Abang, dah 2 hari kita tak berskype, bersembang gelak tawa di talian. Talian internet pun pandai merajuk.
Abang, ada banyak yang nak diceritkan dalam 2 hari ini sampai saya pun dah lupa yang mula dari mana dulu. Cerita untuk hari ini dah le ye..
Along bagi tau dompet dia hilang kat tempat keje..budak bertuah, sebab itulah mama dok pok pek pok pek berpesan penaja patlima puluh kali tiap kali dia nak pergi keje. Pasai kalau dah jadi apa2, bukan babitkan dia sorang….
Pagi tadi pi masjid, hari ni Ustazah Salmah baca tafsir Ayat 15 -23 Surah Al-Baqarah. Antara kata-kata Ustazah, orang yang dapat petunjuk belum tentu dia dapat hidayah tetapi orang yang dapat hidayah, dia pasti dapat petunjuk.
Balik kelas, saya pi sekolah Angah. Tanya pihak sekolah apa yang perlu dibuat bila dapat tawaran ke sekolah lain. Kemudian ke tingkat 3, jengok Angah dalam kelas. Kebetulan yang mengajar Cikgu Ayu, jiran kita jalan 6F. Sembang-sembang kejap 10 minit dengan Cikgu Ayu.
Balik dari sekolah dah 11 lebih, singgah kedai Yati Anggerik, saya beli kerang… Sampai kat rumah, rehat kejap. Makan limau mandarin yang sekotak saya beli kat Tesco sabtu lepas sambil online. Baca komen-komen terbaru di entri memang best…
Kemudian saya masak. Rebus kerang, goreng ikan kembung , sayur sawi sos tiram dan buat air asam..nak cicah kerang tu.. kalau saya masak best-best , special sikit saya tak cerita dengan abang, saya kesian tengok abang telan air liur seliter…
Pukul 12.55 pi sekolah Intan pula, hantar makan tenghari . Balik tu singgah balai polis dengan Along. Buat repot polis kad pengenalan dia hilang, lesen memandu , roadtax motor LC abang, Kad ATM Maybank abang, Kad Zing Touch N Go dan duit RM 40.
Lepas siap repot, balik rumah . Saya telefon Maybank untuk repot kehilangan kad tapi tak boleh , dia kata abang kena telefon sendiri. Kemudian saya telefon Hong Leong Bank , batalkan kad Touch N Go Zing Kad abang punya yang Along guna. Boleh pula..sebab dia ada ‘rekod isteri’. Nasib baik boleh.
Lepas ambil geran motor, kami ke JPJ Kuala Kubu Baru, kalau sempat ingat nak buat kad pengenalan kat JPN sekali. Dapat nombor giliran 2040 dan nombor terkini yang baru ding dong 2007. Orang ramai macam tu, dari 8 kaunter, hanya 2 saja yang di buka. Sabar sajalah. Cakap lebih-lebih pun nanti darah kita juga yang naik, cepat kedut tak anggun! Abang balik Malaysia nanti tengok saya dah kedut – tak pasal² abang kena seterika dulu..hehehe
Dah berejam tunggu dengan kesabaran tahap orang beriman, alih-alih tak boleh selesai juga. Dia bagi borang dan minta salinan kad pengenalan abang sebab roadtax motor tu atas nama abang. Nasib baiklah saya ada scan kad pengenalan abang sebelum abang pergi Algeria …tapiiiiiii…………… sekarang ni dah jenoh cari kat folder file, tak jumpa saya save kat mana.
Lesen pun tak boleh buat, dia kata … ” p buat kad pengenalan dulu, lepas tu baru mai buat lesen”
Lepas makan angin free memandu lebih 30 kilometer pergi balik – satu pun tak selesai dalam perjalanan balik tu kami singgah makan cendol Pak Mat. Abang tau, masa lalu kat tempat konar-konar antara KKB – Rasa tu Along boleh cakap, ‘ sinilah tempat tangan mama tecepit storm”
hahaha..kenangan betul dan anak-anak pun tiap kali lalu tempat tu, tiap kali tu juga dok menyebut peristiwa ngeri jari mama dia tersepit pintu Storm.
