Sindrom Lulus SPM Cukup Makan
Isu Semasa

Sindrom Lulus SPM Cukup Makan

Salam Kak Jie, keputusan SPM saya tak cemerlang sangat tapi tidak gagal. Mungkin peluang saya ke IPTA  agak tipis memandangkan ramai lagi calon yang score A.  Nak sambung belajar di IPTS, saya bukan keluarga senang walaupun ada  pinjaman PTPTN .  Lepas belajar pun kadang-kadang susah nak dapat kerja. Ada tak cadangan sesuai untuk saya? – faiz

Email ini dialihbahasa standard kerana banyak sangat shortform .   Aduhai…. kasihan cikgu BM awak tu…penat ajar tatabahasa segala bagai, lepas je sekolah anak murid dah lupa cara menulis dengan betul.  ( maksik ni membebel macam le dia tulis dengan betul…hehehe )

Saya rasa ramai calon lepasan SPM alami masalah seperti ini, seolah-olah nak jejak bumi kaki tak sampai nak mengapai awan tangan tak sampai. Nak sambung belajar bidang yang popular , keputusan tak cukup popular takut tak tertanggung dan terkandas. Nak kerja dengan sijil SPM tak banyak pilihan.

Ini namanya Sindrom Lulus  SPM Cukup Makan…   Cukup makan , tak sampai kebuluran tapi tak berapa cukup zat dan khasiat.  he he he

Jangan risau kerana sekarang ada banyak institusi  latihan yang menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian. Contohnya Jabatan Tenaga Manusia

Institusi Latihan JTM termasuklah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) menawarkan kursus peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan.

Untuk pengambilan Julai 2010 bidang yang ditawarkan adalah

  1. Mekanikal & Pengeluaran
  2. Elektrik & Elektronik
  3. Sivil & Bangunan
  4. Bukan Logam
  5. Teknologi Maklumat
  6. Percetakan

Klik www.jtm.gov.my untuk maklumat lanjut.

Jangan risau ya Faiz, ada banyak peluang untuk berjaya. Kalau tak percaya , kita tunggu komen dari abang kakak makcik pakcik yang telah berjaya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.. Blog Makcik Jie memang dicipta untuk berkongsi pengalaman dan info tentang kehidupan kita seharian.  Kalau sesiapa ada maklumat lain untuk lulusan SPM cukup makan dapat meneruskan pengajian mereka , tinggalkan komen di sini ye.

Esok-esok dah habis belajar …ade pula soalan ” dah abeh belajo dah, tatau nak keje ape lepas ni…mama” atau bagaimana nak pilih kerjaya

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

69 thoughts on “Sindrom Lulus SPM Cukup Makan

  1. wahai adik yg dikashi jgnlh risau,,cube mintk pemohonan di dlm perda tech di pulau pinang….dengan result adik smstnya dpt msok …cube buka laman web perda tech

  2. saya kelulusan spm.alhamdulillah semua subjek saya lulus dan subjek2 penting saya kredit.seperti b.melayu,b.inggeris,sains,cume matematik sahaja yang dapat gred 7.hanya sekadar pangkat lulus.soalan saya adakah saya boleh memohon dalam bidang jururawat.layak atau tidak bagi saya memohon separa perubatan di SPA..soalan saya lagi adakah layak bagi saya memohon politeknik,ini kerana bidang perhotelan menjadi harapan kedua,harap ade insan dapat membantu saya dengan memberi penjelasan.

  3. huhu..saya berumur 19 tahun…result saya o.k lah nak kata cukup makan cukup sgt..dapat masuk politeknik saya tolak sebab nak pergi PLKN.
    lagipun jauh sgt,dapat masuk.matrik lagi ar..dorang kata,orang pick up je boleh masuk situ..saya xmasuk lar.sebab saya lemau sikit.. dapat form 6 reject tak suka pakai baju skola.wawawawa.saya dah pernah masuk satu kolej ni..dah daftar pon tapi ikut sedap hati lar…saya balik..because saya tak suka orang paksa2 saya..hish,leceh.saya minat nak mohon jadi cikgu/ apply ipg..tapi saya xnak berhutang dengan ptptn..hush…jadi nurse saya takut bab bedah2 nie..dengar cerita kena hutang rm 60 ribu.
    jealous gak tengok kawan2 p blaja.ada y dah .praktikal.pon.saya plak masih ditakuk yang lama. macam katak bawah rumah.hish..padahal saya top student masa kat skul dulu2.ceh..bangga lerr~~
    so saya decide nak apply ikm,ikbn, even giatmara..semua saya apply arh..
    saya dah bosan bkerja,kumpul duit dan merantau banyak …saya rindu nak p blaja balik…hahaha xkisah lah…blaja apa pon..janji blaja..
    swear…saya memang suka belajar tapi kalau

