Gambar Romantik
Peribadi

Gambar Romantik

Pagi tadi saja belek² trafik ke blog saya dan terpandang search engine keyword “gambar romantik”. Alahai…..ade ke gambar romantik dalam blog saya ni. Kepada pelayar internet yang memasuki blog saya kerana mencari gambar romantik, saya tak akan hampakan mereka. Secara ekslusif untuk semua , gambar fantasia bulan madu…hang jangan nak gelak kat aku combi…aku tauuuu…hang dok guling² depan pc tu!



(Cameron Highlands – 26/09/1991)

Sudah berkali² saya melihat pengunjung blog saya dari Kelapa Sawit, dan teringin sangat saya mengetahui siapa dan di daerah manakah di Johor itu letakkan tempat bernama Kelapa Sawit. Janganlah malu janganlah segan, sekarang kelapa sawit mahai tau…setan lebih kurang RM 535.

Jie ~ saya memerlukan kalender kuda, plssss…. tak mau kalender kereta ke motor ke atau kalender model seksi…saya cuma mahu kalender kuda yang klasik tetapi serba lengkap itu. …. senang nak tengok bila Race Day..kahkahkah…!!!

Cinta Abadi
Kehadiran cintamu …Menyinari hidupku …Kehangat cintamu …Mengubati sepiku
Kelembutan hatimu …Mengubati lukaku …Kedamaian hatimu …Menyinari hidupku
Belaian manjamu … Penawar resahku … Keluhuran hatimu … Hanya kau kekasihku
Keagungan cintamu …Bersama impianku …Untuk hidup bersama …Sehingga keakhirnya
Makin membara …Api cintaku …Kaulah yang satu …Kaulah cintaku
Tak mungkin lagi …Berubah hati …Cinta yang suci …Cinta abadi

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Gambar Romantik

  1. thewomanyoulove >> yang …awat mai jenguk dendiam je tu…jgn la malu2…alaaa…mcm tak besa la pula

    guling²….tepi tasik bawah pokok segala bagai tu…salin baju patlima pasang…:p

    nehiii..nehiiii….

  2. Phewittt… gegegege. Romantika d’amore gitu. Pastu, petik daun teh ke? Tak pun guling-guling sambil nyanyi lagu Sangam… ekekeekeke. Mwah.

    thewomanyoulove

  3. korang ni kan…..mat ni…dah bape kali cucuq mata dia tu…..suke beno dia erk…

    abg budin >> kalo nak nengok jun & hubby dia, kat blog junaidi tokei msjbox tu ade …dia org pergi rumah jun masa raya haji.

    bang..tu time honeymoon, malu2 tuceng…mestilahhh..takut org dok skodeng…hahahaha

    madredo1…oooo..sy yg geografi lemah :p

  4. hampir semua kekawan aku dah buat komen pasal gambar jie and hubby. aku tadi buat komen pasal bukit je. kali ni nak komen gambar jie. nak tegr mz sikit. kalau baca n3 tu, tak payahlah jadi tukang cek spelling pulak. sikit-sikit silap tak hal nyeeer. sori ye mz

    tapi jie memang comey habis. lesung pipit dari muda sampai tua tak hilang. tapi betul jugak macam kata sapa tadi tu…. jie macam kena paksa . kepala ditarik ke dada cik abang. tapi jie pun suka sebab sejuk. tol tak…?

    Oklah…lepas ni kita tengok jun and hubby, combi and hubby dah pernah tengok. begitu juga norz and hubby.

    budin and hubby tak de tau… sori.

  5. Kak jie..baru perasan laaa, sekali imbas ‘abg’ mcm iras2 Dato’ Jalaludin Hassan leerr..Waaah kak jie terus kembanggg setaman negara..ahakss!!

  6. korang ni saje je tau………tu je satu2 pic lama yg ade dlm pc…kalo nengok yg lain..tataulah pakat dok gelak sakan tak hengat denia tau….

    mcm2la korang punya sipi² kan….

  7. :: salam jie… dia org jeles ler… memang romantik… macam filem sangam pun ada jugak nampak dari gayanya tuuuu…

  8. salam jie…sy suka entri ttg gambar berdua tuu dulu, tak silap dulu ada di tunjukkan gambar sebelum kawen dan selepas kawen gitu…mungkin di blog yg hilang tuu kan.

    tingat filem ‘Azura’ lak.

