Pengetahuan Am

Kulat sisir dan buah laghah

Kebetulan pula, hari ini saya dapat 2 email yang rasanya topik saling berhubung kait – mengidam!

sy cuma nak mintak sedikit pertolongan, 1 of my fren pregnant n dia ngidam cendawan yg tumbuh kat batang pokok getah,cendawan yg kecik2 tu(sy tatau k.jie tau or x),juz nak try tny kat k.jie kalau2 k.jie ada terjumpe,mintak tlg bgtau,then i’ll ask her husband pegi kat tmpt k.jie jumpe bnda tu, she’s 1 of my close fren, plus mana la tau berkat tlg dia sy plak yg pregnant,huhuhuhu..

Awatnya Kak Jie tak kenal, hidup dalam kebun getah. Kami panggil kulat sisir atau ada yang panggil cendawan kukur. Dulu-dulu sebelum pergi sekolah petang, mesti tolong mak tolong kutip sekerap. Kalau musim hujan memang mewahlah dengan kulat sisir ni.

Lepas dapat email ni, terus telefon mak. Memang sekarang musim kemarau susah nak dapat kulat sisir . Kadang-kadang ada orang jual kat pasar malam, tapi memang susah nak jumpa pun.

Kulat sisir / cendawan kukur
Kulat sisir / cendawan kukur

kredit gambar : anakrantau.fotopages.com

Sedap dibuat gulai lemak dengan dicampur pucuk paku atau pucuk ubi kayu.  Boleh juga asukkan tempoyak dan  atau ikan bilis.

Resepi Kulat Sisir Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:
2 cawan kular sisir / cendawan kukur
Segenggam cili padi
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai(dititik)
2 keping asam keping
1 biji kelapa parut(diambil santan pekat)
Segenggam ikan bilis
Garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Cendawan kukur hendaklah dicuci sehingga bersih.Tumbuk cili padi  bersama-sama kunyit hingga lumat.   Masukkan santan ke dalam periuk berserta cendawan kukur dan cili yang di tumbuk tadi.  Masukkan juga serai, asam keping, garam dan ikan bilis.

Masak dengan api sederhana .   Sesudah mendidih, kacau sebentar.  Kemudian padamkan api.

Resepi dari : anjungcafe.com

Email ke – 2

Salam, akak mana sy blh dpt buah tampai tu? coz ada sedara sy ngidam nk mkn buah tu. Dh lama dia ngidam. Siap mimpi2 lagi. Tlg saya ye kak. Cian sy tgk dia dok mintak ngan hubby dia tiap2 ari smp naik pening hubby dia nk cari xtau kt mana.

Ini lah buah larah @ laghah – sebut dengan loghat Perak. Isinya warna oren. Kalau isinya putih, itu namanya buah tampoi (Baccaurea spp)
Orang terengganu panggil buah ngeke( bunyi macam “ngekay”)

Saya pun dah lama tak jumpa buah ni, mana ye nak cari.  Kalau sesiapa yang tahu , boleh tak Hubungi Saya . Tak kiranya cendawan kukur ke atau pun buah tampoi ni.

Kasihan pula kenangkan mak-mak buyung ni. Dulu masa mengandungkan Along saya mengidam makan buah manggis. Masa tu bukan musim, jenoh merayau sampai ke Bangi ikut jalan lama. Dapat tengok pokok manggis pun jadilah.

Masa Angah saya idam strawberi. Mudah dapat 3 pek kat Macro Shah Alam waktu tu. Mungkin sebab itulah, Angah memang suka strawberi.

Saya mengandungkan Intan waktu di Bentong.  Mengidam buah asam jawa yang masih hijau.  Merayaulah suami mencari ke Felda Lurah Bilut, Mempaga  tak pula jumpa.  Sekarang kalau lalu depan kilang Proton  Shah Alam banyak di tanam tepi jalan.  Tak  teringin nak makan.

