Pengetahuan Am

Maafkan saya Puan Cing

kitaran hidup si rama-rama
kitaran hidup si rama-rama

Masa sedang berkebun (?) pagi tadi,  Sambil cantas daun-daun tua , sambil bagi ikan-ikan makan,  terpandang si comel ini. Teringat Heimlich ( caterpillar dalam filem Bug Life’s) sedang bersantai di celahan daun hijau ( pokok pakis ini tumbuh sendiri, bukan saya tanam , sengaja tak buang ).   Panggil Intan dan tunjukkan pada dia.  * Intan bercuti hari ini – cuti cina main tanglong , katanya.

“Inilah asal usul rama-rama”

” Macam mana ulat ni datang”

Automatik saya bertukar menjadi……….pling!

Guru Sains.

Mula-mula ada sebiji telur yang kecil. Kemudian, telur itu akan pecah dan menjadi seekor ulat. Ulat itu akan mencari makanan untuknya membesar. Semasa menjadi ulat, dia makan banyak daun. Kemudian, apabila ulat itu kekenyangan, dia ingin berehat. Jadi, ia akan membuat kepompong untuk dirinya. Kepompong tu ialah tempat perlindungan bagi ulat untuk berehat. Selepas beberapa hari kemudian, kepompong itu akan pecah dan jadilah rama-rama yang cantik.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Rama-rama terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
– Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Mahukah hidup senang seperti labah-labah?
Mahukah hidup senang seperti labah-labah?

Lepas tu kami terjumpa sarang labah-labah. Rumah saya ada banyak sumber air, jadi banyak serangga yang hidup sihat yang menjadikan tempat singgahan burung.

Ada orang kata, orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah . Labah-labah membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya. Seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang.

Tetapi sarang labah-labah juga adalah tempat yang paling rapuh. Mudah rosak dan ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa, malah labah-labah betina akan membunuh dan memakan pasangannya (labah-labah jantan) sebaik selesai mengawan.

wah...... aman nyamannya dia landing
wah...... aman nyamannya dia landing

Kemudian saya ke belakang rumah nak sidai kain terpandang pula Puan Cing sedang bersantai senang hati. Ini mesti kenyang lepas ngap Cik Bintang sebab si kaloi saya gagal di kesan di dalam kolam, yang ada hanya Cik Bulan sendirian.

Maafkan saya ye Puan Cing... buruk sangka tadi
Maafkan saya ye Puan Cing... buruk sangka tadi

Owh… lepas chat dengan encik suami sekejap tadi, barulah saya tahu kisah sebenar.   Rupanya Cik Bintang dah mati seminggu sudah.  Maafkan saya Puan Cing kerana membuat tuduhan tanpa bukti.

Maafkan saya Puan Cing!

Ayam bergerak
Ayam bergerak

Tenghari tadi pergi kedai, terparking depan gerai ayam bergerak ini. Ngeri nengok ayam terkangkang macam tu…. tak de selera …huhuhu

Angah baru balik dari sekolah
Angah baru balik dari sekolah

Ini bukan bapa ayam atau ibu ayam…. Angah balik dari sekolah mesti melepak di Ruang Rindu baca suratkhabar sambil  makan di sini.  Kadang-kadang kawan-kawan dia datang study group di  wakaf ini.

©Kujie – Saya ikut rombongan cik kiah ke Nilai esok.   Jemput Along di asrama dan sertai adik beradik di rumah Kak Nor.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Maafkan saya Puan Cing

  1. Kak Jie, nk tumpang tido
    waktu ptg kat ruang rindu
    tuh. Mesti nyaman jer. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Ukhwah Itu Indah =-.

  2. kesianla puan cing tu ye?! tompang melepas lelah atas tembok dah jadi mangsa buruk sangka.. isk2

    dah balik rombongan cik kiah?

    1. @mrs azmi, huhuhuhu….. tu arr, stim je mata dia nengok kak jie dok pokpek pokpek mengata dia

      kesian puan cing

      tido sana, ahad dh blk dah…

  3. -kesiannya kena fitnah makcik cing.
    -aman nyaman study group kat wakaf camgitu..
    .-= MatKool´s last blog ..Air India slashed Airfares up to 8 percent =-.

    1. @MatKool, patut masa dok pok pek pok pek kt dia , dia wat dono je…. tak lari pun masa dtg dekat, rupanya berani kerana benar 😆

      kalau study betul2, kt mana2 pun tak pe

    1. @ChekguBH, kecik je aih..utk anak katak 😀

      itulah, byk yg boleh diterangkan pada anak2 kalau kita tau

      mak2 zaman skrg ni kena byk membaca

  4. rama2 mmg selalu cepat layu dek tangan2 yang sumbang, tapi rama2 yang disempuh emas bagaimana yer ❓

    ps:hehe disempuh emas tu datang dari inggeris ‘gilded butterfly’
    .-= haritz´s last blog ..Tsunami 2009 =-.