Sampai kat rumah dah 4.30 petang. Penatnya…………. saya tidur kejap dan set alarm kat enset 5.55 pm. Risau takut terbabas nak jemput Intan kul 6. Tapi tak sempat jam tu berdering pun saya dah bangun.
Balik ambil Intan saya p kedai tepi surau tu, tempah 10 keping tempe. Esok saya masak sambal tempe untuk abang ye. Saya dah pack barang yang nak dikirim. Kawan abang kata, dia terbang 13hb.
Ini anak abang dua orang lagi. Dua beradik tu masa baik, riuh satu rumah bermanja-manja. Bila time bergaduh – semua nak diungkit nak dimintak balik. Buruk siku betul. Dah besar gajah pun nak main kendong² dan si abang pun rajin nak layan adik dia sorang.
Lepas maghrib tadi dapat sms, adik Nora meninggal kat Hospital Sungai Petani. Ikut jadual sepatutnya dia ‘masuk darah’ hari ni. Memang rutin seorang pesakit thalassemia. Tadi telefon Nora, dia tak pasti nak bawa balik Sik ke Sungai Petani. Handphone dia pula bateri kong.
Telefon mak , ayah kata depa tak pi malam ni pasai Cik keje malam. Esok pagi baru nak pi.
Masa saya tengok taip enti ni, Intan dah tidur. Along dengan Angah tengah tengok movie ‘Band Of Brothers”. Cerita perang yang sedih tu..
Saya pun nak tidur dalam 15 minit lagi. Harap-harap abang balik kerja kejap lagi ( 12 malam waktu Malaysia = 5 petang waktu Algeria ) wifi abang dah ok dan abang dapat baca entri ini.
Esok pagi rutin saya pun bermula seperti biasa. Siapkan anak-anak ke sekolah, Along kerja pagi – bagi makan ikan,siram pokok-pokok kemudian pergi kelas dari 9-11 pagi. Petang esok saya ke KKB lagi – appoitment medical checkup Angah.
Eh…. bila masa nak buat sambal tempe?
Esok – esoklah fikir…gudnite..selamat malam…..
p/s – baca sms abang ‘ rindu awak juga’ berpuluh-puluh kali pun – airmata masih juga murah – tak naik² harga!
p/s – entri ini tidak akan disemak semula – biarkan segala error kerana saya menulis sekali imbas…catatan santai untuk seorang suami.
sayunya bila baca report si isteri ni begitu juga dengan komen pembaca.buatkan aku berfikir kenapakah rumahtanggaku tidak seharum ini..isteriku berjauhan sebulan pun tak pernah menghantar report yang panjang macam ni.begitu juga aku.takdela terasa rindu yang membuak macam ni.mungkin dah rezeki suasana keluarga aku macam ini..tawar..dingin..harapnya rumahtanggaku menjadi harum seperti keluarga kujie..amin
Assalamualaikum, sayu dan pilu namun itulah hakikatnya sebuah ikatan perkahwinan. Biar jauh dimata namun dekat dihati. Teknologi yang ade digunakan sepenuhnya. Saya pun begitu. Sesuatu yang jadikebiasaan bersama-sama menjadi sebaliknya, anak-anak yang masih kecil merindui ayahnya sampai demam-demam, merajuk . yang besar perlu dihantar, diambil 2x seminggu dari asrama, tak kira hujan ,panas dsbnya. Mujahadah kita para isteri insyaallah mendapat rahmat dari Ilahi. Walau hati begitu pedih dan sedih namun ujian ini meningkatkan lagi ikatan kasih sayang suami isteri. Hari raya ni insyaallah hubby balik, 2 minggu, pastu pergi semula. Semoga kita terus tabah menghadapi ujian Allah ini.
terimakasih Puan Nor kerana catatan ini sikit sebanyak memberi semangan utk kita sama yang menghadapi situasi sama.
