Live Blogging

Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya,
Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Amin.

Ann-Jie
Selamat ulang tahun kelahiran untuk suami yang ke 43, semoga selalu dalam lindunganNya.
04-08-2009

p/s – tengah siapkan entri ni, Intan balik dari sekolah, sepatutnya 3.30 baru balik…. demam. Cikgu dah check suhu 38.5.  Sekejap lagi nak kena bawa pergi klinik.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

  1. @Kujie,
    Terlewat tiba,
    tapi masih boleh ucapkan…
    Tolong ucapkan bagi pihak ya…
    Semoga panjang umur dan bahagia selalu.

    @Tie,
    Memang kesihan kalau budak2 yang kena.

    @Maza,
    Semoga anak2 maza dalam lindungiNya.
    .-= Kak Long´s last blog ..H1N1 lagi… =-.

  2. suami kak jie tua 3 tahun dari saya miahaha 😆 dok ingat saya muda lg ni hehe :mrgreen:
    .-= haritz´s last blog ..Bulan Kemerdekaan dan Yasmin Ahmad =-.

  3. selamat ulangtahun buat suami kak jie.. saya pulak 20/8 ni ulangtahun perkahwinan.. ermm yang keberapa eak..?
    .-= nuaeman´s last blog ..Mandi Wajib dengan 6 kali jirus… =-.

  4. Terimakasih semua….syukurlah Intan demam sikit saja. Tadi suhu dah turun, 37.4 saja. Rancang nak keluar makan-makan raikan ‘birthday boy’ di tunda.

    Ramai betul orang kat klinik tadi, ramai budak-budak yang demam.

  5. Selamat ulang tahun untuk abang Kak Jie… semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dijauhi duka. Doa yang sama untuk Kak Jie sekeluarga. Semoga Kak Jie dan abang berbahagia dari dunia hingga ke alam sana. Amin…

    Harap2 Intan demam biasa saja, sian dia. Yang lain pun tentu risau. Musim sekarang sakit sedikit pun memang cukup merisaukan. Semoga Allah melindungi kita semua.
    .-= iza´s last blog ..Panas… =-.

  6. semoga kekasih hati kak Jie dikurniakan umur panjang yang penuh dengan berkat Allah s.w.t.. semoga dia bahagia disamping kak Jie dan anak anak tersayang…

    sekarang penyakit 1 dunia sama je.. demam selsema batuk.. risau betul neeza.. kat rumah ni pun sama.. semoga Intan cepat sembuh dan tiada apa2 yang teruk berlaku.. Ameen..
    .-= Neeza´s last blog ..Kami akan pindah… rumah! =-.

  7. selamat ulangtahun utk suami kak jie ya 🙂

    to intan moga cepat sihat..

    saye pulak, hubby yang demam.. risau gak sebab kat perodua dah ade kes +ve H1N1 😐 😐
    .-= mrs azmi´s last blog ..mulakan dari hati~ =-.

  8. selamat menyambut hari ulangtahun kepada suami akak. 10 tahun lebih tua dari saya. ntah sampaikan tidak usia saya seperti suami kak jie.

    sudah pasti banyak dugaan, kenangan manis dan pahit yang kak jie dan abg harungi bersama. saya pasti! saya sendiri masih belajar untuk mengenali dunia alam rumahtangga.

    untuk anak kak jie, cecepat bawa ke klinik. anak saya pun hari ini tidak kesekolah demam panas hu3.
    .-= megat´s last blog ..Penduduk Kota Tinggi, Jom Undi Untuk Servis P1 WiMAX! =-.

  9. hepi bday ayah kepada along, angah & intan..

    to intan: get well soon…
    .-= arin´s last blog ..Nenek =-.

  10. wah! happy birthday abg kujie…. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    anak maza baru semalam kena admit kat Damansara Specialist Centre.. huhu (claim insurans ler).. huhuhu

    kena demam gak.. siap ada virus dlm perut dia. risau betul
    skrg ni dah stabil sikit..

    tapi si adik lak kena demam.. panas tul badannya.. selsema lagi.. aderkk

    Ya! Allah aku bermohon perlindungan yg sebaik2nya dari Mu……..
    .-= maza´s last blog ..SIRI RUMAH TANGGA PAK MAT: Bala Saka Baka 2 =-.

    1. @maza,

      Eh…virus apa pulak dalam perut ?

      Ingat ada cacing je….

      Kesian, kecik2 dah masuk wad… harap2 2 beradik tu cepat sembuh…
      .-= Tie´s last blog ..Nona Manis =-.

  11. Nak tumpang ucap happy birthday kat suami Jie tu… err…dia tua 2 bulan dari Tie laa……

    Intan demam ? Harap2 tak teruk….
    .-= Tie´s last blog ..Nona Manis =-.

  12. mama, selama hari lahir utk papa ok 🙂 ooppsss hehe.. muda lagi suami mama :p

    err mama kasi ape? periuk kukus tu ke? :mrgreen:

    kesian intan T__T hope demam biase je la
    .-= yonna´s last blog ..Y526: Peristiwa Ahad =-.

  13. Salam kak jie…
    Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat suami kak jie… Moga Allah anugerahi segala kebaikan dunia dan akhirat buat dia.

    Err… ramai org demam la skrg ni… kat opis su ni pun…
    .-= suara´s last blog ..Ikhlas Yang Dibalas. =-.

  14. Salam hormat wahai kujie.

    Abang long baru balik dari hospital. 2 orang anak demam dari semalam. Semoga kita semua sihat dan dijauhi dari bala.

  15. adeiiii, ramainya pakat demam, kat sekolah satu hari 5, 6 orang kena balik~ demam, lepas anak-anak omaknya pulak demam, pakat tunggang terbalik bergelimpang tidoq, cepat kak jie, pergi klinik. 😳
    .-= zany´s last blog ..Musim Demam =-.

Comments are closed.