Rahsia Wanita Ingin Dimengerti
Pengetahuan Am

Rahsia Wanita Ingin Dimengerti

Apakah perbezaan di antara seorang pengganas dengan wanita yang mengalami sindrom prahaid atau premenstrual syndrome (PMS)?

Jawapannya, pengganas boleh diajak berunding! Kelakar sangatlah tu.

Tiada yang lucunya tentang PMS. Malah, humor sedemikian sebenarnya terlepas beberapa fakta bahawa wanita, apabila tiba saat itu, ada ketikanya berasa kecewa dengan suami yang mendesak, ragam anak-anak dan bebanan kerja yang menekan.

Tidak kurang juga lelaki yang tidak percaya akan kewujudannya. Bertentangan dengan apa yang mungkin kebanyakan mereka fikirkan, PMS bukanlah satu alasan yang dibuat-buat oleh wanita.

Imagezoo

Hakikatnya, ada sesetengah wanita sendiri yang tidak menyedarinya namun tempiasnya dirasai oleh teman lelaki, suami mahupun rakan-rakan sehingga boleh menjejaskan hubungan mahupun tugasan seharian.

“Apabila saya balik ke rumah, saya dapati dia telah mengecat televisyen 40 inci kami dan memotong wayarnya. Apabila saya tanyakan kepadanya, isteri saya hanya menangis dan terus menangis. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berbuat begitu. Dia cuma berkata, tidak dapat mengawal perasaannya,” demikian pengakuan seorang suami.

Ia adalah satu realiti menyakitkan bagi sehingga 85 peratus wanita dalam tahun-tahun reproduktif, yang mengalami sekurang-kurangnya satu daripada antara 150 hingga 200 gejala PMS.

Dari payu dara yang membesar dan terasa sakit apabila disentuh sehinggalah simptom – simptom seperti sakit kepala, tidak fokus, perut buncit, mengidam, mengalami pertambahan berat badan, kerengsaan dan sebagainya.

Mood wanita juga tidak semena-mena berputar 360° – berlawanan dengan dirinya yang sebenar sama ada menjadi seorang yang pendiam, lebih gemar mengasingkan diri, terlalu sensitif, penyedih, murung, mudah naik angin dan lain-lain lagi.

Mereka juga berasa resah gelisah dan serba tidak kena seperti rambutnya hodoh, asyik menyalahkan orang lain dan boleh menangis teresak-esak melihatkan seorang bayi yang comel.

Tiada siapa pun yang tahu punca sebenar PMS mahupun penawarnya, walaupun banyak teori mengaitkannya dengan ketidakstabilan hormon estrogen sebelum haid.

“Wanita sering mengalami perubahan sama ada secara fizikal, emosi ataupun tingkah laku lazimnya di antara tujuh hingga 14 hari sebelum haid. Mereka akan berasa lega sebaik sahaja datang bulan.

“Sindrom ini boleh melibatkan wanita tidak kira umur mahupun latar belakang terutamanya anak-anak gadis di bangku persekolahan menengah mahupun universiti,” kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

©kujie – artikel dalam folder yang relevan sepanjang masa

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Rahsia Wanita Ingin Dimengerti

  1. terima kasih atas penerangan yang panjang lebar ni. series speechless. bila tau perkara ni. tapi syukur, kita dah dibekalkan dengan sedikit ilmu, jadi tadek la terkujat atau kejutan budaya bila dah berkahwin. kire orang kata.. paham-paham sendiri la.

    P/S: ade jugak masanya dia tersangat caring. hehehe… best!
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Anda mahukan Sony NEX-5My Profile

  2. setakat ni tak de la sampai kes spti mengecat tv di atas tu terjadi.. setakat rasa nak marah2 tu, de la.. emosi tak stabil.. sbb tu perlukan lelaki utk mengingatkan.. spya tak terbabas dlm kehidupan.. harap2 tak de la dpt kes cm kat atas tu..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Facebook Gugat KeselamatanMy Profile

  3. Lelaki yang mempunyai rakan atau ahli keluarga yang mengalami benda ni biasanya akan cepat faham, yang tak faham tuh, sebab persekitaran dia semua perempuan2 yang tak pms, atau tak jumpa dia waktu pms… 😀 hehehe

    Ada sesetengah yang saya kenal, sampai kesian gak bila tgk dorang alami tuh, sebab sampai tak tentu arah dibuatnya, nak tolong pun tatau camner nak tlg, so layankan jer apa yang dia minta huhuhu
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Dari blogger untuk bloggerMy Profile

