bekeluarga kecuali seorang adik bongsu saya yang masih belajar di Politeknik Kulim.( dah kerja) Saya ada adik perempuan ye ….silalah hantar proposal diri!
Walaupun anak-anak ayah tidaklah berjawatan tinggi bergaji lumayan, menjadi orang penting atau pun jutawan besi, anak-anak ayah tidak terlibat dengan sebarang masalah rumit yang merungsingkan hati tuanya.
Saya masih ingat, 20 tahun dulu sewaktu pertama kali saya meninggalkan kampung berhijrah ke Kuala Lumpur, ayah berikan saya sekeping kertas dengan sepotong ayat disuruh hafal.
“La ilaha illa Anta, SubhanaKa, inni kuntu minaz-zalimin”
Saya hafal dan baca setiap kali didalam kegelisahan, hati berdebar-debar dan di dalam kekeliruan membuat sesuatu sehinggalah saya tahu ayat itu adalah doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan nun.
Ayah seorang yang hebat! Catatan pendek ini tidak mungkin mampu merungkaikan segalanya tentang ayah kerana apa yang pernah dilakukan untuk kami tidak dapat dihitung. Semoga Allah berikan ayah umur yang panjang dalam keberkatan dan semoga ayah dalam perlindunganNya selalu.
Selamat Hari Bapa !
p/s – ayah selalu tersilap dail nombor saya – bila saya telefon balik. ayah akan cakap.. ” silap..ayah tak nampak, nak telefon orang lain”
©kujie – entri setahun dulu yang dikitar semula sempena Hari Bapa. Sekarang ini ayah tidak berapa sihat. Demam sejak seminggu lalu.
Untuk Encik Suami – bapa kepada anak-anak saya . Selamat Hari Bapa, bang…
saya sayang ayah 🙂 🙂
saya sayang ayah 🙂 🙂
Assalamualaikum…kak jie
Ayah ape khabar Shaa baru in this blog…
Shaa miss ayah Shaa but tk pernah see dia pon 🙁
Walaupun lewat tapi belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang telah berkorban di seluruh dunia.
hem selamat hari bapa cuba kita lihat dan kaji siapa dulu yang allah cipta ? bapa betul tak ? iaitu nabi adam 😛
hik hik.. bapak memanglah begitu berjasa bagi kita semua..
touching la baca entry kak jie ni..
tapi..beza ngan saya ..tak brapa ngam ngan ayah…sejak dulu lagi…sbb ibu dan ayah pun ada conflict tapi masih bersama..serumah tapi bilik asing2..kadang2 jealous gaks tengok family org lain..nasib baik bapa mertua saya sangat ngan dengan anak2ya
kak jie, ica baru lepas post entry ica pasal ayah ica..Pastu baca blog kak jie, eh baru perasan, ayah kita banyak persamaan..Lahir zaman jepun..=)
salam kak jie.
semoga ayah kak jie cepat sembuh.
selamat hari bapa buat ayah kak jie.
terimakasih fikah, ajak ayah dtg sini
byk pula alasan dia..biasalah.. 😆
salam ukhwah.
wah! tersentuh jugak membacanya. Memang menarik entri ini.
Semoga ayah Kak Kujie sembuh dari demam..Pengorbanan ayah tidak dapat dibalas…
pernah lihat ayah menangis tak kerna kita? hurm…
Di usia2 mcm ni apa yg ayah2 perlukan bukan harta kesenangan anak2…
Menarik gak entri ni kak jie,Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia tak kira dimana mereka berada
best baca kisah kak jie ni… selama hari bapa kepada semua yang bergelar bapa…
selamat hari bapa juga pada semua~
zara pagi2 tadi ingat nak belanja Abah~
sekali dia tak mau buka puasa Rejab~
he he he~ 😛 😛
selain dr belanja boleh celebrate lain , kan.. kan 😆
been there aite??
would love to hear ur rambles on my case
gyahaahhaahahaah~
do comment,
i wanna hear what ur brilliant brain is thinking.
gyahahaahahaahah~
baca semua kes dan Kak Jie bukan hakim utk menghakimi semua orang… baca utk panduan diri sendiri
most arguments are not important to me – diam lebih baik.
