Saya tanya dia nak bawa kereta atau motor. memandangkan urusan hanyalah menghantar drawing plan dan balik, dia berniat menunggang motorsikal.
9.45 pagi saya keluar dengan pesanan berjela-jela vesi makcik bedah..jangan lupa off kipas, tutup sliding door, kunci pintu dapur, gate…bla…bla…bla…. (background muzik guruh berdentum)
12.30 saya jemput Angah di sekolah dan terus balik. Keluarkan barang-barang yang saya beli.
Gate masih terbuka. Tiba-tiba dia balik. Hairan juga, cepat pula ke Shah Alam.
Apasal muka berkerut macam penat sangat . Dengan lemah di tongkatnya motor barulah saya lihat LC dia tercalar depan dan belakang dipenuhi selut.
Bila dibuka helmet, berselut di bahagian pipi kanan dan sebelah lengan. Ada luka kecil di tapak tangan.
Ya Allah …abang… ( background muzik guruh berdentum lagi )
Kenapa ni..abang jatuh kat mana?
Tak ingat katanya.
Abang tertidur katanya.
Saya buka jaket GIVInya, berderai tanah jatuh. Dilipatan jeans di bahagian pinggang juga berselut. Saya periksa beg duit , telefon dan beg kerja masih ada tetapi basah.
Saya baringkan dia di sofa ruang tamu. Cari tuala, lembabkan dan sapu selut-selut yang macam bedak sejuk di muka.
Sempat lagi saya bertanya, saja ajak dia berbual.
Abang jatuh kat mana?
Tak ingat.
Ada orang tolong, abang ?
Tak ingat.
Habis tu macam mana abang tau jalan balik ke rumah?
Tak ingat.
Sambil sapu ubat kuning pada luka di tapak tangan, saya cuba mengusik lagi.
Kira oklah ni, abang boleh faham soalan saya…, luka sikit je ni berbanding dengan zaman abang aktif “sagat jalan” muda-muda dulu.
( flashback – dia selalu cerita masa zaman dia rock kapak dulu-dulu tiap malam minggu pergi Angkasapuri tengok konsert rock ‘Hiburan MInggu Ini”. Β Lepas konsert, turun dari bukit Angkasapuri tu ….preeet…preeett…merempit dengan beratus-ratus motosikal. Β Waktu tu dia menyewa flat kat Brickfields. )
Syukur juga abang tak luka teruk dan masih ingat jalan balik. Syukur juga duit abang dalam beg cuma basah!
Dalam beg dia ada 2 ikat note RM 50 berjumlah Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia yang basah lencun.
Β©Kujie – mengawasi ‘kepala agung’ sedang berjemur!
adeh… lawak la hubby kak jie. semua tak ingat. haiyaaaaaaa!!
sib bek kepala agung tak lesap. kalau tak… aduh……….. berpinau nak korek byr perkara yg sepatutnya dia byr.
salam lebaran buat kak jie sekeluarga.
dah beli baju raya belom?? π
.-= Zana´s last blog ..Speed Up Entry =-.
Mintak kepala agung tu sikit boleh.. hehehe.. agak-agak.. dia ingat tak lagi berapa jumlahnya..
.-= nuaeman´s last blog ..Salam Akhir buat isteri tercinta.. =-.
laaaa…apsal cik abg jie tu? kesiannyer..penat n ngantuk sgt kot…ape2 pon, syukurlah x teruk ek..n slamat sampai kat umah…
skarang dh ingat ape jadi k?
.-= jun´s last blog ..Fried fish in fragrant ginger sauce =-.
Nasib baik tak kena rembat duit angpow saya tu.. selamat.. Kesian cik abang K. Jie. Nasib baik semuanya selamat.
.-= samdaddycool´s last blog ..Menang hadiah Periuk @ Kujie2 =-.
wah! kujie, meh ler bagi alamat.. boleh den datang tolong cek abg hang..
lopeh tu, jangan lupo lak kek duit pengoras tu yo! hehehhee
RM, RM, RM, RM.. gitew.. wakakak
.-= maza´s last blog ..Ramadhan: Kampung Cacing # 4 =-.
wahhhhh duit raya ke tu k jie ? heeh π
syukur semuanya selamat
.-= KNizam´s last blog ..Blog Review : Hasrimy.com β βGood Morning Designersβ & Lawa Siot Website Dia Ni OK ! =-.
