Tak tau kerjaya apa yang patut saya buat,sakit otak dah fikir,apa yang saya minat,apa hobi,apa kebolahan….tak tau juga
– Nursyafiqa
Terimakasih Nursyafiqa dan maaf kerana kelewatan saya membalas . Ramai sangat orang beratur kat Kaunter Pertanyaan i lost my feeling sehari dua ni. Saya tak pasti tahap dimanakah kedudukan sakit otak yang Nursyafiqa alami kerana tidak dinyatakan secara terperinci. Maksud saya masih dibangku sekolah dan sedang memilih bidang yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran? Lepasan pusat pengajian tinggi ? Sedang memilih pekerjaan baru atau sudah 5-6 tahun bekerja?
Jadi saya boleh rumuskan secara umum.
Apa nak buat? Perkara pertama yang perlu dibuat dalam proses perancangan kerjaya adalah penilaian diri .
Kumpul maklumat tentang diri sendiri dalam rangka untuk membuat suatu keputusan kerjaya. Penilaian diri harus merangkumi perkara-perkara berikut : keperluan, minat, keperibadian, dan keterampilan.
Keperluan – Hal yang paling penting untuk dipertimbangkan ketika anda memilih pekerjaan seperti pencapaian, status, dan kepuasan . Jika tidak, kemungkinan besar anda akan menyukai pekerjaan tersebut tetapi tidak berjaya kerana tidak bebas dalam pekerjaan di mana setiap tindakan ditentukan oleh orang lain.
Minat – apa yang anda sukai, iaitu bermain golf, berjalan-jalan atau berkumpul dengan teman-teman. MInat adalah proses menilai seseorang suka dan tidak suka daripada pelbagai kegiatan, benda, dan jenis orang dan mengikut data, orang yang mempunyai minat yang sama sesuai berada dalam lapangan kerjaya yang sama.
Keperibadian – sifat-sifat individu seseorang, tahap motivasi diri , keperluan, dan sikap . Cara kita bergaul, berfikir, menilai, dan perseptif dengan sesuatu persekitaran.
Keterampilan – kegiatan anda yang menonjol seperti menulis, pengaturcaraan komputer, mengajar atau kerja-kerja sukarela. Anda harus melihat pada kelebihan dan kemahiran yang dimilik serta anda menikmati apa yang anda lakukan.
Apa yang seharusnya anda lakukan adalah senarai kerjaya yang sesuai berdasarkan penilaian diri anda. Bila anda telah membuat beberapa pilihan , anda harus mulai untuk mengumpul maklumat tentang kerjaya yang akan meliputi keterangan pekerjaan, prospek dibidang tersebut , keperluan pendidikan dan latihan yang diperlukan. Selepas itu anda boleh membuat keputusan tentang apa yang diperlukan untuk mengejar kerjaya tersebut.
Ketika melalui proses penilaian diri sangatlah penting untuk mempertimbangkan hal-hal lain yang akan mempengaruhi pilihan kerjaya anda. Misalnya, anda harus mempertimbangkan tanggung jawab keluarga anda dan kemampuan anda untuk membayar pendidikan atau latihan.
Anda juga harus ingat bahawa penilaian diri adalah langkah pertama dalam proses perancangan kerjaya. Setelah menyelesaikan tahap ini, anda perlu pergi ketahap yang berikutnya, iaitu menerokai pilihan anda sebelum membuat pilihan untuk menentukan apakah ianya sesuai.
©Kujie – bersambung dikeluaran akan datang, jika tuan blog rajin menulis panjang-panjang macam ni lagi.