Terimakasih kerana sudi mencemar duli menulis di sini. Orang popular ni… 😆
org popular jarang nak dengar pandangan orang [xsemua]
orang popular dengar pendapat sendiri je. [xsemua]
gwa ni newb, same je mcm gwa awal2 start blogging dulu.
gyahahaahahahaahah~
btw,
popular was never an option for me.
but pleasure of stripping thy brain?
thats my intention…
gyahahhaahaahhahha~
Sepanjang menjadi seorang blogger, Kak Jie jumpa berbagai2 kes – selagi benda2 tu tak menjejaskan kualiti hidup Kak Jie, Kak Jie cuma baca dan tidak pernah memberi komen melampaui diri yang tidak kenal kedua belah pihak.
terharu pulak baca catatan kak jie ni…best..terkesan pada sy
ayah zaman dulu tak sama dgn skrg
sifat, didikan semua berbeza sbb anak2 saman skrg pun tak sama dgn anak2 zaman skrg 😆
sy tak pernah menatap wajah seorang ayah semenjak saya lahir dan saya pun tak kisah la kalau dia hidup ataupun mati…
owh..ada kisah sedih ye… apa pun kisahnya
kita tak tau hal sebenarny…doa saja yang baik2
buat benda baik2 tu….kebaikan dtg balik pada kita
itu la lebih kurang2, apa2 pun sy ucapkan selamat hari bapa untuk dia, semoga dia bahagia dan suatu hari nanti dia akan igt anak dia sorang ni
selamat hari bapa !! 🙂
kalau untuk ayah Kak Jie dan suami Kak Jie…nak wakilkan mereka utk ucap terimakasih 😆
selamat hari bapa kakjie 😉
ucapan ni mcm utk Kak Jie le pula… 🙄
besarnya jasa dan pengorbanan seorang ayah.
di kala usianya dimamah hari, di kala itu mereka memerlukan kite.
selagi ada, selagi itu bakti kita pada mereka…
tengok ayah skrg..di mamah usia tua, sedih dan sayu je
tanpa kasih ibu dan ayah, mungkin kita tak menjadi seperti kita skrg…
berat amanah yg di pikul oleh seorang bapa
Salam ziarah Kujie,
sayu baca entry ni. harap ayahnya cepat sihat ya.
menarik sungguh cerita ayah kak jie dalam olahan seorang blogger seperti kak jie..
saya pun sayang ayah saya 🙂
hyep dapat tahu dari BEN…
ayah dan ibu yang amanah, memang tiada gantinya, kan kujie
semoga kita nanti bisa jadi sama baik atau lebih baik, kepada anak2 kita
Salam Kak Jie . Menitis air mata bila saya baca entry ini .Terharu dengan pengorbanan seorang ayah . Semoaga ayah Kak Jie dan ayah saya serta semua ayah di dunia ini dirahmati dan diberkati ALLAH
Tiap kali baca, mesti menangis…. teringat ayah
kata org – kata org len ni..Kak Jie mirip ayah
Tadi telefon ayah, kata mak ayah dah makin sihat…terkilan sebab sepatutnya balik jengok ayah 14/6 ttp atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan..tiket bas yg telah ditempah seminggu lebih awal diberikan pada orang lain 🙁
selagi ada ayah…. ingatlah…
al fatihah utk arwahnya Hj Sadri bin mohamad. 🙂
.-= zana´s last blog ..Tag Lagi Ya.. 😀 =-.
@zana, al-fatihah utk arwah ayah zana
saya selalu terfikir, macam mana la ayah membesarkan anak-anak yang ramai…walaupun gaji tak seberapa…~kagum~
.-= Lan Bingka´s last blog ..Peluang Kerja =-.
@Lan Bingka, kita hanya nampak material itu sesuatu lambang kecukupan…tp rezeki setiap anak itu sudah disediakan….perlu berusaha
Salam Kak jie…
Su selalu peluk makcik-makcik kenalan kat masjid shah alam bila rindukan arwah mak. Meminjam kehangatan seorang ibu. Tapi bila rindukan arwah ayah… su cuma mampu memeluk bayangannya saja… 🙁
.-= suara´s last blog ..Alhamdulillah…. =-.
