Pengetahuan Am

Kisah tongkat ali

Ini pokok tongkat ali. Saya tanam hampir 5 tahun sejak berpindah ke sini. Asalnya dari Bentong sewaktu suami saya bekerja di sana. Dah bujang segar bugar dan selalu keluarkan bunga. Jantina tidak pula saya pastikan kerana selalunya kalau pokok betik berbunga, kita panggil pokok jantan.

Kasihan si tongkat ali saya tiada pasangan, bulan lepas suami carikan pasangan untuknya. hahaha..orang cuti sekolah kahwinkan anak, saya  nak kahwinkan si tongkat ali. Tapi macam tak sesuai pula… macam datuk dengan cucu. Teringat pula kisah artis top dulu yang kahwin dengan lelaki berusia, beza umur 20 tahun. Risau pula takut tongkat ali saya ini tak sempat beranak pinak.

Ada orang pertama kali tengok pokok tongkat ali ke? Daun dia macam plastik, dipatahkan dikepak macam mana sekali pun tetap tidak bergaris atau rosak.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Kisah tongkat ali

  1. wah..ada juga orang mempunyai minat yang sama dengan saya..saya mula dengan 1 pokok..skrg dah jadi kebun..kalau ada yang minat nak tanam..saya ada jual biji benih dan juga anak pokok tongkat ali
    .-= pulpa´s last blog ..Tongkat Ali new Leaf!!!! =-.

  2. lihat dan rasa yang dah potong-potong adalah. rasa pahit dia seminggu tak hilang huhu. itu baru gigit sikit je.

    megats last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

  3. Rasanya pahit, mak ooii!! Hubby suruh tie rasa dulu..sikit je..hi hi.. Dok hulu ni macam2 ada. Tapi air kacip fatimah tu ok je..mmg khas utk pompuan..hi hi…

    Ties last blog post..Cerita lain

  4. wah..tanam kat umah ker..bagusnye..dulu zaman blaja time mendaki gunung ganang ada gak jumpa..tapi dorg tak kasi cabut..warisan alam katanye…

    izzahs last blog post..Pening Lalat

  5. haiya…dulu pernah tgk tongkat ali btol..pokok nyer tak pernah la…minum yg asli tak pernah..kopi tongkat ali CNI tuh suka gak minum.. :mrgreen:

    |1f34|-|1r3s last blog post..Video on Cakra Alam scam report from 360

  6. power la tongkat ali ni.. daun pun tak jejas bila dilipat.. ini pulak batang dia kan 😉

    kak Jie.. pokok tongkat ali kena kawin dengan pokok apa? pokok kacip fatimah ke? hahaha!!

    Neezas last blog post..Sekolah mana yang terbaik?

  7. pertama kali tenguk nih..wahh tingginya pokok..nanti nk gi lah umah kak jie..tenguk gambar je tak besh! 😆

  8. besornya pokok. kena pakai kren tu nk cabut. huhu

    aku baru je cdg nk tepek akar tongkat ali kt blog. 🙂 kak jie awal lg. hehe

    1. @cikgu jawe, tak pe la..cikgu tempek dgn petua2 atau khasiat dia..hahah…boleh kot.

      rasanya tk cabut kot…tanam je lum tau apa nk buat..baru je kawenkan dia..kot2 nk beranak pinak..sbb jiran tu ade sepasang..pastu ade anak banyak.. :mrgreen:

  9. kalau orang asli, kutip ulat kat daun tu je makan, atau pun makan daun je. Orang kita je, sampai ke batang sekali dikerjakan, nak cepat kuat agaknya, ha, ha……ni kata budak uitm yang buat research berkenaan penanaman tongkat ali ni.

  10. ooo.. kali pertama eida tengok…
    kebal sungguh daunnya itu… sekebal khasiat akarnya!

    eidas last blog post..Semuanya TIDAK!

  11. dah laa daunyer tak boleh patah…lagi satu..nak cabut akarnyer pun ada caranyer tau…bukan sembarangan…itulaa kekuatan tongkat ali..

  12. Ehhhhhh pokok ni bukan idup dlm utan ke? kenari cadangkan pasangan yg sesuai utk tongkat ni ialah cik kacip kot :p

    p/s puji niat murni kujie dan suami kekalkan warisan herba kita yg semakin dieksploitasi dan terlalu dikomersialkan utk keuntungan

    1. @kenari, kat Bentong tu mmg dr hutan…bawa balik kecik lagi..skrg ni dah besar melangit

      sebenarnya ada ekor kucing, kacip fatimah kat rumah…pokok tenggek burung pun ada

  13. Daun dia macam plastik, dipatahkan dikepak macam mana sekali pun tetap tidak bergaris atau rosak.

    >> Liat, meliut lagi menciutkan….ermmm dan aauummm! hahhaha

  14. first time tgk ni,
    tp pmpuan kalo mnm tgkt ali de pepe efek tk?

    nem0s last blog post..o0hh nasi ayam!

Comments are closed.