Tidak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia atau bantuan Tayar Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang dibincangkan secara meluas di seluruh laman sosial ( web, facebook atau twitter ) Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah yang diagihkan sejak 24 April hingga 2 Mei, tak ramai yang sedar,
Saya boleh faham kerana saya sendiri pun tak tahu… hihihi sehinggalah adik telefon dari kampung minta nombor akaun bank. Bab getah, pekebun atau pertanian bukan isu mainstream di laman sosial.
Atau mungin bantuan ini tidak diumumkan oleh PM. Ini adalah kali pertama bantuan khas ini diberikan oleh RISDA sejak 40 tahun penubuhan Risda. Pengerusi Risda, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik kata bantuan khas ini adalah salah satu program di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Tanpa didedahkan dalam perbentangan belanjawan baru-baru ini, tetiba saja ada peruntukan yang diberi nama Pemberian Bantuan Khas Kerana Kejatuhan Harga Getah . Pemilik kebun kecil getah berkeluasan 2.5 hektar diberikan RM 500 sebagai bantuan sara hidup.
Sebanyak RM160 juta telah diperuntukkan kepada 320,000 pekebun kecil getah seluruh negara dan sebagai pemilik kebuh kecil getah, kebun kami pun layak mendapat RM 500 tersebut.
Ini anak-anak getah kebun sekangkang kera kami – gambar tahun 2011.
Sebelum tanam semula getah, kebun kami ditanam rambutan, dokong, cempedak, durian, langsat, manggis, petai dan pelbagai jenis buah dan sayuran. Ini gambar tahun 2008 sebelum ditebang untuk ditanam getah. Beberapa pokok durian, langsat, dokong dan manggi masih dikekalkan. Untuk makan sendiri anak beranak cucu cicit.
Ramai rakan-rakan blogger bercerita tentang kejayaan mereka dalam pelaburan hartanah, pelaburan emas tetapi kami masih konservatif. Palaburan kami masih kepada tanah.
NOTA : Tahukah anda…. Harga getah telah merosot teruk? Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan … tak ada siapa pun nak datang interview penoreh getah tak macam masa harga tengah mahal.
Salam, tertarik dengan usaha anda. saya baru berjinak2 dgn penanaman getah. Alhamdulillah RISDA beri kelulusan bantuan untuk bantuan tanaman baru termasuk bekalan anak pokok getah. Tapi ade yang bagi nasihat anak pokok getah dari RISDA kurang kualiti. Boleh beri nasihat dan pendapat tak dalam hal ni.
tanah maupun emas merupakan cara yang terbaik dalam berinvestasi
Di samping blogger berkebun juga bagus bagus 🙂
saya ada tanam getah baru .. bukan daripada RISDA atau tajaan mana2 cuma ada modal sikit, ratakan tanah 6 ekar tu, lepas tu tanam semula pokok getah tinggalan arwah atuk .. banyak berjasa
Saya bekerja dalam lembaga getah di bahagian ekonmi ni kak. Memang harga getah gred SMR20 tengah jatuh teruk sekarng ni. Sampai kerajaan kena bagi bantuan RM500 ni kepada pekebun kecil.
Alhamdulillah, saya baru tahu info ini. Tiada promosi mungkin jumlah usahawan getak tidak berapa ramai… hehe…
Rezeki jangan ditolak…
Pelaburan pada tanah, nilainya pasti meningkat, cuma ambil masa yang agak lama. Saya kagum dengan datuk nenek moyang kita yang berpandangan jauh ~ tanah ini untuk anak cucu nanti. 🙂
Alhamdulillah, harga masih mahal. RM2.70 sekilo masih boleh tahan lagi berbanding sebelum kenaikkan yang dulu cuma RM0.80 sekolo. Nak cecah RM1.50 pun susah.
Sekarang macam-macam bantuan diterima. Bersyukurlah pada Allah.
Info yang bagus, kozumi baru tahu pasal Bantuan yang disalurkan ini..
ada juga dengar pasal bantuan ni..baguslah..semua dapat merasa bantuan kerajaan..
saya pun baru tahu..thanks info.. hehe 🙂
maza dapat panggilan dari adik di kampung… disuruhnya maza balik juga hari Khamis ini untuk dapatkan boucer itu.
Namun, maza punyai kekangan waktu dan terhalang untuk pulang. Harap2 bantuan pekebun kecil ini (yg adik maza usahakan di atas tanah pusaka maza sekangkang kera itu) bisa merasa. Barulah kami anak beranak mengerti nikmat mendapat bantuan GTP yang satu ini..
Jika mereka memaksa maza pulang juga dan perlu menghadiri perhimpunan beramai2 di balai raya itu, maza sekadar menelan liur dari jauh sahajalah.
Saya pun baru tahu…hehe..maklumlah, mmg takde pokok getah.. =)
p/s- maklumlah…ramai yg pndg isu “super besar” kat laman social
teringat citer ayah aku yang mana kena bangun awal2 pagi dalam pukul 4 lebih utk menoreh demi mencari sesuap nasi…bila teringat je mesti rasa semangat je nak buat apa2
Harga getah merosot dan sebelah Borneo sana pekebun getah dapat bantuan tetapi tidak tahu kalau pekebun getah di Semenanjung pun dapat juga.
hehe kesian penoreh2 getah.. patutnya adalah orang datang interview.. pekebun getah lagi kaya…. =)
minggu lepas ada keluar dalam buletin utama pasal bantuan rm500 untuk pekebun getah ni..cuma mungkin ramai yang tak sedar sebab tak meluas hebahannya..
mak kite dapat duit tu, terus beli anak pokok getah yanG baru k jie utk tanaman semula
thank kongsi kak jie. tak tau pun psl ni, bleh suruh mak tanya kat risda nih.
masa mahal dulu… masuk menoreh pun boleh bergaya…. biasala kak… adat berniaga… ada turun naik..
Wah.. tak tahu pun.. nanti nak suruh abg tanya kat mek dia.. takut tercicir kang..
Memang rendah betul harga getah sekarang. Dah tak boleh joli dah.
macam mana nak datang interview..sesi temuduga pun tak pernah buat.
berbakti pada tanah adalah lebih baik…..
wan atok kt kpg penoreh getah dr awal kahwin lg smpi skrg atok dah 70 lebih umor dia..dh byk hasil dr menoreh.time getah mahal seronok tgk hasil lps jual..tp time getah turun mcm skrg rsa kesian plk tgk nak2 rmai pencuri getah kt kpg.
Harga getah dah jatuh rupanya.. Patut la takde bunyi2 macam masa harga getah melambung tinggi dulu..
nasib baik ada blogger tanam getah kan.. hihih
tak ada lah dok cerita bab IT bab gadjet terbaru dipasaran je…
getah kalau naik, naik tinggi. kalau jatuh..memang jatuh betul.
memang kena berjimat cermat jika jadi penoreh ni. tapi harta pada ‘tanah’ menjadikan pekebun dan penoreh ni jauh lebih kaya sebenarnya
atok dan wan kt kpg penoreh getah dr mula kahwin smpi skrg umor dh 70lebih..time getah mahal seronok tgk dpt hasil lumayan.slrg getah trun rsa kesian plk tgk atok wan menoreh.diorg tkleh tggl menoreh sbb menoreh pokok getah dh sebati dlm jiwa kot.
saya ada tengok berita pasai pekebun getah akan dapat duit bantuan ni kakjie , tp macam biasalah tk ambik pusing sebab memang semua keluarga saya tkde ladang getah ..
haha kampung aku mana ada getah lagi pokok sawit banyak la