Saya terima beberapa email bertanyakan pelbagai soalan ‘masa depan’. Anak-anak yang baru mendapat keputusan SPM mencari maklumat mengenai hala tuju selepas SPM.
Yang dapat keputusan cemerlang, dia ada banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Nasihat saya mohon kos yang anda minat dan anda mempunyai kebolehan di bidang tersebut. Dua perkara ini perlu seiring.
Yang sederhana, boleh memohon bidang yang sesuai dengan keputusan.
Keputusan saya SPM saya tak cukup syarat untuk memohon melanjutkan pelajaran, saya tidak minat untuk belajar lagi, saya dari keluarga susah tidak mahu melanjutkan pelajaran, saya ingin bekerja selepas SPM dan beberapa keadaan lagi.
Saya terima email dari seorang anak muda yang bercerita dia mendapat keputusan yang tidak begitu baik dalam SPM dan ingin bekerja tetapi dia tidak tahu nak mulakan dari mana.
Bagi yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dan ingin bekerja, saya sangat mengesorkan anda mengambil latihan kemahiran supaya anda mendapat kemahiran kursus yang terancang. Tiap orang ada jalan hidup dan bidang kerja masing-masing. Kalau pun tidak cemerlang di bidang akademik, tetapi biarlah memasuki dunia pekerjaan dengan kemahiran yang tertentu.
Salah satu tempat yang boleh anda cuba adalah di Akademi Binaan Malaysia ( ABM)
Akademi Binaan Malaysia
Terbuka kepada golongan belia berusia 16 tahun ke atas yang telah tamat belajar. Program kemahiran belia disediakan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB disalah sebuah daripada 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak diseluruh Malaysia.
ABM menyediakan kelengkapan kepada pelatih secara percuma, antaranya (kasut,baju dan topi keselamatan) untuk digunakan dalam kerja-kerja bengkel dan di bilik kuliah.
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran sebanyak RM 80
Deposit asrama = RM50
Urin test = RM30 .
Senarai Kursus
- Building
- Crane Operation
- Plant Operation
- Industrilised Building System
- Civil
- Blasting & Painting
- Mechanical & Electrical
- Non Destructive Testing
- Drafting
Tempoh Kursus
1-3 bulan- bergantung kepada kursus yang diambil.
Cara memohon
Walaupun permohonan boleh dibuat secara online, saya cadangkan telefon ABM yang berkenaan untuk menyemak kekosongan tempat.
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Tel: +603 9200 2008
Fax: +603 9200 2009
Pegawai Untuk Dihubungi:
Hasmawati Hasnan / Aswat Ahmad
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Tel: +6088 430 615/614
Fax: +6088 431 359
Pegawai Untuk Dihubungi:
Sabdani Manjidi / Razalee Dulaip
Akademi Binaan Malaysia Sarawak
Tel: +6082 446 700
Fax: +6082 442 700
Pegawai Untuk Dihubungi:
Abg Mohd Annaafi Abg Ibrahim / Faezah Sabil
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Tel: +609 681 8327
Fax: +609 681 8329
Pegawai Untuk Dihubungi:
Mohd Zaki Ismail / Che Nor Fadzilah Che Mahmud
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Tel: +604 924 2200
Fax: +604 924 1100
Pegawai Untuk Dihubungi:
Siti Zaiton Abu Bakar / Lariza Sharif
Akademi Binaan Malaysia Selatan
Tel: +607 238 8152
Fax: +607 234 5808
Pegawai Untuk Dihubungi:
Shahid Nansok / Mohd Zaidi Rahmat
Boleh klik dapatkan maklumat lebih lengkap di laman web Akademi Binaan Malaysia
Satu lagi pilihan yang ada ialah memasuki Kursus di Kolej Komuniti. Boleh ambil Sijil Kolej Komuniti ( SKK ) atau Diploma Kolej Komuniti .
- Tempuh pengajian untuk sijil antara 16 -24 bulan bergantung kursus yang diambil.
- Selain memohon secara online, pemohon boleh datang sendiri ke Kolej Komuniti yang dikehendaki.
- Pelajar yang layak akan menerima elaun setiap bulan.
- Kursus yang ditawarkan seperti Sijil Landskap, Sijil Kulinari, Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dan banyak lagi. Semak kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti di laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Ini adalah 2 contoh pusat yang menawarkan kursus pendek peringkat sijil yang membolehkan anda mempunyai kemahiran untuk terlibat di dunia pekerjaan.
Nota : ada yang email dan panggil saya cikgu… saya bukan cikgu ye anak-anak, saya makcik suri rumah yang ada anak remaja seperti korang .
Orang rumah saya bekerja sebagai pensyarah di Kolej komuniti. Kat kolej komuniti memang banyak kekosongan lebih-lebih lagi kat tempat saya ni di area Jelebu. Kalau mohon memang on the sport diterima. Kalau sekarang ni rasanya kemasukkan dah ditutup. mungkin next intake boleh mohon.Kolej komuniti ni yuran murah, dapat elaun tiap-tiap bulan dan dapat duduk kat hostel lagi.
Jom terjah post menarik dari Faizul Ali ..Jika bisnes sudah ada sistem,semuanya mudah dan lancar!
Terima kasih kepada Kak Jie kerana berkongsi info.
Banyak sebenarnya peluang untuk berjaya dalam hidup ini.
