Kujie2.com Kena Blacklist, Tak Boleh Join Lagi
Peribadi

Kujie2.com Kena Blacklist, Tak Boleh Join Lagi

Hari ke-2 Honda Insight Bloggers Test Drive

Selesai sarapan dan sesi bergambar rasmi, kami check out dari Philea Resort & Spa untuk meneruskan perjalanan hari ke dua dan kembali ke Petaling Jaya.

Perjalanan kembali ke Petaling Jaya singgah di Port Dickson melalui Masjid Tanah dan memasuki Negeri Sembilan selepas menyeberangi Sungai Linggi.  Saya memandu untuk semua perjalanan ini.

Tiba di Thistle Port Dickson untuk makan tengahari dan sesi game Win Lose or Draw. Acara santai sambil mendapatkan maklumat dari pihak Honda untuk lebih memahami mengenai kereta hibrid Insight.

Fazreen macam MLM….

Selepas makan tenghari, kami ambil masa untuk sesi bergambar peribadi bersama kereta dan Fazreen memandu untuk perjalanan pulang.  Saya cuba untuk rehat dan lelapkan mata kerana tak berapa sihat.  Tak cukup tidur sebenarnya………. tak lelap mata walaupun tilam empuk, asik teringatkan anak-anak dirumah!

Hampir jam 4 petang, konvoi blogger bersama crew selamat tiba di The Bee, Jaya One Petaling Jaya.

dua dua comel…. kami  ada lesung pipit!

Acara akhir Honda Insight Bloggers Drive Test adalah untuk penyampaian hadiah kepada pemenang.  Seperti yang diwar war terlebih dahulu di blog Denaihati, saya sekali lagi pulang tanpa tangan kosong.

Saya dan rakan sekereta No 5, Fazreen menang Kempen Kesedaran (Awareness Campaign) setelah berentap hebat dengan kumpulan yang diterajui Denaihati, Rebecca dan Nik.  Kereta kami mendapat penjimatan minyak paling tinggi.  Lepas ni bolehlah buka kelas ajar cara-cara pemanduan berhemah untuk mendapatkan kadar penjimatan maksimum.

Sebuah kamera Canon ixus 115HS menjadi kenangan terindah kali ini.  Terimakasih Honda Malaysia.

‘kak jie ni nak kena blacklis ni…. tiap kali pergi event mesti dia je yang menang…..”

hahahahah……….. rezeki mak-mak , kan?

Entri lain Honda Insight Bloggers Test Drive :

Honda Insight Bloggers Test Drive Day 1

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

63 thoughts on “Kujie2.com Kena Blacklist, Tak Boleh Join Lagi

  1. Saya setakat pernah dengar pasal kereta hibrid ni tapi tak pernah lagi memandu kereta hibrid. 🙂

    Kalau ada rezeki tak ke mana… Itu sebab kak jie selalu menang. 😀
    Jom terjah post menarik dari Fahmi Raazali ..Sampah, Sampah dan SampahMy Profile

  2. terbaek la kak jie.. memang deserve la menang.. hehe.. walaupon kami ade fight tp tetap xdpt menang lawan team kak jie.. tahniah kak..lain kali bagi budak2 pulak memang.. hehe

  3. Salam. Terkejut juga baca tajuk akak ni.. Ingatkan kenapa..
    Tahniah kak.. Murah rezeki akak, dapat kamera tu.. Lepas ni jangan lupa masukkan gambar banyak2 dalam blog ni ye.

    p/s : Suka tengok gambar akak masa terima hadiah tu.. Cantik senyuman akak… 🙂
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Keladi Rebus Vs Keladi GorengMy Profile

  4. Salam,

    Syukur alhamdulillah, tetiba teringat masa intan dapat hamper kat hi tea equrban hahhaahaha, eh kak hadiah tu nanti potong dua ke dengan een? hehee
    Jom terjah post menarik dari yanmie ..Mood Mengada-ngadaMy Profile

  5. waahhh seronoknyaa.. tahniah kak jie 🙂
    Selamat berehat…kuak lentang kat ruang rindu he he he

    1. biasalah tu…. habis acara, cepat2 nak balik
      dah tak ingat apa… nak jumpa anak2
      tu anak2 dah besar bujang belas2 tahun umurnya
      kalau kecik2 lagi lah….

    1. alhamdulillah… baru je cadang nak pause, bersara awal
      rezeki tahun baru ni mencurah², kana sign bersara 60thn le kalau gini..hehehe

    1. pertama kali, ingat ke dah tua2 nk nak bersara awal
      rupanya kena sign lanjutkan sampai umo 60 thn..hehe

      tgh bayangkan jari kedut2 ni menaip
      kalau muka boleh lagi nak photoshop kehkeh

    1. he he he… terlupa nak bergambar dgn rakan sekereta….dpt je terus balik

      mmg tak sabar2 dah nak balik…. mata kepala memang sakit…penat sgt

Comments are closed.