Kuat juga dia jatuh tu…
.-= blinkky´s last blog ..How To Speed Up YouTube Buffering ? =-.
Amazing sebab semua benda lupa tapi ingat jalan pulang. Kira macam selective amnesia ni. Anyway, syukur semua selamat.
.-= Ismail N´s last blog ..Berbaloi Ke Ni? =-.
syukur….
dan juga RM tu…basah tak pe, boleh jemur….
p/s: kim salam kt abg ye…
Salam Kak Jie….
Syukur, Cik Abg Akak selamat.
Badan letih la agaknya semasa dia on the road tu ye?
Biar dia tenang…..Insya Allah pasti dia akan pulih seperti dahulunya.
Jgn bimbang la ekkkk. π
.-= Zymazara´s last blog ..Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung =-.
Salam Kujie,
Dah jadi drama sebabak tu…
Tak ingat sebab terkejut sangat agaknya..
.-= Kak Long´s last blog ..Ada apa dengan nombor 090909? =-.
kepala agung? hahahahaha
isteri solehah
.-= blowie´s last blog ..Perbezaan otak lelaki dan perempuan~~ =-.
Asalamualaikum
Sebelum ni tertidur di lebuhraya, kini mungkin tertidor lagi, cuba lihat dan rasa dibelakang serta disisileher suami, mungkin ada bengkak bengka yang menghalang darah lancar mengalir ke kepala, kalau ada, kujie boleh cuba urut (cuma ransang) +- 10 minit sebelum tidur malam (sekadar cadangan). terima kaseh salam hormat.
@pakcikli00, Waalaikumsalam pakcikli00,
Terimakasih kerana berkongsi petua, ramai yang boleh amalkan ni.
p/s – tidur di lebuhraya tahun 2006 tu :p
isk2..bahaya tul..tak ignt apa2 yg terjadi… π―
.-= Hafizd´s last blog ..Doctor Love =-.
@Hafizd, tapi hal2 lain boleh pula dia ingat….
tadi tgh berbuka puasa..dia boleh diam…kemudian dia cakap
‘ sepatutnya hari ni berbuka kat rumah Azman , kan?”
betul la tu…mmg sepatutnya dia berbuka kat sana hari ni
kak jie kalau tulis penuh dengan bunga bahasa, aku suka ler (mcm bapuk la aku ni)
.-= haritz´s last blog ..Happy β Talk Is Cheap Campaign =-.
@haritz, lor..kudup je baru, belum berkembang pun π
alhamdulillah semua selamat,
sy dah rasa macam baca novel kak. sungguh saspen. tapi cara kak jie memang menunjukkan akak punyai pengalaman luas.
ps – jaga bebaik ‘kepala agung’ tu kak, nanti tercabut pulak he3. agaknya dah boleh jadi karpet kat luar rumah tu ek?
.-= megat´s last blog ..Khabir Bhatiar, Hasilkan Iklan Hari Raya Aidilfitri 1430H =-.
@megat, lor…karangan budak sekolah rendah lagi berqualiti dari entri kak jie π
kepala agung tu nak sambar DSLR tu…
dah byk pengalaman kepala agung berjemur, selalu timbul dalam mesin basuh…hehehehe π
@Kujie, waaa kepala agung manyak tu bleh sambar nikon D700 kak jie waa pro punya tuh best gilers..ahaks.. huhu macam ler pandai sangat bab2 kamera ni..tahap budak pra-tadika padahal
π― simtpon tak ingat? haih…. bahaye tu..bawa bawa la jumpa doktor..perghhh nasib baik kepala agung tu tak terbang keluar..
.-= Najib Hassan´s last blog ..Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri =-.