  5. ada pulak seorang yg sengal tanya. telur tu datang dari mana ek? kah3.

    solid la cite akak kali ni. tersusun rapi. boleh katakan setiap pergerakan atau pemandangan akak ada ceritanya. syok betul baca seolah hidup ceritanya (memang hidup pun kan? kah3)

    apa rasa ber YM bersama si suami ya kak? yalah dulu rasanya tak macam tu pun he3.
    .-= megat´s last blog ..Berhari Raya Dan Kunjung Mengunjung, Jangan Abaikan 5 Waktu =-.

    1. @megat, tu belum cerita lagi, malam tadi tengah dok sedap2 memasak lepas maghrib ada tetamu datang beraya

      aduhai …. tanpa dirancang tiba2 ada depan gate. Teh O perisa Strawberry dari CH dgn biskut raya ajelah.

      Niat menziarah itu yang penting, kan.

      tengok capture tu pun dah tau, Kak Jie menaip laju, dia terkebil2 sehiji2 atas keyboard. Sebelum ini pun, kalau kerja2 drawing dia buat, kerja2 menaip surat2, tender, quotatation Kak Jie buat. Jari hidup 10-10 😆

    1. @iza, itulah, masa iza datang kak jie dah cakap….Bintang hilang

      Ingat ke dia menyorok bawah2 pokok2 tu, malu dengan si bintang yang lagi comel 😆

  6. dapat tido atas pangkin tu best
    .-= waka´s last blog ..Cara cepat dapat duit untuk pekerja makan gaji ia bukan skim cepat kaya =-.

    1. @cakap kosong, Anak Kak Jie selalu baca blog ni, dia cakap tajuk entri blog mama sentiasa menarik perhatian 😆

      Iyelah..kalau letak tajuk Ikan dan Kucing, ada sesapa nak klik baca?
      😆

  7. Tu tak pandai dalam ads le tu.. sepatut letaklah gambar org tengah mengunyah ayam baru betul
    .-= zool´s last blog ..Hilang Dompet =-.

  8. Tie memang suka wakaf. Ada buat satu di rumah kampung… Kadang2 kami sarapan di situ, seronok betul. Harap2 dapat menghabiskan hari tua di kampung.. menghirup udara segar dan nyaman.
    .-= Tie´s last blog ..So sorry…. =-.

    1. @Tie, Nak buat pun kena tgok lokasi..kebetulan rumah saya arasnya lebih tinggi, jadi dapatlah saya mencuri angin yang berlalu :mrgreen:

    1. @nadinezuharra, tu yang nampak lawa, yg huduh…comot, bersepah sana sini tak delah kak jie nk publish kt sini

      kehkehkeh 😆

      taman kak jie ada pokok senduduk..sengaja tak buang sebab bunyanya lebat. selalu nampak burung2 dtg makan buah dan berkicau 😆

      1. @Kujie,
        tak ramai yg kenal lagi daun senduduk
        dulu…masa CP luka..
        mak tumbuk2 daun senduduk tu
        tampal luka utk tahan darah
        mmg berkesan

        1. @cikpuanza, betul-betul…sebenarnya warna purple tu lebih menarik

          dulu ada tanam senduruk putih, tak tahan, mati dah

      1. @Kujie,
        tentang rama-rama..
        indah kupasan yg akak sampaikan
        .-= cikpuanza´s last blog ..Skandal II =-.

  9. kak jie…lekanya duk chatting dgn hubby ye 😀 kak jie expose cerita pasal cat n fish utk kami, tapi part yg rindu2 tu censor ekkkkk 😛 (ampunnn…gurau je)
    .-= kenari´s last blog ..Kumboi nyioq =-.

    1. @kenari, Yang tu kalau capture, bernanah mata korang nengok…kehkeh 😆

      Jauh puluh ribu kilometer, dia boleh tanya pasal ikan 😆

  10. pangkin tuh best nye..bagi bantal, kompom saya tertido kat pangkin tuh..
    .-= arin´s last blog ..Good Deal =-.

  11. Salam Aidilfitri Jie..apa khabar? Lamanya akak x jenguk Jie..harap Jie sihat2 jek mcam daun hijau paku pakis tu..hehee…Beraya kat mana dulu 1 Syawal dulu…Kukis byk lg ke? Hehee..soklan orang dapur je la akak tnya Jie..x reti nk tnya apa dah laa.. 😉
    .-= ummi´s last blog ..Pasembor (Passeemboooqq) Nat =-.

    1. @ummi, Salam Kak Ummi, maaf zahir dan batin

      Raya kejap je Kak Ummi…org lain berkonvoi sana sini, membuncitkan perut, saya dah tak raya 😀

Comments are closed.