Hari ini topik perbincangan hangat di media sosial adalah GST. Saya pernah membaca sekali lalu saja mengenai GST beberapa tahun dulu tetapi tak berapa faham sangat. Dulu diwar-warkan untuk dilaksana tetapi ditangguhkan atas beberapa sebab. Salah satunya sebab pilihan raya.
GST ini akan dilaksanakan juga sama ada setahun ,dua tahun dari sekarang. Jadi kita kenalah bersedia untuk memahami apa itu GST supaya tak ada salah faham.
Carian di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dibawah tajuk Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)?
GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.
Faham?
Saya kurang faham.
Kemudian saya baca laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibawah tajuk Memahami CBP ( Cukai Barang dan Perkhidmatan )
CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan pada kadar yang dicadangkan 4% ke atas nilai pembekalan.
Garu-garu kepala yang rambutnya dah memutih. Saya baca beberapa pandangan dan pendapat kawan-kawan, lagi jadi bercelaru.
Sebagai pengikut ( follower) Norman_G dan pembaca tegar oskortos.blogspot.com ( siap rekemenkan suami dan anak-anak suruh baca) , saya berharap isu GST akan dibincangkan lebih detail dengan bahasa yang lebih mudah bukan bahasa berprofil tinggi oleh beliau.
Rakyat marhaen macam saya ni , wanita lewat usia memang susah nak hadap istilah bombastik fantastik tu.
Selepas membaca entri GST di blog oskortos, fahamlah saya sedikit, walau pun tidak banyak . Antara point penting yang perlu diberi perhatian adalah
- GST ialah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan .
- Selama ini kita dikenakan SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
- GST ini akan mengantikan SST.
- SST ini biasanya kita nampak pada bil Astro, bil telekomunikasi, internet, McD, Pizza atau KFC ( sila kembalikan hot & spicy , kami tak suka kpop) pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).
- GST yang dicadangkan adalah pada kadar 4% iaitu lebih rendah daripada SST .
- GST belum dikenakan lagi atau belum menjadi akta, masih peringkat mengubal.
Ingin Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Apa bezanya GST dan SST?
- GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada termasuk barangan yang diimport. Cukai GST ini dikutip setiap kali transaksi berlaku. ( Yang ni saya tak berapa faham)
- SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda dan tidak menyeluruh.
- GST untuk setiap barangan dan perkhidmatan kecuali ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam dan juga ubat-ubatan.
Setakat ni saya dah faham konsep GST ni. Jom kita sambung sikit lagi…
Kesan GST
- Ada barangan yang akan meningkat harga dan ada yang akan turun sedikit
- Cukai yang turun adalah cukai yang selama ini kita kena bayar 6% seperti bil Astro, McD dan telekomunikasi.
- Barang yang dulu tak ada cukai seperti barangan elektrik dan komputer akan dikenakan cukai 4%. Nampaknya macam ada banyak barang yang akan naik!
- Cukai akan lebih banyak dikutip.
OK, fahan setakat ini. Sebelum kita melihat GST ini secara lebih jauh, kena faham tu apa itu GST.
Kenapa nak tukar SST kepada GST ? Baik ke GST ni berbanding SST ? Betul ke Tesco dah kenakan GST seperti yang dihebohkan di Facebook ?
Soalan ni kenalah baca lengkap di entri GST di blog oskortos. Kalau ada soalan, silalah bertanya kepada Saudara Norman Masdar di sana.
Nota : saya yang tua kerepot pun masih nak tahu tentang GST ni, anda yang muda-muda tu janganlah cakap malas nak ambil kisah..anda adalah generasi yang akan membawa hala tuju negara. Kalau bukan negara pun sekurang² keluarga sendiri.
ini mengenai pajak ya,,,
terima kasih infonya
tamo tax langsung… buleh? ini kalilah ~
assalamualaikum…
ohhhhhhhhhhh begitu ceritanya.
tapi nasib baik just menggubal je.
tu mereka gaduh kat fb tu semua tak betul kiranya?
Terima kasih kak jie atas pencerahan ni. Tak dapat hadam semua, tp dapatlah faham serba sikit…kena tmbah homework lagi lepas ni.. =)
Ayat last kak jie tu yg best, sedih plak baca beberapa blog yg main tulis jer tanpa ada rasa nak mencari fakta sebenar dan ‘harga’ sebenar barang sekarang. Main bubuh janji dapat lepas geram agaknya.