@suara, Su jgn sedih… berdoalah untuk ayah di sana
salam..
sedih teramat sgt baca blog kak jie nie..
pgrbanan insn bergelar bapa rasanya xtrbls jasanya..
snggup brgdai nyawa utk mbsrkn ank2nya..
smga ayh kak jie n smua bapa2 trmasuk ayh sy dlm keadaan sht n dirhmti allah…
SELAMAT HARI BAPA….
@diela, Terimakasih Diela…semoga semua bapa di dunia ini didalam lindunganNya selalu
Bapa saya meninggalkan kampung halaman di Kendal, Jawa Tengah, kerana inginkan alam persekolahan yang boleh menjamin masa hadapannya.
Walaupun cita2nya tidak kesampaian kerana Jepun mendarat di Asia Tenggara, kehidupan & ekonominya berubah 360 darjah,
Bila beliau bersama anak-cucu seramai 17 orang ‘balik kampung’ lewat tahun 90, beliau memberitahu tiada perubahan berlaku pada rumah yang ditinggalkan lama sebelum perang meletus. Begitu juga dengan perabut & alatan rumah yang masih digunakan.
Kini beliau telah lama meninggalkan kami. Tapi yang pasti, insyaALLAH kami akan merubah kehidupan & ekonomi asal-usul kami 360 darjah juga.
Alfaatihah untuk Almarhum bapa, datuk-nenek & sekelian yang telah meninggalkan dunia ini.
Amiin…
@ummie, Al-fatihah untuk almarhum bapa ummie..semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui kesenangan harta benda,
tetapi sayang seorang anak pada kedua orang tuanya ialah dengan doanya supaya kedua orang tuanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Amin…
selamat hari bapa kepada semua bapa terutama bapa jie…
.-= zino´s last blog ..tiga dalam satu….. =-.
@zino, untuk zino juga..semoga menjadi ayah yang cemerlang
kasih ibu membawa kesyurga, kasih ayah selama-lamanya…
.-= etomyam´s last blog ..Seminggu Di HUSM Kubang Kerian =-.
@etomyam, itu kalau ayah yang sedar dan bertanggungjawap pada anak2…ramai juga ayah yang jadi ‘hantu’
Setiap orang patut mengenang orang yang membesarkan mereka setiap hari dan yang Muslim patut baca ayat yang mendoakan mereka yang meminta Allah menjaga mereka seperti mana mereka membesarkan kita tu… Selamat Hari Ibu dan Bapa untuk semua…
.-= kruel74´s last blog ..Z4 launch and PJ Challenge Bloggers ‘K’arnival =-.
@kruel74, ye yg ni sgt2 betul..dlm kita dok sebut ingat, rindu dan hargai apa saja pengorbanan mereka, kita tak boleh ckp kosong mcm tu je….kita mesti mendoakan mereka
Kdg2 kita lebih ingat jasa mak sampai terlupa pengorbanan bapa.
memang sayu baca ni…
.-= zool´s last blog ..Badminton Terbuka Indonesia milik Lee Chong Wei =-.
@zool, tak..bukan lupa..cumanya masa lebih bersama emak…
Salam kak jie.. komen pertama saya di blog kak jie ni. terharu saya membaca entry ni dan mengenangkan pengorbanan seorang ayah. Semoga ayah kak jie sihat sentiasa.
@Bb, salam…dan jgnlah jadi yg terakhir
selamat hari ayah untuk ayah kak jie… tiap kali baca pasal mak abah mesti rasa syahdu semacam.
ayah ayah kita memang hebat 🙂
.-= iza´s last blog ..Doa Untuk Abah… =-.
@iza, perasaan masa mude2 dulu dgn perasaan skrg terhadap mereka berbeza..
Salam kak jie.. …. kalau ada masalah, kita biasa jumpa ibu. kalau nak apa2 senang jumpa bapa.. sbb dia jarang tanya banyak2 :DSelamat hari bapa untuk semua orang lelaki bergelar bapa.
… menjadi juga magazine template kak jie ni.