  9. A picture tells a thousand stories. Cinta & kebahagiaan dlm sinar mata & senyuman. Diiringi doa semoga berkekalan..

  10. kat gambar tu kakjie macam kena paksa je.

    kelapa sawit?

    kadang2, streamyx saya jadi kelapa sawti, tapi kalini melaka

  11. daklan..hg mmg jeles !!!

    nnt aku p skodeng hg dating pulak.habaQ mai ktne???

    ~ abis umah jie sepah ngn tapak kasut daklan tau..cptt p ambek mop !!

  12. To Combi:

    Patut le, dlm gambar tu mcm ada blur-blur jer…. rupanya aura combi yg dok skodeng…

    >>kuang..kuang..kuang..

  13. daklan..bkn aku yg snap pic tu..tp aku dok skodeng dorang kt belakang pokok teh tuuu..nasib depa dah kawen kalo tidak…ermm masuk kt news cm soi lek… :p

    caiyolaaa lah daklan ku !!!

  14. mg aku lom smpt tgk pic hg baru baca intro aku dah suspen..fulamakkkkkk pic dok centa2 kt cameron lagik..sejukknyerrrrrrr :p

    aku gelak smpi sakit pp aku yg mungil ni (lawa ckp bkn aku arr.. )aiseyyyyy bila la nak ambek pic cm gitu lagik ekk..nnt aku letak plak pic aku mase mudoo2 arr…biaQ hg gelak smpi tertoooooooot !!!

    betol la cm azura ngn zack..time tue aku dok cintan cintun ngn ‘abahnyer’…lawak laaa

  15. abgputra

    masih tersisa keensemennya sampai skrg ni..buat ramai yg tergila2 terbayang siang malam..gitu…

    mz

    hohoho..sy terpaksa baca balik entry ni cari tang mana la setan tu…kehkehkeh…satu tan ye ejaan yg betul..

    :p

  16. toknabe

    nehi ..nehi..saya tak suke industan..tak larat nk golek2 kat kebun teh tu….sakit oooo…

    owh..kalau kasawari IP dia dari Senai, tok sy belum check lagi..radar hntr serbis :p

    azlanlin

    he h ehe…. mcm filem ye…idak lah sampai gitu…. dari pagi sampai ptg tak tuko baju tak mandi pun time tu..sejuk……lagi pun tgh wangi lagi tu…:P

  17. duniabudin macam nak buat novel je…

    lily gambo lame…len la awk tu…kehkeh

    mat gebu owhhh..gitu ye… lupa la pula nk cari kat pakcik google tu…kejap lagi nk belek2 la…

    tu la dia…tak dak duit nk bayo hotel… jadi aci petik daun teh..golek2 abis mati pokok teh org

  18. jun

    ala jun……. g la ambek gambo..suruh anak2 yg snap…biar dia tergolek terkejut terkulat2…bini aku kena demam blogging..kahkahkah…

    kita org ajo benda baik jun…tips resepi bahagia rumah tangga…tak ajar benda2 tak elok..he he he..

  19. Fuiiyyooiii…caiyok punya romantik. Tu baju yang kali ke berapa disalinkan? Allaaaa…. mcm cite hindustan la pulok… Combi, mana hang? Tukang amik gambor ke? hehehhehhe

  20. alahai romantiknya….. dikebun teh, pahtu ada lagu hindustan pulak. Adus … romantiknya.

    ———————————–
    Kelapa Sawit? mungkin toknabe ataupun pun kasawari kot.

  21. Itu kak Jie kena tgk google map leer…”kelapa sawit” tu kat belah mana di Johor nie. Dia mmg berkenaan dgn “org2” yang mempunyi ladang2 dan kebun2 kelapa sawit dan seangkatan dengan nya….Eh romantiknya gambaq, pas tangkap gambaq tu, terus usung bakul dan petik daun teh kaa?…

  22. suka tengok gambar pemandangan di belakang tu. bukit bukau dengan puncaknya yang dingin dan sepi. dedaun teh yang subur. sayangnya, terhalang dengan gambar dua insan yang sedang berpelukan. hahaha….

  23. ku takde pon gambo romantika d amour gitu lagik..kang nak ajak cik abg ambik satu..hahhaa…x pasai2 dia ingat jun demam balik..hehehe

Comments are closed.