Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang
Pengetahuan Am

Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang

Hari ini saya nak perkenalkan satu buku yang mesti dibaca oleh sesiapa yang ‘baru mula hidup’.

Siapa mereka yang ‘baru mula hidup’ itu?

Mereka ialah orang yang baru memasuki alam pekerjaan dan merancang untuk menggunakan gaji pertamanya.

Rancang Wang dari Sekarang adalah sebuah buku yang  mengenai skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami.  Selain itu, Rancang Wang dari Sekarang juga membimbing kita mengenal pasti dan lebih berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita.  Ini adalah senario yang sering kita temui tidak langsung ( tawaran face to face ) atau godaan melalui email.

Buku Rancang Wang Dari Sekarang ditulis oleh Pakdi pengasas forum BicaraJutawan.com. Pada tahun 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.”

Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Saya mengikuti blog Pakdi sejak beberapa tahun dan banyak  info juga perbincangan dengan komentar di blog beliau banyak membuka minda saya mengenai pengurusan kewangan yang baik supaya tidak terus lemas dalam kesesakan masalah kewangan.

Saya sangat-sangat berharap adik -adik saya yang dikasihi semua dapat membeli buku ini dan mengetahui ilmu mengenai kewangan bukan untuk subjek peperiksaan tetapi untuk pelajaran hidup yang kita lalui setiap hari.

Buku ini berharga RM 17.50 dan boleh dibeli di kedai-kedai buku MPH, BookCafe.com.my , pts.com.my atau melalui Pakdi sendiri di Buku @ Pakdi.net

Rancang wang anda dari sekarang, sebelum akaun bank kering kontang.

©kujie – buffered Nuffnang berkepuk-kepuk, tentu lebih berkat kalau digunakan untuk membeli bahan bacaan yang berfaedah…kan…kan!:lol: mungkin earnings Nuffnang boleh dijadikan modal untuk projek lagi besar selepas membaca buku ini…

Edit: Pakdi baru melancarkan satu ebok baru bertajuk Panduan CashFlow

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Pakdi Kata Rancang Wang dari Sekarang

  1. Benar dan setuju benar kata Pakdi tu. Rancang wang perlu bermula sekarang. Jangan bertangguh. Terima kasih kerana berkongsi info ini.

    Saya teringat pesanan daripada buku Nota Jutawan, Nota Kewangan hasil tulisan Dr Irfan Khairi menyatakan “Berjaya dalam kewangan BUKAN sekadar berjaya memperolehi pendapatan yang baik, TETAPI berjaya mengawal ke mana perginya pendapatan tersebut.

  2. Terima kasih kak. Semoga buku ini dapat membantu.

    Memandangkan sudah banyak kedai buku yang mula menjual buku ini, maka saya merancang untuk habiskan stok yang ada sahaja untuk dijual sendiri dan dihantar melalui pos. Kalau habis, kena hadir ke seminar untuk dapatkan autograf 😉

    Pakdi

  3. akak dah lama mengikuti pakdi…sejak bicarajutawan lagi…
    mmg pakdi bnyk memberi info…
    tkasih kujie..tkasih pakdi..tkasih intenet…ehhhee

    tkasih Allah…

  4. menarik ni, sekarang ni pun sy masih lagi terkial-kial nak rancang kewangan, banyak guna khidmat nasihat dari wife je untuk manage duit bulan2

  5. saya pernah download ebook cashflow pakdi.
    memang terbaek dan lengkap bagi saya.
    tapi sayang dah hilang dalam hdd.
    bila kak jie sebut balik pasal ni baru teringat
    dari mana saya download. thx kak jie

  6. Aku pernha dtg dia nyer mini seminar kewangan. memang sempoi Pakdi ni. Banyak mende aku belajar walaupun basic things.

  7. buku yang bagus untuk dijadikan panduan, rancang kewangan dari mula jangan dah terlanjur baru nak berpatah balik, tapi kalau sedar dan berpatah balik ok juga dari yang tak sedar2 untuk berpatah balik.. good job kak jie

  8. Buku ini bukan saja untuk orang baru mula hidup, tapi orang yang dah lama hidup ‘menderita’ pun kena cuba ni.

    Nice blog Kujie, sudah linkkan di blog marhaen saya. 🙂

  9. Saya rasa saya pun kena beli dan baca buku ni, bukan setakat adik-adik yang baru kenal hidup. maklumlah, ada sesetengah kelemahan kita yang perlu bimbingan untuk dibaiki.

    p/s- Buffered berkepuk-kepuk… seronoknya dengar.. 😉

  10. bagus jugak kan kalau menyimpan duit dari sekarang..sikit-sikit lama-lama jadi bukit..dah lama sangat tak menyimpan dengan jumlah yang banyak..sebab bila ada je duit mesti cepat habis.

  11. Ok, esok nak pergi ke kedai buku, nak cari buku ni, tak la mahal sangat kan. Tak tahu lah kalau Popular Bookstore ada ke tak. Kat Miri ni ada Poplular je. Nak2 bukan semua publisher Popular nak jual.Kalau tak ada, online purchase la jawabnya

Comments are closed.