Merujuk kepada entri saya yang lepas – Cuti Am Malaysia 2014 seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, negeri-negeri yang bercuti pada Thaipusam 2014 ialah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekuturan Putrajaya
Johor
Negeri Sembilan
Perak
Pulau Pinang
Selangor
Tetapi daripada sumber Laman Web Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Negeri Kedah akan bercuti pada hari Thaipusam ( 17 Januari 2014 ) sebagai Cuti Peristiwa.
Peringatan :
Apabila Hari Kelepasan itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat/ Ahad) atau hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya, dan jika yang kemudiannya itu pula sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari REHAT SABTU, ianya tidak diganti pada hari berikutnya.
Cuti Peristiwa – Jika Hari Thaipusam itu jatuh pada hari Cuti Am/Cuti Umum yang lain, maka cuti berkenaan tidak akan diganti.
Edit 06/01/2014 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan cuti Nuzul Quran. 3 Februari 2014 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan cuti sempena pertindihan Tahun Baru Cina (Hari Kedua) dan Hari Wilayah Persekutuan. Hari Deepavali bagi tahun 2014 telah dipinda…
Edit 09/1/2014 Negeri Kedah akan bercuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014 sebagai Cuti Peristiwa. Edit 06/01/2014 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan cuti Nuzul Quran. 3 Februari 2014 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan cuti sempena…
Nota Cuti Berganti Raya Cina & Raya Puasa 2014: Cuti Tahun Baru Cina 2014 - 31 Januari & 1 Februari 2014 ( Jumaat & Sabtu ) Sekolah akan bercuti selama 6 hari bermula dari hari Khamis 30/1 hingga 4/2 ( Selasa ) Rujuk -> Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014…
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie
Baru tahu, setiap negar bagian punya hari cutinya masing2 dan belum tentu sama tu
Selamat bercuti buat masyarakat Kedah di tanggal 17 januari nanti
Seronok la boleh cuti
Rindu lak saya nak balik kampung di Jitra 
johor tak cuti kan..tapi johor pun dah cuti jumaat sabtu.. jadi tak cuti jugak lah kalau diorang ambik cuti thaipusam pun..
PM dah biasa kerja pada public holiday kecuali pada Hari Raya Aidilfitri jer…=)
Yeay K.L cuti hehehe..
pahang tak cuti, berkojolah kito sekueknyo..
baru tau kedah pon dapat cuti gak thaipusam nie..
Johor pon cuti gak.
Tp keje asyik terganggu je sbb byk benor cuti.haha
Nak kena update kalendar nih.