Peribadi

Am I being paranoid?

Saya sangat sukakan brokoli (Brassica Oleracea Var Italica) yang hijau menarik ini.Β  Sepohon boleh dihabiskan sekali makan saja.Β  Brokoli kaya dengan vitamin A, vitamin E, vitamin C , zat besi, magnesium, potassium, dan juga zink. Tinggi kandungan fiber tetapi kurang kalori. .

Tapi saya juga takutkan brokoli.

Saya sering terfikir permukaan brokoli yang gebu ini memerangkap beberapa jenis serangga kecil. Saya geli.

Apabila saya rendam brokoli, kadang-kadang keluar beberapa jenis hidupan kecil. Kerana terlalu takut yang melampau, saya akan rendam brokoli di dalam air garam 2-3 kali sebelum di makan.

Nasib baik saya tak bayangkan T-rex ke, Monster ke… caterpillar dalam A bug’s life tu ke..:lol:

Am I being paranoid?

Brokoli cicah mayonis, sedap tau!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

69 thoughts on “Am I being paranoid?

  1. wau, brocoli!! saya suka.
    paranoid ka..? tidak. itu bkn keadaan paranoid.
    ok, mcm ni…, senang ckp paranoid ni maksudnya ialah syakwasangka.
    syakwasangka ni adalah normal, tp jika terlebih syak itu dinamakan paranoid.
    sebab yg basuh 2/3 kali tu adalah special precaution. ini normal la.. takut ada monsters!
    lps tu, mkn jugak kan… klau ‘paranoia’, sure tak mkn punya..

    …psychiatric learner πŸ˜‰

    1. @Neeza, hahaha… jgn fikirlah..nnt asik dok rendam brokoli tu berkali2 pula
      benda alah tu kecik je pun..tapi imagine yg bukan2 πŸ˜†

  2. saya x cakap menggemukkan badan…just cakap badan xcukup membesar..cam org xcukup zat..hehe

    |1f34|-|1r3s last blog post..Do you think my workplace is cool?

  3. haiyooooooo…. kak jie telah berjaya membuatkan saya berfikir nak mkn sayur2 tu kat kedai. uhuk2..
    kalau kat rumah mmg 2-3 kali gak lah buang air tadah air baru, sib bek tak duk umah mertua dolu2.. kang dikatanya kaya la pulak. sbb?? byk buang air.. keh keh keh…

    mak metua zana kata, dodolu kalau org beli sayur bayam tu dah kaya dah tuh. zana ty kenapa? sbb sayur bayam kan byk tanah/pasir. kena tos byk kali baru la pasir2 tu hilang. haiyoooo… alasan byk guna air rupanyer…. huhuhuhu

    Zanas last blog post..Maaf

    1. @Zana, sayur lain kak jie tak de la terfikir mcm ni
      entah brocoli tu mgkn sebab gebu…hehehehe
      rendam dlm air garam..itu je petua kak jie

  4. aku skrg fobia nmpk kangkung sbb kawan aku jupe cacing dlm batang dia.. 😯

    loya tekak bila terbayang cacing..kalo ulat sayur tu bole dimaapkan lagik πŸ˜₯

  5. saya xsuka makan sayur…hehe…sbb tuh badan saya kecik kot..tp x sampai kecik macam MK.. πŸ˜€

    |1f34|-|1r3s last blog post..Why I love to download stuffs at the office

  6. haha..cmno ley takut smpi mcm tu..benda yang comel, sedap, berkhasiat xperlu rendam lame2..kang xde rasa ori lagi..hehe

    Mohd Hafifis last blog post..Bagaimana Memikat Hati Perempuan?

    1. @Mohd Hafifi, rendam air garam tu…lepas tu bilas..
      brokoli tak mcm sawi..sawi kalo rendam je…air pun kaler hijau
      tapo brokoli tu mcm ‘kuat dan lasak’ walaupun comel :mrgreen:

  7. Makcik cicir ni datang lagi. Tie pun suka broccoli. Suka masak goreng2 pastu ratah je. satu lagi bunga kobis. tapi tie ada baca yang bunga kobis tu tak baik utk penglihatan. Betul ke kujie?? Tie tak pasti. Tak teringat nak godek2 dlm internet ni.