Terimakasih Nursyafiqa ( anak saya nama syafiq ) kerana sudi menulis dan menghubungi saya dan saya berharap ianya sikit sebanyak dapat merawat sakit otak tersebut. Untuk menghilangkan terus sakit otak tersebut, mari kita tanya kawan-kawan dan pengunjung lain apa yang mereka boleh bantu. Saya hanyalah surirumah sepenuh masa dan tidak bertauliah dalam bidang tersebut. Saya hanya mampu sekadar mendengar luaran rasa dan cuba meringankan kekusutan fikiran.
p/s – tajuk entri pun boleh sakit otak nak faham..Â
salam kak jie.., saye mempunyai masalah untuk memilih kerjaya saya nanti.saye cukup minat nak jadi engineer f1 tapi saye x yakin dengan keputusan spm saye samada layak ataupun tidak. tolong saye kak jie.
salam
cuba masuk facebook ni – https://www.facebook.com/HalatujuPendidikanSelepasSpm
atau di sini – http://halatuju.com/main/?page_id=1476
boleh berbincang dan cari maklumat yang lebih sesuai
Ganasnya kak! Sekarang ini dah boleh tulis buku bagaimana nak cari kerjaya. LOL 😀
.-= tekkaus´s last blog ..8 Truths About Viagra That You Might Not Know… =-.
Minat berpotensi membentuk cita-cita.
Cita-cita mencerminkan minat…
Dan usaha memungkinkan kita untuk mencapai cita-cita itu…
Perkongsian yang menarik……terutama bagi yang masih tercari-cari bagaimana nak pilih kerjaya.
Baguslah kalau sambung lagi….musim pelajar nak berjuang untuk menentukan masa depan…..
.-= Kak Long´s last blog ..Gadis Melayu tu siapa? =-.
Nice r kak jie. Thanx 4 da sharing! 😉
Lagi satu kena berani mencuba pelbagai bidang akhirnya pasti kita bertemu apa yg sesuai dengan kita cuma kadang yang sesuai tu belum tentu lumayan tapi yang kurang sesuai boleh bagi income lumayan jadi pandai-pandailah pilih nak mana satu tu…
.-= denaihati´s last blog ..Cinta KeAMANan Benci PePERANGan =-.
Ada cadangan. Tapi mungkin cadangan ni boleh buat sakit otak je. X yah la.
.-= Dr House´s last blog ..Sorotan berita Malaysiakini =-.
Yang baik dikongsi2kan….. biar boleh buat pedoman dan juga rujukan.
remaja ni kita kena bagi pandangan
diikuti dengan sokongan
dorang memang perlukan tu ..
kadang2 nak tanya pendapat
direct ngan mak ayah dorang rasa susah/kekok
tu yang kadang2 .. dorang cari orang lain
bagus Jie dah tolong selesaikan
sedikit sebanyak persoalan remaja ni ..
*
kak, kat kaunter ramai lagi tak? klu kenal dgn orang kat kaunter boleh potong line tak? (he3).
kerjaya, pilihlah yang diminati dan punyai peluang jauh untuk diterokai jika punyai visi yang panjang dlm kerjaya tersebut.
kak jie memang handal bab kaunseling ni. nak tahu juga rahsia untuk menjadi seperti kak jie. ya lah macam ada persefahaman apa yang diminati, cuma masih dok belajar lagi.
.-= megat´s last blog ..Fanatik Siber, Punca Utama Gejala Sosial? =-.
psst: kalau kes di sana menunggu, di sini menanti cam ner lak ek?
dipersimpangan antara 2 gadis, atau 2 balak lak. huhuhu
heheheh
(psst: soalan menggatal dari siapa tah tu..wakakakka)
suka makan kambing panggang tp boleh di jadikan kerjaya sebab takder kandang kambing hehe
.-= haritz´s last blog ..Jangan Sentuh Kepala Aku! =-.
@haritz, orang yang tak suka makan ikan air tawar sesuai ternak ikan lah ye 😆
Hohoho!
Kekadang kita nk jd begitu begini tetapi
akhirnya kerja lain. Walo apa pun kena
pastikan kita menyukai keja itu kerana
ia akan menyebabkan kita rasa puas.
.-= Eriyza´s last blog ..Kita Bertemu Kerana Ilmu =-.