Suami saya baru balik bulan lepas 3 minggu dan rasanya raya tahun ini untuk pertama kalinya kami sekeluarga tidak dapat bersama.
sedih?
tengoklah macam mana waktu tu… 😆
Hai hafizmd, ada. saya ayah kpd 4 anak 3 lelaki 1 perempuan. isteri out station kat timur tengah dan selalu out station. khamis depan baru balik. sakit menanggungnye…………… adus! berat mata memandang berat lagi bahu memikul………….
cuti sekolah ni lega la sikit………….
kalau tak rutin saya, pagi 5.20 am bangun, masak utk sarapan, 6.30 hantar yg sulung ke bas station, Then, sidai kain yg dibasuh semlm, and jirus okid sy.7.00am hantar anak yg no 3 dan 4 ke sekolah. pas tu p kebun saya. anak2 getah tengah naik masalahnya byk babi & monyet.Lembu pun kadang2 masuk. nak cari modal buat pagar la nampaknya. 11.30am balik rumah. 1 pm p sekolah kerja dan bwk sekali anak no 2 dia sek petang. on the way ambik anak no 3 n 4. depa lunch kat kantin sek saya la sekali ngan anak no 1. Hahaha, depa komplen x sedap. Telan aja la. Sek tu mcm rumah depa la waktu petang.7pm balik rumah. Kedai mamak byk menyelamatkan saya, hehehe. sy boleh masak tp tang mengemas……….. kalau ada wife dia buat la. 8am hantar yg kecik mengaji. boleh ajar tp x ada disiplin. 9am tgk kerja2 anak n sambil mesin basuh tolong basuh kain. (sepanjang 18 tahun kami kahwin, x pernah ada pembantu rumah, semua buat s’diri)10.30 pm anak2 tido, sy melengung la sorang. sms isteri ke email ke. check kerja2 anak murid. Rasa2 nye nak pujuk isteri supaya dia behenti kerja la bila tanah ada hasil.
so touching and so sweet.. mesti famili happy kan mcm ni.. 😀
entah napa terasa pla hati ni baca entri ni, even sy ni belun kawin.. and baca semua komen2 tu..
betapa bahagia kan if kita dapat kehidupan yg kita ingini..
“Bagus.
Report kali ini baik sekali ditulis..
lain kali sediakan sekali ruang follow-up dan ruang untuk komen.
Nanti bila-bila senang kita buat semakan.
Kemudian hantarkan report ini utk difailkan.
Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh tertentu..
jgn lupa nyatakan sekali saksi dan pencadang pada setiap isu yea”
hehehhhe
good report though. hehhehe
.-= maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! =-.
saya rasa cara ni mmg berkesan utk mluahkan hati kita. kalau dulu masa x kenal blog, saya tulis atas kertas.. pas2 bagi ‘org tu’ baca masa saya dh smpai msia.. xkesah la kan.. yg ptg, org di sana tau perasaan org di sini
so sweet k jie. hehe 🙂
kat tempat husband k jie internet laju ke eh ?
minta amik view gambar2 di sana.
.-= KNizam´s last blog ..MINT Islamabad Ada Masakan Msia Lah ! =-.
sy hny silent reader…tp baca entri ni buat sy rasa nk komen. muge husband k/jie cpt2 baca dr Algeria 🙂
Kak Jie..buat kesekian kalinya..saye dah bace entri ni 3 kali..ntahla..rase macam ade sesuatu yg cukup menarik minat saye..puas saye fikir2..akhirnya saye perasan yg saye pun pernah buat perkara yg same waktu saye kene outstation..walaupun hanya 2 minggu..tapi message psal aktiviti harian tak pernah putus..rindu..takyah cakapla..huhu..
Satu lagi, saye bertanye pada diri sendiri, mampukah seorang ayah buat perkare yg same @ hadapi perkara yg same mcam yg Kak Jie lalui?
