Pengetahuan Am

Tips Bawa Anak Membeli-belah

Entri tahun lepas diterbitkan semula bersempena musim kakitangan kerajaan mendapat bonus rm 500!:lol:

Mendidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² sewaktu membawa mereka keluar di tempat orangramai .  Kalau kurung anak² tanpa pendedahan keadaan sebenar pun susah juga , dia tak pandai nak sesuaikan diri dengan persekiratan.

Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan tidak  sedikit perhatian.

1. Apabila keluar ke tempat yang sesak atau tumpuan ramai seperti pusat membeli belah atau pesta atau karnival,  catit dalam sekeping kertas nombor telefon ibubapa dan selitkan dalam kocek seluar anak². Ini sewaktu mereka berumur 2-4 tahun. Maklum anak² yang baru ‘ mendapat kaki ‘, semua ruang ingin diterokai. ( Intan masih bawa buku 555 catit nombot telefon penting jiran dan saudara mara ke sekolah )

2. Pada usia 4-5 tahun bekalkan mereka duit siling dan mengajar mereka menggunakan telefon awam. Pastikan anak²  menghafal nombor telefon ibubapa mereka.

3. Ajar mereka membaca peta lantai pusat membeli belah. Ini aktiviti yang paling menarik. Mereka akan tahu lot kedai, tangga dan laluan. Sampai sekarang, kami masih berminat berkerumun di setiap peta lantai pusat membeli belah. Anak² saya terdedah dan boleh membaca simbol² mudah dalam peta/drawing plan.  Anak² juru ukur tanah lah katakan.

4. Bila meletak kenderaan di dalam lot bertingkat di pusat membeli belah, suruh anak² catit dan ingat nombor petak juga level (tingkat ) di mana kita berada. B1, B2 dan sebagainya.  Paling mudah, snap je gambar lot paking dengan telefon.

5. Setiap tempat yang dituju , carikan satu ‘landmark’ yang mudah dilihat dan  pesan dengan anak², kalau tersesat dan tak jumpa mama, atau abah  datang ke ‘landmark’ tersebut dan tunggu di situ  dan jangan merayau . Kalau ada kaunter pertanyaan di lobi, itulah tempat yang sepatutnya.

6. ” kalau Intan nakal, mama suruh abang polis tu gari Intan bawa pergi lokap”. Jangan takutkan anak² dengan polis tanpa sebab. Beritahu mereka supaya menghubungi polis bila memerlukan bantuan.

Ini adalah sebahagian caranya, ada banyak cara yang boleh kita praktikkan dan selalulah berbincang bercerita dan memberi mereka pendedahan setiap berita terkini .

Yang lebih utama bagi saya adalah mendidik anak² lelaki kita dari awal. Ajar mereka untuk lebih menghormati wanita dan sentiasa bersikap untuk melindungi . Saya selalu berpesan dengan Along dan Angah – mama dan Intan adalah tanggungjawap mereka sebagai lelaki. Pastikan pintu, gate ditutup kerana mereka bertanggungjawap untuk menjaga kaum perempuan di dalam rumah ini.

kemudian Intan jawap – owh……… sebab tulah akikah lelaki 2 ekor kambing, pompuan sekor je… sebab lelaki kuat makan…erk…lelaki banyak tanggungjawap.

©kujie – anak² saya dah remaja –  pergi shopping sendiri dengan kawan² ( luahan hati seorang ibu yang cemburu ):roll:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Tips Bawa Anak Membeli-belah

  1. salam kak jie,
    no 1 n 2 tu memang dari dulu di amalkan, tapi 3,4,5 benda baru, yang memang patut saya buat

    no 6 pulak…owh..anak saya si irsyad tu memang tak takut pada siapa…berani tahap gaban, cakap la polis ker, pontianak ker, ultraman ker, lagi laju die berlari.

    ***kesian tgk budak2 yang mak bapak dorang tambat mcm…..bila jalan2 di mall,ishk
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Lega sikitMy Profile

  2. ala kesianya :(. tapi saya tengok mama saya relax saje kalau saya nk keluar dengan member2. just kadang2 dia perli2 ayam gak. balik umah je mesti cari kawan. nanti mama tggal ngn papa je berdua. hehehehehe

  3. mestilah – sebab kak jie memang rapat dgn anak²
    sekarang ni dia pergi Time Square tak ajak pun..dgn kawan2 je..huhuhu

    lagi pun…. bila dia beli sendiri………kak jie nak shopping apa lagi..tak bestlah tak boleh shopping :mrgreen:

  4. bab parking kereta tu..haha..sebab pernah la juga lupa kat floor mana :p

    sejak dulu taip save dlm tel no petak dgn tingkat berapa..skrg ni snap je gambar sekeping

  5. Terimakasih , memang sekarang dah ramai anak2 ada telefon bimbit tetapi kena juga ajar anak2 guna telefon awam… waktu kecemasan dia tak pandai nak guna..nak masuk siling dan sebagainya

  6. tak semestinya semua tu betul.. bergantung pada individu itu sendiri macam mana nak ajar anak tentang kehidupan

    tapi bab baca ‘plan lantai’ tu sangat menarik..cubalah

  7. Betul ke habis cerita?
    Anak2 tu membesar…kalau bawah 2 tahun mungkinlah dia diam saja dalam troli
    kalau dah 4-5 tahun… nak tak nak kita kena ajar dia dunia sebenar – latih utk gunakan akal pada masa yang sepatutnya.