    Ties last blog post..KELIP-KELIP

    1. @Tie, heheh Tie…
      Tie..apa saja kalau berlebihan mmg tak elok, jadi makan ala kadar sudah le…
      nnt nak cari..pakcik google tu free manjang :mrgreen:

  8. sedapnya, sayur campur taruk brokoli. nak beli esok, stok dah habis.
    nak kongsi cerita, saya pernah beli brokoli kat cameron, kononnya murah, tapi sampai je ke rumah, esok tu semua dah kuning. agaknya tak boleh terdedah cahaya langsung. yang kat tesco ada ais lagi.

    zanys last blog post..Gossip

    1. @zany, huhu..tengahari mengidam sampai buat entri ni
      ptg tu dah beli..sepohon….sekali hadap
      tapi kali ni buat cara kampung….bumbu dgn udang kering

      a’aa…selalu org ckp mcm tu..jarang pergi csmeron beli sayur..bunga pun…bunga dia kalo mcm tu..turun je bawah mmg mcm tu..jgn le beli yg kudup2 tu harap dia berkembang..hehehe

  9. Sebenarnye sayur yg ada ulat ialah sayur yang kurang chemical atau bahan bahan cemar…

  10. Sedaaaaaappppp sangat kalau disteam dan sapu butter. Yummm… tapi memang betul, kalau tak hati-hati, memang termakanlah serangga kecil yang tersekat kat celah-celah brokoli tu. Not paranoid but you are being careful with what you eat… Nanti, bukan vitamin A, vitamin E, vitamin C , zat besi, magnesium, potassium, zink dan fiber je yang Jie makan tapi vitamin Z, Y, X, W, U, T… just to name a few… ha ha ha.

    ODs last blog post..Ilham oh Ilham

    1. @OD, eeeeeeeeeeee…..itulah masalah dia OD
      mcm mana nk buang bayangan gurauan yg singgah ..
      bayangkan tgh nak menyuap tu…dok imagi moster mengaung…
      serammmmmmmmm
      tapi suka makan brokoli

  11. ty pon suka makan brocoli rebus dgn baby spinach
    heheh sbnrnye tu menu malas skang ni
    xyah susah2 goreng sayur, rebus je brocoli atau makan baby spinach mentah
    ehh mama nape simpan mama nye shoutbox tu?
    penat le kena tekan kotak comment neh=)

    1. @piah, elok la tu cikpiah oooo
      jimat masa, jimat belanja..mkn teloQ saja
      baby spinach mentah ?
      eee……nnt kuat mcm popeye :mrgreen:

      takmoh letak…….. :mrgreen:

  12. Kalu makan western food mesti best makan brocolli ni….. TEtapi org org kampung kurang mengunakan brocolli dalam masakan mereka kerana kurang terdedah dengan khasiatnya…… atau kerna harganya agak mahal

    hashim habeeds last blog post..Cinta Selepas Kahwin Part 2

    1. @hashim habeed, sebab org kt kampung dia ada byk sumber yang berkhasiat….ulaman, sayur yang segar di tanam sendiri sbb tu tak perlu lagi beli sayur yang mahal mcm ni

  13. Tidakkah rendaman lama di dalam air garam akan menghilangkan zat-zatnya? ❓

    penings last blog post..Change WordPress displayed author name for all comments

    1. @pening, petua yg sy baca dan sy amalkan….rendam ulam ulaman mentah yg kita nk makan tu dgn air garam….anggur pun sy buat mcm tu…air garam nutralkan bahan asing/kimia yang ada

      lepas tu cuci dgn air biasa

  14. erk. saya tak pernah makan brokoli secara sedar. mungkin pernah dalam tak sedar huhu. ikut aje apa yang orang kat umah masak eheh.

    megats last blog post..Tag Lagi, Memanjangkan Silaturrahim Antara Penulis Blog

  15. lor… ye ke?
    aku main bedal jer.. hehe…
    pas nie nak kena check dulu la..

    menteils last blog post..Personaliti Melalui Pandangan Pertama

Comments are closed.