Membeli Belah di GM Klang
Peribadi

Membeli Belah di GM Klang

Hujung minggu lepas, buat pertama kali saya ke GM Klang. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan melihat orang lain berkongsi gambar membeli belah di pusat pemborong barangan terbesar dan serba lengkap ini.

Teringin juga nak pergi, tapi setakat nak beli baju sehelai dua, rasa tak berbaloi untuk memandu dan bayar tol.

Kali ini saya memcari pakaian sedondon kami adik beradik untuk majlis perkahwinan adik bongsu saya bulan Jun nanti.  Berbaloi untuk memandu sejauh itu dan habiskan satu hari menjelajah tiap tingkat.

GM Klang terletak di Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic , GPS Coordinate – 2.990742,101.448956

lokasi ke GM KlangKalau ikut Lebuh raya Shah Alam, dah boleh nampak bangunan GM Klang sebelum keluar dari lebuh raya.

lokasi GM KlangYang saya suka, tempat parkir kereta percuma. Boleh berwindow shopping sehari suntuk. Kami meronda 3 tingkat bangunan ini sampai puas.  Lot-lot kedai di GM Klang  menjual  pakaian lelaki & wanita, pakaian kanak-kanak, kasut, beg, jam,barangan perhiasan rumah, barangan perkahwinan, barang perhiasan wanita  dan seribu satu barangan.

Kebanyakkan kedai memberi harga borong apabila kita membeli dalam kuantiti yang banyak. Kami borong 17 helai pakaian untuk wanita ,10 helai t-shirt lelaki dan 3 pasang pakaian kanak-kanak.

beli kasut di GM Klang
Kasut Intan berharga RM 8

kedai pakaian kanak-kanak di GM KlangAdik ipar saya juga berniaga di GM Klang.

Kedainya di buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Fana Kids
3F-73,3rd Floor,Blok A,GM Klang Whs City,
Jln Kasuarina 1,Bdr Botanic Capital, 41200 Klang
Tel : 017-618 5039

Kalau sesiapa ke GM , singgahlah di tingkat 3. Dia menjual pakaian kanak-kanak.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

68 thoughts on “Membeli Belah di GM Klang

  1. Selepas diberitahu oleh damalkmis saya on kujie2. Com tq kerana memberi byk info untuk menulis blog harap kujie terus maju….

    1. terimakasih… bukan semua boleh dikutip, kena tapis juga
      saya pun kekadang merapu meraban tak ingat dunia juga…

      mana yang baik, ambillah utk perkongsian kita bersama..mana yang tak elok tu abaikanlah ye

    1. bab shopping, kak jie kurang ikut tingkap..hahaha
      jenis target, berbaloi ke tidak utk pergi sejauh itu
      apa yg nak dibeli mmg dah dirancang…

  2. Saya tak pernah sampai lagi ke GM Klang ni walaupun saya duduk dekat dengan Klang.

    Insya Allah balik ni, nak try pergi GM Klang ni 🙂

  3. mohon gambar pakaian lelaki,kasut lelaki muda-mudi. hidup single lagi,tak reti tengok kedai2 tudung gitu. baju kanak2 belum masa lagi. hahaha

  4. owh ye ke kujie pi GM minggu lepas..kebetulan pcl sekeluaga pon ke sana…letih sampai nak pengsan berjalan-jalan…

  5. Assalamualaikum,
    Hanya memandang je dari jauh tp kalau yang kat KL pernah maasuk. Nak raya nanti mesti seronok jelajah sini 😉

  6. Isteri saya beria-ia nak ke GM klang..Insyaallah dekat raya ni sampai hendak berborong. Terima kasih kerana Kujie sertakan sekali peta dan alamatnya

  7. tak pernah lagi pergi ke GM Klang tuh…biasanya tengok dari dalam kereta jer…mungkin suatu hari nanti nak singgah lah…:)

  8. pompuan klu bab shopping mmg xley blah..
    sanggup jln kaki jauh2 semata2 nk satu brng..
    ahaha

  9. Wah kak kujie dah sampai GM Klang tu. Tapi tu versi baru punya. Dulu 1 tingkat, bangunan depan tu. Sekarang depa tukar style seperti pasaraya punya. Memang pening nak pusing dalam GMK tu. Kadang2 tu dah pi sesuatu kedai..lepas tu pi lagi, tak jumpa plak kedai tu..hehehe.

  10. Pernah terjah sekali..tak tau pula time tu pukul 6 dah nak tutup..sampai dah 545pm….now, memanjang wifey ajak pi sini lagi..huhuhu,jauh oo setapak-Klang…

  11. kak gie, ada ruang kedai makan juga ke di area sini?ye lah, penat berpusing.sure nak isi perut juga.tapi jeles sungguh price kasut intan tu. tu harga retail or harga borong (kena beli byk?) ?

    1. yup.. KL pun ada tapi bagi kak jie yang perlu buat dua pilihan
      tak sanggup nak masuk KL, Klang jauh sikit tapi senang nak park kereta, selesa dan tak sesak

  12. Salam,
    Tak tau pun ada pasaraya borong bernama GM ni. Maklumlah…duduk kat hulu, hulu selangor. Jauh pula di Klang…tp kalau terlajak ke sana boleh lah singgah nanti.

      1. tak larat nak terjah lagi..jauh jugak ler dr umah….haha..ari tuh kebetulan ada kenduri kat klang..tuh yg terjah jugak tuh

Comments are closed.