Angah : ” Abah..beli sebiji untuk Angah. Nak bawa p sekolah “
En. Ann : ” Tak boleh…guru besar marah sebab lebih besar dari kereta dia..”
Saya tak sempat masuk peraduan ini..
Uji pandu di tapak pameran MOFAZ
Berhenti rehat nikmati lagu² country artis dari Australia
LEMBU MALAYSIA BOLEH!
Dapat pegang tali pun jadilah….
Kami selamatkan 2 ekor burung yang tersangkut di jaring yang dijadikan perangkap kalawar di ladang mata kucing Mardi. Kawasan ini bukannya kawasan pameran tetapi kami terserempak sewaktu berjalan² di kawasan tersebut.
Dalam keadaan kecemasan, gunakan apa yang ada. Tin minuman dijadikan pemotong jaring.
Alhamdulillah, kedua² ekor burung tersebut dapat terbang semula walaupun agak sukar kerana sayapnya telah tercedera.
Nasib baik tak jadi macam ni….
- Harga parkir untuk sebuah kereta-RM5
- Tiket tram untuk seorang dewasa – RM 1
- Pastikan kaki tangan anda cukup sihat ( kaki untuk menapak, tangan untuk bawang barang² yang di beli ) kerana walaupun ada banyak tram , pengunjung juga ramai.
- Sepanjang cuti sekolah, waktu lawatan untuk MAHA 2008 dilanjutkan sehingga jam 9.00 malam.
- MAHA 2008 berlangsung dari 11hb Ogos hingga 23hb Ogos 2008
- Lokasi utam Dewan A,B,C dan D hanya menempatkan pameran juga gerai promosi juga kiosk agensi kerajaan. Anda perlu keluar dari dewan untuk melawat gerai pameran setiap negeri, rumah hijau, ladang ternakan lembu, kambing atau tapak semaian, ladang nenas, herba dan lanskap.
- Klik laman web MAHA 2008untuk maklumat lanjut
😆 mmg best giler pg maha,pegi hari isnin best gak. org tak ramai sgt. lembu berat 1 tan tu kalau jual ndak gak aku bheli.
oooo…. best2.. kitaorg p sok… huhuhu
😛 kuat betul kak jie menapak ekkk, habis semua diteroka tu. Saya kat gerai depan je, panas terik masa pergi tu.Ada satu group budak sekolah Kupang, Baling masa tu, kesian, makan di bawah panas terik,tempat lapang tak berbumbung,lapar punya pasal.
Mana pic K.Jie? Ada naik unta ke?
neeza suka pergi pameran cam ni tapi tak pernah pergi lagi.. yang bestnya kalau dapat beli buah2an.. sedapnyeeeeee 🙂
baik hati kak jie.. selamatkan burung.. mesti burung tu berterima kasih pada kak jie..
nak gi maha gak…tapi tatau bile…
musti pegi nih… 😆
baikknyaa… rakyat melaysia yang terpuji…. best la MAHA ni… kalau ada duit , memang saya nak pergi… 😀
best best
siannya burung2 itu. sib baik ada org yang prihatin terhadap haiwan dan alam sekitar =)
wah. mcm best je tempat ni, ma. tak tahu pulak diya ada MAHA ni. ahaks. ketinggalan sungguh.
p/s-yg bergambar ngan angah tu agak hemsem. ekeke 😎
kjie, best tak MAHA? baru ingat nak pegi esok/lusa…
walahuu… masih ada sifat terpuji di kalangan rakyat malaysia. boleh terima award dari WWF ni. caya ah! 😎
ishhh…beso beno kete tu angah..hehehhe.. 😉
Alamak,
Kakjie tak cakap awal nak pergi maha,
kalau tak boleh minta kakjie carikan something.