Pernah gunakan MNP ? MNP = Mobile Number Portability Ingat iklan Harith Iskandar tu?
MNP ialah kemudahan alih nombor yang membenarkan pengguna boleh menukar pengendali talian telekomunikasi masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu mengubah nombor telefon sedia ada.
Saya adalah pengguna pra-bayar Celcom sejak zaman ART 900 menggunakan nombor awalan 010. Sebab utama saya setia dengan Celcom adalah liputan. Saya bukan tinggal di bandar yang memberi banyak pilihan untuk memilih syarikat rangkaian mudah alih sesuka hati.
Pada pendapat saya, semua syarikat rangkaian mudah alih ada kebaikan dan kekurangan masing-masing bergantung dimana lokasi kita berada. Perbandingan harga akan menjadi perkara kedua selepas membuat bandingan liputan pada lokasi pengguna.
Tak berbaloi untuk memilih yang termurah sedangkan liputan nyawa-nyawa ikan.
Berbelas-belas tahun bersama Celcom, tiba-tiba suami saya bertugas di satu lokasi dalam hutan yang hanya syarikat Maxis saja mempunyai liputan. Itu pun sangat terhad melalui satelit.
Kawasaan kerja meliputi radius 10 kilometer tetapi liputan hanya sekangkang anak kera disekitar pejabat tapak projek. Mereka gunakan walkie talkie untuk berkomunikasi di dalam kawasan kerja. Untuk menggunakan talian telefon dengan orang di luar, perlu berada di kawasan pejabat tapak projek dan kawasan rumah pekerja.
Nak tak nak , saya terpaksa membuat MNP salah satu nombor Celcom yang ada ke Maxis.
Bagi pengguna biasa, anda hantar perlu ke cawangan Maxis dan isi borang untuk membuat perpindahan syarikat pengendali telekomunikasi mudah alih tanpa menukar nombor yang sedia ada. Tetapi nombor yang saya ingin tukar adalah subline.
Saya ada 2 nombor dalam satu akuan – A sebagai mainline dan B sebagai subline. Untuk menukar B kepada syarikat lain saya perlu jadikan B sebagai mainline.
Pergi ke Celcom, pisahkan dua nombor ini kepada akaun yang berasingan. Untuk maklumat, seorang penama boleh mempunyai lebih dari satu akaun.
Selepas akaun dipisahkan, B menjadi mainline tunggal. Kemudian pergi ke Maxis untuk membuat proses penukaran pengendali talian telekomunikasi.
Untuk membuat penukaran MNP , pergi ke cawangan Maxis dan isi borang.
Pilih plan yang dikehendaki. Saya masih memilih plan pasca-bayar.
Kemudian tunggu SMS untuk memberitahu supaya menukar SIM kad kepada Maxis. Sebelum mendapat SMS ini, jangan tukar Sim Kad .
Saya perlu bayar RM30.00 untuk bertukar dari Celcom ke Maxis.
Satu atau dua hari kemudian , kita akan dapat SMS untuk mengaktifkan SIM Kad Maxis. Selepas tukar, ada tempoh 2 jam sebelum boleh digunakan perkhidmatan seperti biasa.
Apa syarikat pengendali komunikasi korang? Kongsilah baik dan buruk menggunakan syarikat tersebut. Mesti pataripatmalam cerita tak habis, kan… hihi
Kami mula menggunakan telefon bimbit pada tahun 1991 dengan Motorola 8500 yang sebesar batu bata. Beg tangan sayalah yang menjadi tempat untuk disorokkan kerana orang ingat kami bawa air dalam botol budak-budak.
saya mula2 dulu guna Nokian 3310 je tu pun beli nga orang charger tak bagi hidup2 kena tipu
Nak tukar ke maxis kena bayar caj :/ hurm
P/s : banyak typo dalam artikel ini.
Mula2 guna hp dulu (2002), saya guna hp jenama alcatel one touch easy second hand je. Masa tu hp tu cuma mampu terima gelombang GSM900 dan ketika itu plak hanya celcom (019) dan maxis (012) je yg menawarkan perkhidmatan ini.
Kebetulan masa tu tidak spt hari ini, harga starter packnya boleh buat bayar ansuran motor kapcai. Saya masih ingat lg, pada mulanya, saya bercadang nak guna talian maxis, tp oleh krn harga starter packnya masa tu bernilai RM234.00, saya terpaksalah guna celcom yg harga starter packnya lebih murah, yakni RM140.00 sahaja.
Tapi yg peritnya plak, ketika itu celcom menggunakan sistem teknologi dwikad, akses rangkaian dan kredit panggilan. Masa tu plak nilai terendah bagi dua2 kad ini adalah RM50.00 utk tempoh 30 hari. Azab beb!!