@hafizmd, saya igt..saya igt.. saya pun buat..
salam…
sangat mengharukan membaca entri ni. samalah macam saya duk berjauhan dengan suami sebab dia sailing dan kami hanya dapat bersama selepas dia belayar 4-5 bulan . banyak dugaan duk berjauhan dan masa inilah untuk membuktikan kesetiaan masing-masing. rindu usah ceritalah… tapi apa boleh buat dah rezeki keje jauh.nasib baik saya keje cuma kalau lepas keje balik ke rumah duk sorang-sorang sunyi sangat sebab kami takde anak lagi.
walaupun simple tp touching and cute sungguh entry kak jie… 😉
saya pn terkejar2 bile hubby nite shift. kena urus anak2 sendiri, jumpe pn kejap jek dlm 10-20minit sblom hubby pegi keje..
malam2 berperang nak uruskan anak2 yg kecil2 ne. he3
soooo suwetttt 😆
.-= Elyn´s last blog ..Idea =-.
Minggu lepas ketika saya di Bangkok wife sms dengan tertib sekali beritahu Wallet my wife hilang jadi terpaksalah dia pergi balai polis, buat ATM maybank semula, uruskan lesen, ic dan sebagainya seperti yg kak jie lalui. rumit tapi kena buat juga cuma nasib baiknya minggu lepas saya keluarkan ATM saya daripada wallet my wife kalau tidak lagi susah.
.-= denaihati´s last blog ..Cadangkan HADIAH untuk contest baru. =-.
😉 sangat manis.. sangat touching
.-= yati´s last blog ..big day I =-.
err…. lepas tidur ker lepas bangun dari tidur….
@NL, saya tidur, dia masih belum balik kerja…. beza 7 jam
dia online selepas balik kerja….waktu tu saya dah ZZZZZzzzzzz 😆
hehe. biar basi. asal syok syok snediri cukup la. xbaek curi traffic dr beloger tegar :p
.-= Aduka Terpinggir´s last blog ..(Live) Keputusan Menteri Besar Perak! =-.
salam kak jie.
terasa sayu je membaca nukilan kak jie untuk suami ni.
besar pengorbanan kak jie mengurus anak-anak sendirian dan suami pula jauh mencari rezeki. kakchik salute betul kat kawan2 bercinta jarak jauh kerana mencari rezeki untuk keluarga. paling lama kakchik berpisah dengan suami pun cuma 5 hari, itu pun dah terasa amat rindu dan mempunyai segala cerita nak dikongsikan.
semoga kak jie dan suami mendapat kebahagiaan dunia akhirat.
.-= KakChik´s last blog ..Penghabisan Stok, RM10.00 Sahaja Senaskah =-.
alololo sweetnye… 😉
.-= ~mrs azmi~´s last blog .."JAPLISH" tutorial =-.
upssss…
anonymous di bawah nie..kita..lupa nak isi borang sebelum komen…ngeee 😆
ala sweetnye la kakak ku ini…laporan harian erk..untuk suami tersayang…
kehadapan kekanda yang dikasihi dan diingati selalu,
.
.
errr… ada lagi tak yg tulis surat camtu lagi… 😀
psssttt… bab save file pastu tak ingat ltk kat folder mana, mmg selalu kena.. byk sgt folder. 😀 nama folder plak tu tak menggambarkan isinya 😀
.-= kutaksempurna´s last blog ..Sebutir nasi tu, ibarat setitik peluh petani……………… Amaran kepada yang kurang atau tidak berminat dengan ANGKA : Entri ini bukanlah ‘juadah’ yang sesuai untuk ‘santapan minda’ kamu. Sekian, terima kasih. =-.
sweetnya… 🙂 berapa lama ayah akan di luar negara..? balik la cepat.. sian kak kujie sorang2 jaga anak.. huhu 🙁
.-= zuhaini´s last blog ..Are we slowing down? =-.
