Pengetahuan Am

Jadual Persekolahan 2012, Cuti Ganti Raya Cina Dan Raya Haji 2012

EDIT 10/8/2012 –  Cuti ganti hari raya 2012 – baca di sini >   16 & 17 ogos 2012 Cuti Ganti Hari raya

 

————————– dibawah ini entri asal —————————

 

Hari ini hari terakhir persekolahan 2011 walaupun kebanyakkan sekolah menengah telah bercuti sejak bermulanya SPM 2011 pada 14/11/2011. Sekolah Kebangsaan di kejiranan saya juga telah bercuti mulai hari ini , hanya SJKC ( sekolah Intan ) yang masih mengikut takwim 2011.

Cuti akhir tahun bermula dari 19.11.2011 – 01.01.2012 selama 44 hari . Macam tempoh berpantang ibu-ibu bersalin.

Hari persekolahan 2012 akan bermula pada 02.01.2012 ( Isnin ) untuk Taklimat dan Orientasi pelajar Tingkatan 1 sekolah Intan.  Pelajar lain akan memulakan hari pertama persekolahan tahun 2012 pada 04.01.2012 ( Rabu).

( saya tak faham kenapa bermula hari Rabu bukan hari Selasa…erk…)

Jom kita tengok  JADUAL PERSEKOLAHAN 2012 , sambil merancang cuti, nak kenduri kahwin nak tempah tiket promosi Air Asia..hehehe

# Hari Raya AidilFitri 2012 dijangka pada 19 & 20hb Ogos sewaktu cuti pertengahan penggal ke 2.

CUTI GANTI TAHUN BARU CINA 2012 DAN HARI RAYA HAJI 2012

Tarikh raya cina pada 23 & 24 Januari 2012. ( Isnin dan Selasa ). 

Bagi negeri yang hari minggunya Sabtu dan Ahad, cuti raya cina bermula dari 21/1/2012 hingga  29 /1/2012 .   26 & 27 Januari adalah cuti yang perlu diganti.

Bagi negeri yang hari minggunya Jumaat dan Sabtu, cuti raya cina bermula dari 20/1/2012 hingga 28/1/2012.  25 & 26 Januari adalah cuti yang perlu diganti.

 

 

Tahun depan hanya Intan seorang yang masih bersekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan terikat dengan jadual cuti  persekolahan 2012.  Cutinya sudah tidak selaras dengan Along dan Angah. Susah juga nak merancang.

Suami saya merancang pulang bercuti ke Malaysia juga berpandukan kepada cuti persekolahan supaya dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

Sumber rujukan Takwim Sekolah 2012 – Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia ( www. moe.gov.my )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Jadual Persekolahan 2012, Cuti Ganti Raya Cina Dan Raya Haji 2012

Comments are closed.