Hurmm…seingat saya dulu 2001 macam tu..celcom tak popular lagi sebab masa tu ramai pakai TMTouch (013)…sebelum di tukar ke celcom.. dan TIMEcel (017) yg ditukarkan kepada maxis…
P/s: teringat zaman tu pakai nokia ada antenna, nokia butterfly 7210, 8210, 3210 (game snake), 3310..tapi skarang dah pupus… 🙁
Agak rumit juga untuk dipahami
terima kasih infonya
Saya paka Samsung ACE. Takleh nak upgrade. Huuu sedih.
saya pakai celcom…kemudian pakai maxis saja nak try then tukar ke maxis balik..kecewa dengan maxis…agen yang saya daftar tu tipu….saya mintak pakej lain dia buat pakej lain… terpaksa la jugak bayar…walaupun tak guna.
Saya puas hati dengan celcom…kalau lebuhraya timur barat. Line maxis takde, celcom full bar.
Sejak pertama kali memiliki telefon bimbit, Ericson Hotline 010, baterinya sebesar begtangan makwe masa tu, ke NOKIA Cityman, ke NOKIA 2110 ke Nokia Banana (8110), NOKIA Banana GSM, NOKIA 8850, ke NOKIA e5, NOKIA E7 dan terkini iPhone 4 dan iPhone 4s serta iPad 4G…saya menggunakan perkhidmatan MAXIS.
Nota:- Dulu saya pekerja Binariang Sdn. Bhd.
Oh maza masih setia dgn Celcom utk cakap2..
utk bermain layar2.. maza gunakan Maxis broadband.. hehehe
cuma kebelakangan ini talian broadband itu mcm nyawa2 ikan juga.. kejap ijaw, kejap bilu lorrr.. kekadang langsung lampunya tak nyala2.. aderkkkk
nak kena babap ni.. uhuk!
Saya sudah beberap kali buat porting. Maxis – Celcom – Maxis balik. Salah satu sebab adalah liputan. 🙂
Terima kasih untuk info ni,kalau tahu lebih awal cara ni,mungkin saya dapat kekalkan nombor pasca bayar celcom
sy 3 kali buat MNP kak..dr celcom (prepaid) ke digi (postpaid) n skang setia ngan maxis (postpaid)..tp hajat di hati rs nak tukar balik ke celcom semula..hehe
Saya hanya pernah guna Maxis dan Celcom, dua-dua okay overall.
Saya pernah buat mnp ni waktu bertukar dari celcom (eh samalah cuma saya guna 9 tahun lebih jer) ke digi, proses perpindahan tidak begitu susah sebab celcom saya pakai prepaid dan digi baru tukar kepada line.
henpon botol air.. hehe.. saya start pakai henpon tahun 2000.. time tu pakai TMTouch.. sekarang pakai Maxis dan Celcom.. tak pernah lagi main tukar2 macam ni.. tukar Celcom prepaid ke Celcom postpaid je pernah
kalau dah tukar MNP ni, boleh tukar balik ke ke provider asal? saya pakai Celcom dari dulu.. so far coverage okay. 🙂
saya dari 2007 pakai maxis..tak pernah tukar lagi
kak jie, penggunaan bateri ada beza tak selepas upgrade bagai tu? Saya tak pernah upgrade pun lagi..hehe
setakad ini dia cakap tak ada masalah
oh yeke..sebab ada promoter cakap haritu jangan update sebab nanti makin kuat makan bateri..
Pertama kali guna HP tahun 1997 tapi masa tu dak kecil saiznya tapi coverage tak bagus mana pun.
mesti bro denaihati guna nokia 3210…hehe
zaman henpon botol air…
tapi akak masih ingat ek model apa..
(dayah tak ingat dak..ingat jenama motorola je…)
tapi tepon tu masih ada,sentimental value kan…
hihi
wahh..awal gila pakai handponnn..
Kenapa tak pakai no baru untuk digunakan disana….
Itu lagi senang sekiranya ianya bertujuan untuk short term. Tapi kalau bertahun, rasanya mungkin berbaloi.
Bro pengguna maxis, walaupun kenkadang tak berpuas hati dengan customer service dorang 🙂
projek kat sana tahun 2015 baru siap. kalau guna no lain, kena ada dua telefon dan dua nombor maxis. no yang ada tu sayang nak tukar…nombor cantik dah guna berbelas tahun …. perlukan contact dengan kawan/customer/network kerja .
katakan bila kita dah tukar dari celcom ke maxis prabayar… tiba-tiba kita nak beralih arah ke line, kita takkan dapat semula no asal kita rasanya…
rasanya kena bayar kalau tukar lagi sekali… belum tanya belum ada pengalaman
kena tempuh pengalaman tu atau ada sesiapa yang pernah buat, boleh share pengalaman.
saya pernah kak jie..masa dulu saya dari maxis prabayar tukar ke celcom line guna no sama..tapi bila nak tukar ke prabayar semula no asal tak dapat…
Salam,
Ohhhh thanks kak for sharing, sebelum ni ada nak tukar tapi proses tak tahu, tapi dulu jeler, tak jadi nak tukar heheee
kalau akaun tunggal..tak ada masalah , pi saja mana2 cawangan
tapi nombor yang kak jie nak tukar tu dia subline – dok dalam satu akaun dengan nombor yang nak dikekalkan.
pasai tu proses dia kena pi sana kena pi sini… kena buat step pertama jadikan dia mainline dulu.