masa saya baca entri ni teringat lak saya kat isteri sy, sbb suatu ketika dulu, sy berkursus 6 bulan, isteri dok sorang2 kat rumah tanpa ada talian internet,
nak pakai phone pun tak dpt, sbb kursus sy tu dkt 4 bulan baru dpt guna phone,dan sy skrg memahami tentang seorang isteri…dia memang tabah…mengandung dan duk sorang2
bestnyer baca surat cinta org.. 😆
terasa nak suruh cik abg sendiri p dok jejauh. baru boleh cerita ceriti mcm ni.
org tua kata bila jauh bau munger..bila dekat bau ta*k 😉
@, ini bukan surat cinta – tiada ciri-ciri sebagai surat cinta
tiada ayat bahasa bunga2 berkembang ., ayat jiwang
ini adalah apa yang kami bual kan setiap hari
cerita perkembangan diri yang suami akan tanya…
cerita anak2..walau jauh tidak satu pun yang dia tak tahu
kadang2 saya akan on videa camera, pasang seluruh rumah
biarkan suami melihat ‘rumah’ tempat orang2 tersayang dia hidup
saya padang videa camera di taman rumah kami…suami akan lihat laman rumah yang dirindui selalu
kadang2 saya on camera tinggi – view seluruh dapur
saya memasak dan buat kerja2 seperti biasa
keadaan ini seolah-olah dia ada bersama kami
ada di dapur bersama saya sedang memasak
komunikasi penting bila bercinta jarak jauh dan kita mesti pandai menggunakan teknologi untuk ‘mengikat’ perhubungan tersebut.
lagi satu – saya seorang yang positif dalam hidup – dekat atau jauh sentiasa wangi
diri kita adalah apa yang kita pilih – kalau negatif, negatiflah yang kita nampak
@Kujie, rasa macam ini entri panjang yang pertama saya baca di blog kak jie.
btw, menarik juga cara kak jie ni ya~ boleh follow nih kalau pd masa akan datang, ada husband yang kerja merantau di negara org mcm ni~ 🙂
jom ke konsert sepenuh jiwa
berat rasanya tanggungjawab isteri yg ditinggalkan oleh suami kerana urusan kerja…thumbs up to kak G!!! 😆
cuba bayangkan kalau takde kemudahan internet kt dunia inie, susah rasanya nak berhubung dgn org yg tersayang yg berada dikejauhan..
.-= Ayah Aiman´s last blog ..Blogger We Care: Kempen "Fund Raising" Untuk "Adik Ammar" =-.
Along hilang dompet,isteri saya pula hilang Samsung Corby..Memang sedih bila barang hilang…Surat Cinta kak Jie memang menyentuh jiwa..teringat zaman Isteri masih bekerja di Sabah dulu…
.-= eyriqazz´s last blog ..My ? Cheque From Nuffnang =-.
Penuhnyaaa jadual Kak Jie, sibuknyaaaaa.
Tp Iza pun suka baca lapuran ni, sunguh comel 🙂
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Euforia Syurga Melebur Dirham… =-.
Fuyo….full update….CJJ lah katakan
.-= kruel74´s last blog ..Revive ‘Rev-Up’ Party with Advertlets bloggers =-.
seronok dan sayu pulak saya baca entri ni..
.-= nuaeman´s last blog ..Bengkel Blogging : Bukan keuntungan yang dikejar tetapi ilmu yang berjaya disampaikan =-.
salam jie..kita suka n3 ni..@ d same time sayu jugek..samalah, dok mana2 pon even dekat, ari2 anto report, hehhee….take care ye?
.-= jun´s last blog ..Cinnamon chocolate cake =-.
@jun, dah biasa beronline tiap hari
cerita segala hal dengan dia
sekali dah 2 hari internet dia ada masalah, rasa tak best nak sms je
ada mcm2 nak cerita..dari hal kecik sampai hal besar 😆
sabar jelah dengan internet kat malaysia
.-= ariff´s last blog ..Dapatkan Lebih Banyak Trafik Dengan Penulisan yang Menarik! =-.