Thanks kak jie 😛
Emm apa ni..agak pening gak kepala nk faham ni..hehe
kadang terfikir jugak, cukai gov 4-6%, kalau ada asb dapat la 8%, lepas tolak dapat la 4%, penat jer simpan kat asb..huhu
Setiap benda akan dikenakan cukai dan sudah pasti menaikkan harga sudah tentulah rakyat akan marah. Harga minyak semakin naik. Harga kereta antara termahal. Macam mana rakyat tak marahkan.
gua tak berapa kesah. bayar aje. Selag gua mampu. Selagi duit GST ada 1% untuk kebaikan manusia di malaysia.
apa pun dia, harap tak membebabnkan rakyat..
saya masih tak faham kenapa kena tukar ..
Shortform nya yang sama buatkan orang keliru..Soon, soon, gst akan introduce ke?
Praktikalnya GST memang tidak sesuai untuk negara kita. masyarakat akan dibebani dengan ‘cukai pukul rata’ ni. Menggunapakai GST bermakna kita mengurangkan jumlah subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan, sedang kita sendiri adalah pembuat bagi barangan tersebut. Kenapa perlu membebani rakyat dengan GST sedang cukai perkhidmatan, cukai pintu dan pelbagai jenis cukai lagi sedang bermaharajalela?
mencari info pasal gst ni..dah agak dah blog kak jie first kat google..hehe..sebab saya ada nampak semalam kakjie post pasal ni..tak sempat nak baca..blog oskortos first time dengar,,boleh layan la..
Kak Jie,
Tak pernah belasah lagik ayam kpop tu. lama tak jengah kfc sebenarnya.
Btol yg nizam cakap.
GST mmg blom dilaksanakan. Cuma tiba-tiba pasal isu parking tu, semua kecoh. Cuma ada setengah kita tak paham term SST (yg sekarang Hotel 16% kan. 10+6%) & GST.
Eg; Singapore mmg dah implement GST. Harga barang2 mmg dah masuk dengan tax. So tak merasa terbeban sangat bila tengok price tag sebab dah “what you see, what you pay..”
GST….yang pentingnya cukai berkenaan tidak membebankan pengguna…
hi kak Jie..lawa nyeee header baru! hehe.. lama gak sha x jenguk blog kak Jie…anyway Goods and service tax (GST) ni jika digunapakai pun hanya berkadar 4% je dan secara automatik Sales tax and Service Tax (SST) tidak akan lagi digunapakai.
sebelum ni pun kita bayar 6-10% utk SST bila pegi makan KFC/MCD , etc tapi ok je kan..orang kata, alah bisa tegal biasa
so back to GST, bagi sha is a good thing. kita akan nilai balik keperluan utk beli barang mahal2. bertambah mahal barang tu bertambah tinggi GST tu. berpada-padalah berbelanja. ukur baju di badan sendiri….
Sokong!! kami nak hot & spicy balik..hahaha..sekarang ni orang main percaya je apa yang disebarkan di internet..bukan nak buat kajian
lepas pru ni, makin byk bahan nak kena baca &study blk ni..
GST dalam resit parking tesco itu merujuk kepada Government Service Tax (6%)
salam kak kujie..lama sungguh tak jenguk sini.. kak kujie sihat?
Pendapat saya GST ni digunapakai sebagai salah satu langkah bagi mengurangkan hutang negara. Almaklumlah perbelanjaan melebihi pendapatan. Sekadar pandangan tak berapa pandai dari saya.
kurang paham jugak..yang sst tu..selama ni dok panggil gov tax gitu je..6%..mungkin perlu lebih bacaan tentang GST ni.
hmm harap tidak menindas rakyat berpendapatan rendah 🙂
Mohon pencerahan kurang faham dengan gst. Beberapa kali cuba diketwngahkan tetapi beberapa kali ditangguhkan. Harap perlaksanaannya kelak tidak membebankan rakyat.
dah lama x singgah sini, hijau pla theme blog nih, hehehe, sori lari tajuk
GST? …
Masih tak faham.
InsyaAllah … nanti saya baca semula ya artikel blog ni, sekarang time exam, tak fokus nak baca blog blogger lain.
Jangan risau ya Kak Kujie, nanti saya datang lagi.
Habislaa barang elektrik naik .. jom serbu kedai elektrik cepat2 ! hehee . Kalau Astro turun alhamdulillah 🙂