.-= TokNabe´s last blog ..Satu Kepuasan….. =-.
@TokNabe, betul tu..sy anak perempuan, anak sulung
mmg lebih rapat dgn ayah..kata org..sikap kami hampir serupa…heheh
wah kak jie.. panjangnye kesah.
aku tak berkesempatan nak buat citer psal
entri abah aku. tak pe la… dah wish pon kat die.
xceli bukan stakat nak tgu hari bapa je wish..
kekadang saje je telefon dia tanye khabar.
harap kak jie dan famaly sihat alhamdulilllah..
Note: aku baru sudah balik dinner dengan si-dia.
erm.. die sampaikan salam kat kengkawan blog
termasuk kak jie.. ok~ 😀
.-= Kreuger´s last blog ..Selamat Hari Bapa & PC aku melingkop =-.
@Kreuger, post yg ade dateline mcm ni, bkn kak jie buat senafas je….kak jie draft berhari2…sikit2
bila sampai harinya baru publish
waalaikumsalam…wah..ari2 pergi dating :p
Ramai juga adik beradik Jie, Tie cuma 5 beradik, Tie yang sulong.
Memang jasa ayah sungguh tidak ternilai….. 😆
.-= Tie´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.
@Tie,skrg ada 8 , adik saya yg down syndrome tu dah meninggal di usia awal 20’an. semua adik2 sy dah berkahwin…seorg je lagi…yg masih belajar
org dulu2…. anak 10 tak sama dgn zaman kita anak 2-3 ketul Tie…
kita dulu boleh jaga adik, umur 10thn dah pandai masak nasi..anak2 skrg….huhuhu
tgok anak kita sendiri…hehe
kak jie memang pakar menulis catatan sebegini. terkesan membacanya. tak disangka mengalir air mata. mungkin ada banyak cerita sebaliknya yang mengusik hati ini.
pengalaman baru setahun jagung menjadi seorang bapa sudah menggambarkan betapa cekal seorang bapa menjalankan tanggungjawabnya.
.-= megat´s last blog ..Lesen Karpersky Internet Security 2009, Iklan Nuffnang! =-.
@megat, catatan ni tak de cukup perisa..kak jie bukan penulis yg baik…
semua org ada kenangan masing2 ttg ayah..suka duka pahit dan manis
bila usia meningkat…terasa lebih memahami ayah
@Jie,
Bila usia meningkat, terasa lebih memahami ayah…
Su pun sama kak jie… Tapi su fahami ayah bila ayah dah tiada… Terlambatkah su…? 🙁
.-= suara´s last blog ..Alhamdulillah…. =-.
@suara, bukan terlambat Su
itu sudah mencukupi…. kecukupan masing2 tak sama
doa masih boleh dikirimkan..ada org masih ada batang tubuh ayahnya tetapi tdk diperdulikan..apa ertinya
sekurang2nya su boleh kirimkan doa dan al-fatihah…lagi berkat
erk! Den seorang ayah.. tapi anak2 den belum laie pandai buat entry mcam si kujie buat ini…
agak2nya, bila mereka sudah besar, bolehkah mereka membuat entry khas untuk ayahnya?!
huhuhu
harap2 kalau mereka buatkan utk ayahnya itu, segala yg baik2 sahaja yg terpahat.. huhuhu
@maza, baik pergi tgok blog Intan
dia pun dah pandai buat entri utk abah dia..hehehe
http://namakuintan.blogspot.com/
@Jie,
uiks.. anak beranak addicted to blog.. heheheh
.-= maza´s last blog ..La Nina.. =-.
@maza, ajar sikit2 je…tak boleh byk2…nnt leka
tapi dia dah boleh letak gambar, dgn tulis entri pendek2..oklah
utk syok sendiri…haha
tahniah kak jie kerana mempunyai seorang ayah yg begitu kuat & cekal.
semoga ayah kak jie sihat hendaknya, insya-Allah.
*betapa beruntung kerana masih mempunyai ayah berbanding saya. 😥
.-= aidilx´s last blog ..Nur Kasih: Nilai Cinta & Pengorbanan =-.
@aidilx, ada atau tak, yg penting kirimlah al fatihah sedekahkan padanya