@ariff, WIFI dia yang ada masalah…. bukan internet Kak Jie
byknye keje jadik mak orang…… nasib baik kte jadik ayah orang.. dah laa bini buat macam2 keje, pastue sayang kte plak!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” =-.
@samanosuke_04, dalam semua2 komen..awak sorang je ‘nampak’ apa yang kak jie cuba sampai kan..
gud boy !
nanti balik Malaysia , Kak Jie carikan calon isteri ye…sebab masih berstatus DOTA – Dunia orang Takde Awek 😆
oops macam terbaca surat cinta je ni hehe
.-= zino´s last blog ..Arifah dan Qaisara =-.
@zino, ini laporan harian yang sepatutnya saya cerita waktu bersembang online …tapi dia pula tak boleh online.. 😆
from Serendah With Love hahhha
.-= yonna´s last blog ..done-part 1 =-.
Kalau hilang memang camtu la..
tapi memang apahal pun ic kena buat dulu..
p/s :- berdasarkan pengalaman sendiri
.-= zool´s last blog ..Tips elak malas nak tulis entri =-.
@zool, yup…itulah pengalaman yang nak dikongsi
beberapa tips lepas buat lapuran kehilangan kat balai
suka entry nih…hihi
.-= Hafizd´s last blog ..Souvenir from Belgium~ =-.
sweet like chocolate!
.-= sayahappyslalu´s last blog ..Breastpump Dilemma… But, Don’t Get Cheated… =-.
so sweet la akk nih…
Incik RestNrilekS laik this entri, walaupun panjang rasa mcam semput2 baca terasa penatnya Kak Jie berlari-lari ke sana-ke mari membuat entri.
Untuk itu Kak Jie. Kak Jie dapat tabik saya.
3 tabik spring penuh hormat. Toing3x!!
Aha, baca kerang rebus dan ikan bakar, teringin la pulak nak buat sabtu ahad ni.
Limau mandarin? 2 tahun dulu kot, rizal dok makan limau mandarin sampai 10 biji sekali gus sebab syiok manis sangat. Haaa lepas tuu memulas perut mencucuk2 rasanya. Nasihat, jangan amalkan 10 biji sekali gus, itu asid membuatkan perut anda rasa ditonggang tebalik isi perutnya. : D
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Baca Blog Anda, Bosan.. Lalu Saya.. =-.
@Incik RestNrilekS, ada juga 2-3 part yang tertinggal ni
macam – hiris serai – 30 batang ( nak keringkan hantar ke Algeria )
time nak bland – cari penutup blander yang ada pisau tu tak jumpa2
sampai skrg…risau takut tercampak dalam tong sampah..haha
sedap oiii limau mandarin tu..kak jie beli saiz L
perhhh…ralit dok kupas sebiji2
tak sedar…. 😆
alahai..
hehehe..
Surat pesen baru. Kalo dolu isi surat jd rasia
tp laa ni semenya dikongsi besama.
Caiyolah kak Jie. Wat Along, len kali
hati² erkkk.
.-= Eriyza´s last blog ..Pusing Kedudukan Video Dengan Rotate Video =-.
@Eriyza, ini bukan surat cinta
tak de pun feeling golek2 bawah pokok kelapa
hehehehe
ini laporan harian yang tertunda 😆
Saya rasa kalau sehari tak dengar suari isteri saya, saya macam kena sawan kak! Apatah lagi 2 hari. :p
.-= tekkaus´s last blog ..Troupe of Kaifong Henan At Jusco (Pictures & Videos) =-.
berjauhan ngan suami memang berat rasa dan rindu teramat kan kak 🙂
.-= ieda´s last blog ..BILA LELAKI SENYUM-SENYUM KAT PEREMPUAN… =-.
tak tau kenapa, tapi entri ni saya rasa special and sweet je..hoho, mungkin sebab ini tulisan isteri untuk suami..
.-= izzat´s last blog ..Boring Weekend? Some Cuteness May Chill You Out =-.