  8. sama la kita..kalau tak kena on da spot pon, dalam kereta mesti kena cubit dengan abah. Kalau kat umah, tak merasa nak lari-lari. baru nak jalan abah dah jegil mata. Seram, takut kena cubit.. keke
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Max The GeekMy Profile

  9. kak jie… memang sumer petua tu sumi selalu guna…
    cata parking yg penting..sbb dh habis shopping, penat samapi lupa mana park…

    masa remaja dulu sy lg suka beli ngan mak..sbb selalu mak pilih dn mak yang bayar.. kalu g ngan kawan, mana ada duit nak tmbh kalu harga tu mahal…hehehe

    tips yg berguna untuk ibu-ibu yg ada anak yg akan meningkat remaja…huhuhuhu

  10. Kak jie, mak memang ade perasaan jeles eh kalau anak-anak dia keluar dengan kawan?

  11. Tips yang menarik untuk digunakan, semoga akan boleh dijadikan panduan bila dah ada anak nanti, dengan keadaan banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak berlaku, memang perlu ambil langkah tambahan untuk memastikan keselamatan bersama.

    p/s: harini tak dapat gak nak buka web kak jie pagi tadi, terpaksa tukar sampai 3 jenis talian baru lepas. 😕
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kesihatan- Barangan kurang gulaMy Profile

  12. belum mengalami lagi kepeningan nak mengepung anak2 tika bershopping! :mrgreen: tapi adela jugak kadang2 jadi bodyguard anak2 kakak bila temankan diorang shopping tapi sebab tujuan sy memang nak jaga diorang jadi memang tertumpu kat anak2 tu jela bukannye kat barang dalam shopping mall tu 😀
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..moga kak yus selamatMy Profile

  13. entry ni bagus..tapi kan kak.. saya sebagai seorang yang perihatin tentang permasalahan anak hilang2 ni.. saya sangat snagat sangat annoyed with parents who always leave their kids unattended esp kat mall2…especially kalau bebudak umur 3-6 tahun…

    itu satu hal… kadang2 ade yang bawak anak sampai 3-4 orang .. tu belum lagi kalau semau umur dekat2… dalam lingkungan 4-5 tahun… yang pantang jumpe tempat lapang..dan suke main kejar2 dalam shopping mall..kadang2 tu sampai tidak hormat orang lain…ibu bapak buat selambe dekk je..

    i have been trained by my mom and dad to be behave even in public.. we didnt go for shopping that often. in fact tak banyak pun.. itu pun pasar malam je..so my mom always reminded us jgn main2 kat tempat orang ramai.. kalau die nampak one of her kids jauh sket ..die akan marah dan cubit..which i guess is a good approach supaya kami tak lari main jauh2…

    tu belum lagi kalau datang ke rumah orang… ramai ibu bapa sekarang ni endah tak endah kalau anak2 mereka menyelerakkan rumah orang yang kite lawat tu..kenape eh? takut ke nak cubit anak suro duduk diam2..
    Jom terjah post menarik dari paksikejahatan ..Video 1 – Guy On Bike Gets Hit By TrainMy Profile

  14. tu lah kak jie semasa kecil tu lah peluang kita untuk bersama dan bergurau dengan mereka. bila dah remaja mereka suka bersama teman2 mereka, dah beso suka dengan couple pulak. bila tengok ibubapa sibuk sangat sampai lupa anak2 ketika mereka kecil pasti ada kerugian dalam hidup mereka yg hanya akan dirasai suatu masa nanti dan masa itu sudah terlambat.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada JahiliahMy Profile

  15. hah…itulah..kata orang hargai apa yang kita ada waktu ni..hehe

    angkut perabut rumah baru ye…tak ada masalah sebenarnya…harap2 semuanya ok

    Makcik Tie pun boleh bantu..dia pun dah pernah pindah rumah.

  16. sy pun masa remaja segan nak gi shopping dgn parents… konon2nya klu shopping dgn kwn2, abis hebat la tu

    .
    .

    tp sekarang, bila dah abis time remaja (err… muda lagi tau ;D) asyik nak ajak ibu je keluar… ibu pula yg malas… letih la.. sakit lutut la.. padan muka!! dulu eksen sangat 😛

    pssttt… sy skrg tgh import blogger ke wordpress dgn bantuan tutorial kak jie.. byk soalan nak tnya sbnrnya.. tp siapkan import tu dulu.. 😀 doakan sy berjaya ya..

  17. betul tu.. sekarang ni orang dah sibuk shopping raya. Mana2 mall pun penuh. kadang mak ayah sibuk sagt cari barang sampai anak terlepas.. Mula la nampak budak meraung berjurai-jurai air mata kat tengah2 shopping complex..hehe
    Jom terjah post menarik dari aini ..Pagi Ini Sangat SedihMy Profile

  18. walau apa pun, ibubapa tetap kena jaga anak2 contohnya tugaskan anak yg lebih besar jaga adik2 mereka. kalau anak2 sesat sendiri takpe, kalau diculik…menyesal tak sudah kita.
    Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Ragam bangun sahurMy Profile

  19. kujie, anak2 juga dah remaja, depa lebih senang berjalan dengn yg sebaya mereka ajer, sedihnya rasa di hati ini

    kujie, yg meninggal tu kakak saya

  20. orang kerajaan dapat duit raya rm 500 abis yang kerja swasta ni agak2 mintak duit raya 50% diskaun dari yang orang gomen dapat …..lepas tak ? 😥

  21. salam kak jie,

    anak2 saya alhamdulilah setakat ni masih dgr ckp..tp yg perempuan tu terlebih berani..kalau jalan, taknak dipegang tangan..yg lelaki sulong tu plak asik nak berkepit dgn saya…. =P
    Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..apa kata surveyMy Profile

Comments are closed.