Peribadi

1 sen

Kedekut taik hidung masin betullah bank ni… Baki ansuran RM 1.00 pun dia nak kutip faedah penalti RM 0.01 . Duit kat bank tu berkepul², tak cukup lagi ke? 😀 satu sen ini pun dia nak kutip.

Tadi saya merayau² blog kawan² ( blog walking) tengok meriah sungguh masing² tempek gambar durian, rambutan berkotak²…yehhhh… sangat jeles tau! 😀 Rasa tak sabar nak tunggu hujung minggu.  Ahad lepas selesai gosok periuk belanga  kenduri kendara saya pun kenduri durian juga dengan adik² &  anak² saudara.

Gambar ini sebenarnya nak bagi Ah Mat Gebu jeles tengok pokok lidah mak mertua yang subur ituu…

Yang mengopeknya 2 orang , masing² tunggu nak hulur tangan je…

Lepas tu , kan… kami berdua keluar merempit “menerai ” motor baru adik ipar saya – Aprilia Pegaso Strada 650 . Rasa macam muda² dulu… 😀 Dulu tahun pertama kahwin kami ada Cagiva Mito.  Tengah boyot mengandungkan Along saya masih ikut suami ke Litar Batu 3, Shah Alam.  Sekarang ni driver yang boyot!

Nak tercekik biji durian bila tau harga Aprilia Pegaso Strada 650 ni hampir 40K!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “1 sen

  1. Mak aih…
    Durian la…
    Bile la umh saye nak berbau durian nih…

    Durian ni yg xbesh mase nak mgopek, nak2 kalau yg terlalu fresh tu…
    Kalau yg dah merekah sket tu sngla kje nak carik pangsanye..

    Sekse…seksa..
    Yg senang org nunggu nak makan ni je..
    Hehe.. 😆

    Kujie ~ hahahaha
    tau pun..seksa nk mengopek
    tapi sbb susah tu lah
    bile mkn rasa sedap..
    heheheheh
    ada kiasan yg bermakna tu 😆

  2. makin tak sihat ni makin la teringin nak makan durian.. banyak blog neeza perg.. lagi kempunan je kak Jie.. huhuuuu…

    Kujie ~ heheheh….pasai tak dak
    tu yg teringin sgt2 tu noooo..
    amboiii…
    makan je kurma
    kan elok 😆

  3. nak durian! nak durian! geram aje neeza tengok.. banyak blog tayang buah durian.. neeza nak tayang buah apa lah kat sini.. buah kurma aje la kot hahaha!! tapi neeza nak durian jugak!! tak kira.. Kak Jie. nak la durian tu… hehee..

    Kujie ~ dah sihat ke neeza?
    orang tak sihat tak leh makan durian…
    eee…. skrg ni dah musim..g la blog
    ramai dah tempek gambo durian..
    kesian neeza

  4. Bank ni mmg tamak haloba. Menci tul! 👿

    Kujie ~ kos cetak dgn kos hntr tu lahai mahai…erk…..kelaka tgok amaun tu 😆

  5. yg satu sen tu komputerised. jadik … kompuetr bank tu yg taik idung masin sebenarnya :)) muahahahaha

    Kujie ~logik2…logik…pasai org yg guna komputer tu..depa korek2 idung….dia seletttt bawah komputer… 😆 😆 😆 😆

  6. sempat juga menempek gambar menjamu durian. Tapi ingat… mana yg ada darah tinggi tu, sentuh durian tu sikit-sikit je ye.

    Kujie ~ sy tgok blog org len pn pakat tayang durian….. udah musim…tgoklah sebulan lagi..pakat tempek gambo biskut raya lak 😛

  7. biar betul mama!!
    40 k??
    gila ka apa???
    perghh sanggup beli eh?
    huhu :mrgreen:

    isk.. mama nk balik kg eh minggu ni huhu..
    sonok tgk ramai bloggers dok jamu entry dengan doyang ngan rambutan diorg =)
    lepas ni mama lak kan

    Kujie ~ betul la..ape nk tipu² lak….dlm 38K paling murah..
    udah minat..org sanggup le
    mama nk blk
    jom la dtg kg mama..
    kita riuh rendah satu kebun… 😆

  8. diorg tak mansukan ke 1 sen tu… katanya polisi skang satu sen dh x guna… ❓

    Kujie ~ entah….patut jadi RM 1.00 je bkn RM 1.01 😥

  9. sedap durian tu…sini durian pakai timbang 😕
    sekilo rm8 🙄

    Kujie ~ kt sini ade mcm2 jenis, saiz…yg mahai yg murah….
    mkn sampai muntah…hehehehe 😆

  10. bank, biasalah.

    saya ada duit RM15 dalam akaun kad kredit yang sudah dibatalkan. Saya tuntut balik dan dia kata saya kena bayar fee apa ke bende tah sebanyak RM20. 😡

    sambil menyumpah2 dalam hati saya cakap kat officer dia “encik simpanlah RM15 tue, dan keep on hantar statement kat saya sampai saya mati. Kos yang encik tanggung lebih tinggi daripada RM15 tue” 😈

    biarkan bank itu dengan labunya. 🙁

    abahfateh

    Kujie ~ ooo…itulah
    selalu gak ade kes mcm tu…derang tak leh guna budi bicara..

    labu wat serawa sedap tu.. 😆

  11. Salam kak jie…Uikk saja lah tu nak men”jeles”kan patik dgn pokok lidah mak mertua….Mak mertua kak jie tak marah kee nihh…Tapi kan kak..lagi jeles tengok hero baju putih ada line oren kat bahu tu..bersungguh2 beno gayanya makan derian, sampai ala2 mcm org duduk bertapa kat gunung ledang!!!!…Motor tuu 40K!!!…adoiii kecut teloo mendengarnyaa!!!!! 😯

    Kujie ~ huhuhhu…tiap kali nengok pokok lidah mak mertua ni mesti ingat aksi Nyonya Mansur dalam filem Ibu Mertuaku
    😆 oooo mamat tu adik ipar kakjie..masih bujang..heheheheh
    kehkehkeh….kecut ke mat? 😆

  12. bank mmg taik idung masin tau..kalo nak sgt 1 sen meh sini aku bg ko bank..menci tau

    Kujie ~uik…..ko keje kt bank , kan..hahahaha

  13. dah lama btol nak makan durian… tak dapat-dapat…

    Kujie ~ jgn pantang yg bukan2…beli je…tp jgn la ko melantak tak hengat dunia…
    sikit2 nk rasa boleh….jiji

  14. waaa, dah penuh pewut ngan durian ni kak,hehe..:)
    ermm, motor camtu mmg mahalla kak..sy baru ingat nak angkat motor catu sebijik tapi jenis lainlah,hihi..kalau ada rezekilah.

    Kujie ~ huhuhu…sini sana org cite pasai durian,
    mmglah acai , kan..udah 650cc tu
    tapi ….best ooo

  15. 40k? sama dgn gaji saya 2 tahun 1/2

    Kujie ~ elee….. mana de org beli cash! 😆 😆

Comments are closed.