Apa agaknya pengalaman paling dahsyat kes-kes mengidam ni ye?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Kulat sisir dan buah laghah

  1. bestnye..dah lama x mkn buah ngeke n kulat sisir.. waktu kecik2 dulu, kat kampung, byk la,kat mane2 pun jumpe tapi skrg ssh giler nk jmpe..

  2. Salam kak jie…
    Teringat cerita hubby ttg komik Ayob anak Tulakang (kalau tak silap la) pasal kulat ni. Ayob buat bisnes kulat dgn cara tumpahkan gulai basi pada batang getah, nanti kulat tu tumbuh, dia kutip dan jual. Itu cerita dlm komik je tau. Realiti, su tak tahu, tak penah lak buat cam tu. Tapi zaman kecik dulu selalu kutip kulat ni kat kebun getah nenek.

    Resepi su senang je… goreng garam kunyit campur dgn kulat, telor, bawang dan cili. Fuh… sedap!

    Sapa yg nak, kak jie? Su boleh pos kan. Ada sikit stok kulat dlm peti ais. Mak mertua kirim. Email su kalau tak jumpa lagi. Su akan simpan utk tempoh seminggu. Lambat karang, su termakan lak. huhu…

    P/s : Maaf, lambat lak baca n3 ni…

    suaras last blog post..Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 4)

    1. hahaha…ramai yg ckp, dulu merasalah skrg ni ssuah nak jumpa….eeee..kalaulah ada
      sedapnya…

      entri ni utk nostalgia ..hehe 🙂

  3. Isk, sian jugak yer kalo mengidam tp susah plak nak mendapatnye.

    DeeNs last blog post..oRCHiD PaViLioN

  4. camner rasanya ngidam tu kakjie… takde pengalaman lagi..

    ams last blog post..Genuinekan Vista, Office 2007 Dan XP

  5. salam kak jie…

    cite ttg ngidam ni, ryn teringat sorang kawan ryn yang stay kat kl…dia ngidam makan mcd kat plaza angsana, jb. masa tuu dah tgh malam, jenuh dia pujuk suami dia suruh g jb malam tuu gak…sib baik la penyabor orgnya suami dia tuu…esoknya masa kat mcd tuu g dia makan cuma kentang goreng je…pastuu terus ajak suami dia balik kl….hahahaha…

    1. @airynnz, tu la ragam yg kita tk faham
      sabar sajalah…bkn selalu kan
      paling kerap pun setahun sekali :mrgreen:
      lama tak nmpk ..sihat ke?

  6. salam, k.jie ,time kaseh sgt2 sbb buat 1 n3 psl cendawan tu, ada gak info yg sy dpt, kalau kat psr tani stadium tu insyaALLAH leh pegi kot,last week br p,tp x plak p kat bhgn sayur mayur, sy dah smpaikan info pd sang suami kwn sy tu,hrp2 dia jumpe la,tp weekend ni dia nak ke tganu plak,

    1. @epop, kak jie cuma menolong…mana tau ada yg terjumpa kat pasar , boleh kita share…kak jie pun teringin gak ni..
      tapi
      bkn mengidam le…

      ooo..syg isteri sanggup tu!

  7. sedapnya!!! kat sini memang takde hehehe…
    kat kuantan, kalau pasar malam ada pernah nampak.. tapi jauhnya la kuantan..

    buah tampoi masa balik malaysia bulan 10 hari tu ada banyak jual di depan econsave banting, selangor.. tak sangka pulak banyak dan murah lah pulak.. tak tahu lah ada lagi ke tak..