Kita kena sentiasa peka dan menggali peluang yang ada
selamat pagi cikgu kujie
hehe
kadang² pelajar² tak cukup pendedahan halatuju selepas SPM
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Denaihati, dari maya kepada fizikal
bagus gak ABM ni. elok sangat tu untuk budak-budak sekarang.
Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cikgu, kenapa saya gemuk?
Banyak peluang sebenarnya dalam hidup ni.
Jom terjah post menarik dari profhariz ..Rugi ! Rugi ! Rugi ! Rugi Dunia Dan Akhirat
Byk peluang yg ada samada terus melanjutkan pengajian mahupun tumpuan utk terus asah bakat…
moga anak2 muda kita berjaya!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Cara Jahit Baju Kurung Moden
Kurang cemerlang dalam SPM bukan pengakhiran segala-galanya.. Bagus cadangan kak jie ni.. Sekarang banyak syarikat yang mencari-cari skilled staff (company saya salah satu) hihii..
Jangan cepat putus asa ya adik-adik.. Banyak jalan untuk berjaya, yang penting ada kemahuan.. Chaiyok!!!
Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..38 Pengguna Berkongsi Manfaat ESP Shaklee
cadangan yang cukup bagus bagi mereka yang mendapat keputusan cukup2 makan.
SPM bukan penentu kehidupan.Ramai yang berjaya walaupun SPM mereka sekadar cukup makan sahaja.
Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..Ninetology Dan Qualcomm Bergabung Untuk Berkembang Ke Seluruh ASEAN.
Padat dgn maklumatlah entri ni, kak jie. Saya share! Terima kasih kerana berkongsi.. 🙂
Sebenarnya, ada yg ingat bila “buruk” keputusan SPM, maka “buruk”lah masa depan mereka. Sedangkan realitinya tak begitu. Banyak lagi peluang2 lain yg terbuka diluar sana. Bukan semata2 bergantung kpd keputusan spm je..
Jom terjah post menarik dari ctfand ..Bayi Tak Mahu Menyusu Botol
Sebagai orang yg pernah kerja dalam bidang pembinaan aku cadang sangat2 pi ambik kursus kat ABM ni pasainya kualiti graduan dia memang tip-top. Tambah2 kalau yg melibatkan sijil macam pw1/2/3/4 dan AO/1
Jom terjah post menarik dari Cenangau ..Analisa ringkas: ‘Kajang Move’ PKR dianggap berjaya walaupun majoriti berkurang 1445 undi?
Alternatif juga ini. Tetapi saya syorkan kemahiran 🙂
Jom terjah post menarik dari Pendekar Berkuda ..Keputusan Pilihanraya Kecil PRK Kajang N25
Assalamualaikum,
Kolej kemahiran sebegini sangat berguna untuk dapatkan kemahiran. Mungkin awalnya timba pengalaman kerja dengan orang, tetapi untuk jangka panjang boleh buat sendiri. Pasaran kerja sangat luas…
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Sidang Akhbar Tergempar MH370
Setuju sangat dengan cadangan kak Jie. Saya pun sudah mula merancang untuk hantar anak program kemahiran jika kurang cemerlang didalam peperiksaan. Saya ada seorang kawan yang sekarang ini sudah menjadi pensyarah disebuah institusi pendidikan. Beliau tidak cemerlang didalam pencapaian SPM mengambil jalan jauh dengan masuk IKM, Kolej, sambung pengajian peringkat ijazah di UK, Master di Perancis dan sekarang ini persediaan untuk peringkat Phd.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Merehatkan minda dengan percutian Hari Keluarga di AnCasa Residences Port Dickson
Satu lagi syor saya adalah mengambil program yang kompeten seperti dianjurkan oleh CIDB seperti memyelenggara hawa dingin, pendawaian elektrik dan sebagainya.
sy berpendapat kursus ini sgt baik bg memberi peluang kpd pelajar yg begitu baik dlm keputusan spm mereka
Jom terjah post menarik dari Car Rental Kuala Lumpur ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), Malaysia
Kak Jie Giat Mara pun boleh. Adik Aina habis Politeknik jurusan Kejuruteraan Mekanikal akhirnya masuk Kolej Komuniti kerana minat dengan frozen food.
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Biru Jarinya
Terimakasih berkongsi info. Saya pun ada hajat nak soh anak lelaki saya apply.
Jom terjah post menarik dari azieazah ..Saya yang malas nak update blog…!
adik saya memang tak berapa baik dalam akademik ni, memang saya bercadang nak masukkan dia dalam bidang kemahiran macam ni
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Panduan peperiksaan Pegawai Arkib S41
Kalau rasa tak boleh pergi dalam akademik, saya pun mencadangkan bahagian kemahiran, sebab banyak peluang pekerjaan dalam bidang tu. Tapi bersedialah bermula dari bawah dan kena rasa dulu gaji rendah…kalau nak terus gaji ribu2 memang susah.
Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Jom Outing bersama Tarmizi Syukri dan AiMedia
Kiranya kursus yang disediakan di IBM ni merupakan kursus di peringkat sijil la ye?Bagus juga untuk menambah skil individu seseorang tu..
Bukan ke macam tu Cikgu Jie?… 🙂
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Nasi Lemak Seringgit Depan Ten Ten
Betul tu Kak Jie, walaupun sekolah tak tinggi sekurang-kurangnya ada kemahiran dalam niche tertentu.
Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Permohonan Institusi Pendidikan MARA Sesi Julai 2014