  4. Biasanya lelaki yang dah berkahwin dia lebih memahami gejala ni… dia lebih faham .

    Dulu masa mengandung Along, boss lelaki bujang – punyalah seksa nak bagi dia faham kena keluar pergi check up setiap 2 minggu sekali. Ambil time slip saja pun, bukan cuti sehari terus

  5. Ada orang sikit je..ada orang teruk
    Kak Jie tak menentu..kadang2 teruk..kadang2 ok je
    yang kerap…sakit kepala…muntah2….loya mcm orang mengandung

  6. Tak perlu stress sangat untuk memahami………..ini sifat atau perubahan natural……….berlaku secara sedar atau tanpa sedar. Kesan dia tak sama…kadang2 jelas…kadang2 tidak

  7. PMS kadang2 bukan dalam bentuk sakit secara fizikal – ada yang mengalami emosi yang 2 minggu sebelum period………..atau seminggu selepas

    dan kadang2 tak ada…hehe..rumitkan perempuan 😆

  8. Biasanya lelaki yang dah berkahwin akan faham situasi macam ni… selalu baca lelaki menkondemkan perempuan yang berPMS…tetapi biasanya komen macam tu datang dari lelaki yang belum berkahwin… dia belum faham biolagy wanita itu sepenuhnya.

    bila dah berkahwin… bercampur secara kimia dan biologi dan sekiranya lelaki itu betul2 memahami isteri dia…naluri wanita isteri dia…dia akan sedar setiap perubahan emosi malah bau badan isteri sekali pun

    itulah indahnya perkahwinan 😆

  9. Selalu sangat kena tempis PMS ni…dah lali,tetapi kadang-kadang hilang juga pertimbangan,kalau lelaki tu jenis penyabar,kena gandakan kesabaran anda…

  10. lelaki wajib study benda2 macam nih~ jangan pandang remeh PMS~

    err.. perbezaan pengganaz dengan perempuan yang tengah PMS? sudah tentu pengganaz rata2 adalah lelaki~ ngeh3

    p/s: lama sangat tak singgah sini~ sampai dah tukar jadi PINK baru sedar arinih~ ahaks~
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..So MuCH FoR THe PRoFeSSioNaLMy Profile

  11. huhuhu.. tak dapat bayangkan bila mana seorg hakim wanita sdg menedengar sebuah kes yg tatkala itu tiba2 PMS datang.. apakah akan terjadi ya, siapa lak yg jadi mangsa.. aderkkkk

    banyak hikmah rupanya ALlah SWT menjadikan sesuatu itu.. yg pasti ia saling melengkapi. Ini kerana manusia tidak akan sempurna menjadi satu tanpa sokongan sebelah lagi.. huhuhu

    😳 😳 😳
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cendol di pohon rendang di tepi jalanMy Profile

  12. 😯 waaa….sedang mengalaminya dan mnjadi mngsanya ialah encik bf..kak jie best r entry ni..andai la dia dpt mengerti huhu… 😛

  13. salam kak jie .. lana kalau pms .. cik abang dah tau dah .. mcm2 ragam .. mood tu datang secara natural kan .. bukan dibuat2 .. kejap mood marah . kejap happy .. kejap moody .. ermmm .. sabo je laa..

  14. Teringat saya kat PMS yang satu lagi -Performance Management System, masa kerja kilang dulu. Bila sampai masa nak buat penilaian, ada jugak symptom pening, sakit-sakit badan dan malas nak pergi kerja. Tapi taklah seteruk the “real” PMS 🙂
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..How to make a Facebook landing pageMy Profile

  15. Selalu gak bertemu orang yang mengalami pms ni, dari rakan-rakan sekerja dan keluarga. Kalau rakan sekerja, biasanya bila diorang mengalami PMS ni, memang tak boleh nak buat kerja, saya biasanya akan biar mereka bercuti, kerana emosi tidak menentu.

    Semoga para lelaki tidak akan menggunakan PMS ini untuk mentertawakan mereka atau merendah-rendahkan mereka, sebab silap haribulan, lelaki sendiri akan terkena tempias PMS tuh.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..BlackBerry Desktop Software Maxis10My Profile

  16. cian nya wanita…..suami perlu sabar juga dalam situasi begini.tapi arah berlawanan tu 180 degree bukan 180 degree.

Comments are closed.