    Neezas last blog post..Best friend

    1. hahaha..mmg sah sah kat padang pasir tu tak dak pokok getah neeza.
      tak pa la..kak jie pun tatau org yg tanya tu dok mana
      mana tau kat kuantan
      mana tau org lain pula yg TERmengidam…hehehe

    1. betul la tu..dlm gambar tu mmg kulat sisir
      dia berbeza bergantung pada jenis pokok getah
      batang baru atau lama
      kendian kulat tu baru atau lama
      kalau pokok getah baru, kulit lebih putih, kalau pokok getah yg lama, yg nak reput, warna gelap..kulat yg tumbuh juga lebih gelap…..
      mcm tu juga..kalau kulat yg baru tumbuh,lebih putih…

      erkk…..kak jie kan dah ckp tadi..kak jie hidup dlm kebuh getah!hehehehe

  8. Hmm….lama tak balik kampung, entah ada ke kulat sisir tu…

    Buah tampoi tu, tak nampak pulak kat sini…belum musimnya kot… Kesian juga pada yang mengidam tu…harap2 dapatlah dia makan…

    Ties last blog post..Rashid……..Rashidah

    1. kalau ada kebun getah, adalah tie
      tapi kalau musim kemarau mmg payah nk jumpa
      kalau ada pun..kecik2….sisir dia

      buah tampoi tu pn bermusim juga
      kalau ada pun tak byk…

  9. Kulat sisir ni mmg famus kat kelate ni…memang dulu2 org cari je kat batang2 pokok getah yang ditebang. Masak lemak atau digoreng memang resepi istimewa kulat ni. Lani susah nak cari lebih2 lagi kalau org tu dok johor cam saya ni….

    p/s : penah dengar kulat ‘pusu’ tak?

    1. la ni nk cari pokok getah pun payah tokkk…
      banyak dah tanam sawit
      la ni bkn mak-mak buyung je mengidam ni
      sy ni pun dok telan ayark leoQ dah ni
      nk kena p caghi juga ni…

      tau tau..kulat pusu sy tau…wat sayor ayark sedap tu

    1. tapi, kalau musim kemarau mmg kebun getah mudah terbakar pun
      daun kering byk…
      cari lagi api…nnt jadi mcm kat australia tu

  10. sedapnya kulat sisir, masak gulai lemak dengan telur itik, kak jieeeeee, orang tak pregnant pun dah ngidam ni, apa kesss? ha, ha….

    kecik2 dulu kayuh basikal, ke kebun getah, cari api, sure jumpa punyalah kulat ni, daun ulam2, bukan setakat bawa balik kayu api je kan?

    kat pasar seksyen 6, kat pasar tani stadium shah alam pun ada juga kdg2. kalau pergi takde, pesan kat penjual tu. alahai kesiannya.

    1. teloq itik…mak oiiii…mmg ngam dgn kulat sisiaQ ni
      rasa melekat je kt mulut…
      lama giler tak makan ni
      tuuu…sapa2 nk cari…p pasar tadi ke..pasar shah alam ke
      siap booking tu

  11. umangggg aiii… teringat kes arin ngidam. 😛

    mmg ngidam cenggini seksa ek??

    sib bek la zana tak ngidam kaw2. sbb tau laki tak nak melayan punya… 🙁

    Zanas last blog post..Boikot!!!

  12. kek jie..arin waktu ngandung dulu gile nak kulat sisir…beli kat pasar pagi sg penchala..nasib ader walau dapat seciput aje..

    arins last blog post..3 hari 2 malam

  13. uiiihhhh… bahaya betul kalau mengidam yg susah nak cari ni…

    buah laghah ni, 1st time sy dgr dan tgk…
    tgk kulit, mcm buah dukung eh… sedap ke??

    1. @kutaksempurna, tak sedap…tak sedap…jgn dok mengidam pula kat sini…haru kak jie nak meraban sana sini nak cari..:p

  14. ngidam mak buyung tak pernah rasa lagi.
    ngidam ngade² biasa la.hehe..
    terus beli dan dan tu jugak.

    mak cerita, masa mengandung bai dulu mak suka minum kopi, tu la gelap dari yg lain.hehe..

    fiezabaiduris last blog post..Marah

Comments are closed.