@Najib Hassan, itulah..sampai skrg dia tak tahu kat mana kejadian tu, macam mana berlaku….mmg kes tidur nyenyak ni π
kepala agung tu yg dicheck dulu…. dlm beg kerja bersepah dgn kertas2….mgkn dia tak jumpa dgn orang kot…
mujo k/jie x tanya “abang kenal x saya sape?”
kalo die jawab tak ingat jugak mmg naya la..huhu
Alhamdulillah semuanya selamat..
.-= y[o]n´s last blog ..looking for sampin @Suria, KLCC =-.
@y[o]n, hehehehe…tak sanggup pula nak tanya soalan tu
ngeri takut jawapan dia… π
seb baik semua selamat…saya pon banyak kali tertidur masa bawak kereta time bulan puasa tahun lepas…sekali tu nyaris nak berlanggar dengan lori…adeh…tapi Allah masih panjangkan umur saya…seb baik sempat tersedar dan terus elak…mmg berderau darah beberapa minit..
@firdee, kan…ramai ada pengalaman tertidur waktu memandu…nasib baik tak melibatkan kenderaan lain
saya pun kadang2 bawak motor dalam keadaan yg mengantuk.. mata macam ada gam..haishh
.-= Lan Bingka´s last blog ..Cuti 6 hari =-.
@Lan Bingka, nak2 time tengahari rembang….nak buka mata tu perit sgt
Nasib baik abang kak ok. War…betul-betul kena ha-hati lain kali! π₯
.-= tekkaus´s last blog ..X-Mini Capsule Speaker GT! =-.
@tekkaus, bangun 4 pagi, lepas bersahur buatkan kerja – drawing…mata memang penat
Salam kak jie…
Baca cerita kak jie ni, su teringat kisah lama. Hubby su pun penah tertidur masa bawak motor. Masa tu dia keje shift. Disondolnya timbunan pasir kat tepi jalan. Huhu…
.-= suara´s last blog ..Rezeki yang mana? =-.
@suara, Itulah Su, syukur juga tak melibatkan kenderaan lagi..dia saja terbabas entah masuk semak mana….
Ada part dia ingat tu, tapi malas nak cakap… alhamdulillah selamat sampai π
.-= kruel74´s last blog ..Managing cahsflow is everything (even for a legal firm) =-.
@kruel74, dia ingat jalan balik..tapi bila tanya mcm mana , entah…tak tahu…
dah berapa jam ni…sampai skrg pun dia masih tak tahu macam mana boleh jadi, kat mana tempat kejadian…
saye pon penah tetido atas moto. bila tersedar tayar moto depan dah kat moto depan.
ape lagi… tergolekla..
sekali tu jela. pastu klu penat sangat tak berani nak bawak moto.
.-= mrs azmi´s last blog ..healthy heart =-.
@mrs azmi, owh..ye ke? mesti ngeri. Kalau dah mengantuk mmg..sekejap saja
Subhanallah…nervous pulak saya baca ni kak jie….alhamdulillah semua selamat….semoga takde apa-apa. Bulan puasa ni cepat je rasa penat, senang sangat tertidur…huhu…
.-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Heading To The Ground Episode 1 =-.
@HuRuL_AiNi, cerita kanak2 mcm ni pun korang suspen..hehehe
itulah, bangun dari kul 4 tak tidur langsung, siapkan kerja..mengadap AutoCad je…mata tu dah penat
sib baik abang kak jie selamat
sib baik dia dapat balik umah
sib baik duit selamat huhu..banyak tuuuu π
.-= iza´s last blog ..Dera Diri (*_*)… =-.
@iza, yang kelakar tu, masa dia sampai kak jie dgn angah tak perasan langsung..siap dok cerita pergi shopping ada tadi…bile dah sedar..kena lah berlakon perihatin sikit π
mgkn lepas kejadian dia pengsan, sedar2 je terus balik..sampai skrg dia tak ingat kat mana dan macam mana terjadi…tidur nyenyak sungguh
nasib tak cedera teruk..hati2 ye encik suami kak jie..
.-= arin´s last blog ..Alahai si anak.. =-.
@arin, tak cedera arin tapi badan sakit2 tu…bukan macam zaman muda2 dulu π
wah banyak nyer duit..huhu..duit raya ke tu??
@imanshah, sapalah nak bagi duit raya byk mcm tu π