Semak Keputusan UPU – tarikh untuk menyemak keputusan UPU untuk lepasan SPM 2012 mulai 17 Mei 2013 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari.
Setelah membeli No Unik ID / Pin UPU di BSN , isi borang UPU online dengan pelbagai masalah dan halangan, membuat pilihan utama kursus yang dipohon, tibalah masanya mendapatkan keputusan kemasukan ke IPTA yang dinanti.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!
Sebagai mak, saya pernah merasai debar menanti keputusan seperti ini, tetapi anak boleh relex macam tak ada apa-apa. Mungkin waktu menunggu keputusan UPU dia masih juga belajar kursus pendek di Kolej Kemuniti, jadi tak terasa sangat sedang menunggu.
- Kursus Di Kolej Komuniti Sementara Tunggu Keputusan SPM
- Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM
Bila keputusan dah keluar, dilema pula nak buat pilihan. Nak terima tawaran Matrikulasi atau melanjutkan pelajaran peringkat diplomat di IPTA. Kadang-kadang pilihan yang ditawarkan tidak menepati minat yang diidamkan, kadang-kadang lain yang diharap lain yang dapat.
Buatlah pilihan yang betul, matrikulasi atau diploma ada kelebihan tersendiri bergantung bidang yang dikehendaki dan perancangan masa depan masing-masing. Berdoa dan semoga berjaya!
Semakkan keputusan UPU boleh dibuat di laman web rasmi kemasukan ke IPTA /Politeknik Premier -> http://upu.mohe.gov.my/ .
Semakan Keputusan UPU boleh dibuat melalui salah satu saluran yang disediakan untuk mengelak kesesakan.
Atau semak online
- TAIP: UPU<jarak>RESULT<jarak>NOKP dan SMS ke 15888
Jika gagal , sila pastikan anda membuat rayuan di Aplikasi e-Rayuan yang dibuka dari 24 Mei hingga 2 Jun 2013.
Tarikh Penting
- 26hb Mei 2013 – Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Asasi di IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014
- 1hb dan 2hb Jun – Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Diploma di IPTA/Politeknik bagi Sesi Akademik 2013/2014
- 03 Jun – 09 Jun 2013 – Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA (FASA 2) bagi Lepasan Matrikulasi/Asasi DIBUKA untuk capaian mulai jam 12.00 tengahhari
- Minggu ke-2 bulan Jun – Hebahan Keputusan Permohonan e-RAYUAN Ke IPTA/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
- 24 Mei 2013 – Keputusan Permohonan ke Program Pengajian SIJIL/DIPLOMA Politeknik Konvensional/METrO & ILKA
Nota : Semakan Panggilan Temu Duga Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 boleh dibuat mulai 18 Mei 2013 (Sabtu) mulai jam 12.00 tengah hari.
Nota : semalam saya terima email bertanyakan soalan ” macam mana kalau terlepas beli nombor upu . . Ada peluang lagi ke ? “. Simpati saya untuk beliau. Kalau masih berminat ke IPTA, tunggu pengambilan akan datang
semua orang dah tau keputusan dioaarang yg lpsan spm..tp yg lpasan matrik masih mnunggu2 rayuan..haha bersabar la ye..
nice share dan semoga acaranya sukses dilaksanakan..
assalamualaikum 🙂 ermm..kalau kita buat pemohonan e-rayuan tu..memang comfirm kita akan dpt or doirang akan pilih lagi ? risau laa kalau x dpt 🙁
selalunya yg e-rayuan tuh diorang akan tawarkan jugak kos walaupon yg kita tak apply kan ? or macam mana?
huh saya da cek tp malang nya saya x dpt .. nak sgt masok UITM .. da mohon utk dip akauntansi n dip kejururawatan .. hari tu semak kelayakan dorank ckp saya layak . tp bila cek result UPU saya xdpt pulak . xpala bukan rezeki . saya akan tggu e-rayuan 🙂
Syarat layak bukan tanda pasti dapat tempat yg kita mohon.. contoh yg memohon kos tersebut 10 ribu orang tetapi tempat yang ada hanya untuk 4 ribu orang.
Buat rayuan dan berdoa. Ada banyak jalan untuk berjaya.
boleh x kalau buat rayuan untuk ambil diploma automotif di politeknik atau ilp jika result spm semua kredit tapi 1 gagal iaitu bahasa engglis…
adik saya dah dapat kt upm dah huhu
Alhamdulillah dah semak, dapat Uitm
tp bkn kos utama, tapi ok lah
ada kwn x dpt … result dia lagi bagus, mgkn kos yg dia mnta tu lagi ramai org yg lbh bagus2.
org ckp, kos yg popular kena bersaing dgn ramai yg berminat, kalau resullt sedang2 cari kos yg lain
pernah alami situasi berdebar begini…anak dapat 2 tawaran matriks dan asasi, lastly pilih asasi English di UIAM…
Sebagai seorang abang, saya pun berdebar gak untuk adik saya.. tapi tataula dia berdebar ke x.. haha
hemm..semuanya tak sabar nak tahu..