@Eriyza, sebab itu perlukan minat supaya apa yang kita nak buat lebih bermaksa dalam kehidupan..nak kenal minat, itu ada dalam diri masing2
sha akan fikir masak2 apa yang sha nak buat bila sha dah tau apa yang ada dan tak ada dalam diri sha.
jadi sha setuju sangat dengan apa yang kak jie cakap tuh.
tp selalunya kita hanya merancang. macam2 boleh jadi dan kita kena sentiasa bersedia dengan perubahan;)
lagi2 bila merancang dari bangku sekolah nieh;)
.-= cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: what is pucuk tetek? =-.
@cheryna, kena belajar terima apa yang dirancang tidak semestinya berjaya.
betul kata nursyafiqa, kekdg kita taktau apa minat,kebolehan dan kemahuan diri sendiri. Nasihat kakjie buleh dijadikan panduan.
.-= julietchun´s last blog ..Mujur selamat =-.
@julietchun, sebab tu kena ambil tau… he h ehe…bukan senang nak buat kalau ada pilihan..kalau tak de pilihan senang….sauk je apa yang ada 😆
Hari ni hari Khamis 😉
Khidmat runding nasihat yang sungguh baik dari seorang suri rumah bertauliah 😎
Agaknya Kak Jie menaip sambil dengar lagu Dewa, Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu
.-= iza~de~bintang´s last blog ..Flora Cinta… =-.
@iza~de~bintang, suri sumah bertauliah… he he he 😆
tak tahu pun lagu tu, lepas iza bagitau baru kak jie cari kat youtube
:p
taip entri awal pagi kala hujan gerimis
Salam hormat wahai kujie.
Hampir keseluruhan proses kehidupan kita ditentukan oleh keadaan sekeliling.
@Abang Long, Betul… banyak faktor yang mempengaruhi
kita tak boleh ikut standard orang lain
kebiasaannya, ada beberapa jenis test yang selalu digunakan untuk menentukan personaliti diri.. test2 ni kurang dilakukan di malaysia.. test ini biasanya digunakan sebagai petunjuk ke arah manakah kecenderungan dan hala tuju diri.. salah satu test yang baru sahaja saya cuba sendiri ialah MBTI test.. boleh google sendiri..
@beliamuda, betul tu, buat test utk tentukan penilaian diri. Hanya kita yang kenal diri kita… orang lain cuma dapat memberi panduan
wah! dah boleh jadi perunding kerjaya pulak kak jie! ke perunding untuk mengurangkan sakit otak??
apepon terpulang pada individu kan? susah jugak sebenarnya nak puaskan setiap sudut hati 😉
.-= mrs azmi´s last blog ..angin monsoon =-.
@mrs azmi, kunci utama, redha
baru kita rasa tenang apa yg kita buat
tapi kes ni dlm persimpangan dilema
kalau macam orang biasa kena timbangkan tanggung jawab keluarga dan kemampuan anda untuk membayar pendidikan atau latihan.
orang kaya lebih memerlukan kepuasan diri tetapi ada orang bekerja lebih kepada tanggungjawap.
@Kujie, klu dah tatau nak watpe rasenye jalan terbaik banyakkan solat hajat n solat istikharah kan?
sekurang2nya dapat meredakan gelodak hati yang tatau nak kemana..
betul jugak kakjie cakap kunci yang paling penting… jangan hilangkan tau!! redha dan sentiasa berserah pada yang maha esa..
Ni kira hari bertemu pelanggan juga lah ni kan. Good advice
@kruel74, soalan dia menarik utk dijadikan satu entri…. 😉
ok apa kak, suri rumah sepenuh masa yang tak bertauliah boleh tulis macam ni, kira hebat la kak jie.. teruskan! 😉
@luth textile, awak tahu tak, jiran saya seorang suri rumah sepenuh masa, dia berkelulusan luar negara dan bekas executive sebuah bank .
itu suri rumah jiran kak jie lah…. bukan kak jie
@Kujie,
Pengalaman guru yang terbaik…
Segala panduan diberikan tu, silap2 kalah kaunselor dibuatnya… 😆
.-= Kak Long´s last blog ..Gadis Melayu tu siapa? =-.