  4. utk sume mslh spm/srp/pmr bole aply kat asia euniversity atau oum…ade kemasukan fleksibel, try test amik paper n lulus dpt surat tawaran masuk….tp buat p’siapan mental/fizikal sblm nk smbg blajar… 😆 😆

  5. salam…kalau minat bidang visual arts…dalam fashion design…contact 0126265475….sedia membantu 😉

  6. salam akak2 abg2 yg d hormati sekalian.sy kecewa sgt sebab tak belajar rajin2..ermm keputusan sy sgt2 terok.ini keputusan yg sy dpt.1b2c5d1g..sy xtau mne arah tuju..bm d.bi gagal.nk msok mne2 pon xlepas..keluarge sy org susah.sy dah kecewa kn ayh dan mak sy..klo bley sy xnk susah kn mereka lg.. klo bley sy xnk guna duit ayh sy tok blaja.sb duit 2 untuk mse tue die.sy xnk susah kn ayh sy lg..ermm sy nk pendapat abg2 dn akak2..

    1. wahai adik yg dikashi jgnlh risau,,cube mintk pemohonan di dlm perda tech di pulau pinang….dengan result adik smstnya dpt msok …cube buka laman web http://www.perda tech

  7. salam…ada x yg belum sambung blajar?? berminat dgn jurusan SKM kulinari atau DIPLOMA KEJURURAWATAN?? sila PM sy untuk maklumat lanjut…tq

  8. 😛 hai nama saya mon saya menghadapi masalah la,saya x tau nak wat pe lepas spm ni nk keja o sambung belajar.ingat nak keja dulu baru sambung belajar.saya amik ekonomi asas,perdagangan dan ekonomi rumah tangga spm tahun 2010.saya tak tau nak sambung belajar kat mane dalam bidang ape.saya minat rekaan pakaian,peragaan,pramugara.. :mrgreen:keputusan spm 2010 saya x tahu lagi kalo cukp2 makan bole ke nk sambung belajar dalam bidang yg saya minat nie…

  9. Jika keputusan SPM cukup makan, kita diberi pilihan, samada nak sambung belajar lagi, mencari belajar dalam bidang kemahiran atau teknikal atau berbisnes. Semua atas pilihan dan tepuk dada tanya diri.. 😉

  10. aku pun tngah cari pluang nak smbung blajo. aku de utang ptptn. skang ni aku pikir, wat pe susah2 ambil kos yg blum tntu aku leh bawak kan? pasal pluang kerja lpas abis blajo tu, masing2 kene setelkan sndri lar. takkan nak sruh tmpat lame yg kite blajo carikkan. Think think n think. samer la ngan ngan graduan ipta. x semestinye dyorg dpt keje kat krajaan pas abis blajo. sbb krajaan gi ske ambik bdak ipts. (juz pndapat jer kihkih)

  11. sya dah berumur 23 thn..banyak keje kerajaan saya mintak tp tiada sebarang jawapan….
    kptsan spm sya memg tak cntik…saya fill matematik n b.ingris mata pelajaran yg paling penting…
    sya rasa nak belajar lagi ambk spm lagi sekali..tapi saya xtau cara nk daftar n belajar sendiri????tolang bagi saya pendapat..

  12. dpt twrn unsel ngan unikl pon parents x bg pgi.. tnggal la t’kial2 nk p mna agi nihh..

  13. klu kmahiran pn x ble nk wat cmner??? 🙄

    pyh org nihh..nk p kulej pun kdg ade yg bad mngement..adehh…

  14. Salam, nak tanya pendapat kakak, saya dapat 2 tawaran iaitu kolej komuniti dan IKM, mana satu nak pilih jadi keliru …. tolong ek!

  15. soalnya, sanggup atau tak kita untuk dapat kerja yang gajinya sikit dengan kelulusan yang kita ada?
    .-= titan´s last blog ..It will give me sweet memory =-.

  16. Faiz, anda perlu terima hakikat, anda seperti saya, yg belajar dan tidak mendapat kejayaan baik, kata orang “dah memang jenis tak pandai”

    Saya tidak menghina anda, saya dah lama meninggalkan alam persekolahan dan kini berkerja pun tidak tetap, saya tidak makan gaji , ada kerja adalah upah, masih mampu mempunyai sebuah motorsikal dan memiliki sebuah rumah sendiri, Insya Allah setelah selesai pinjaman kelak.

    Maaf saya katakan . saya dah jemu mendengar mereka yang selalu berceramah mengatakan:-

    “rezeki ada di mana mana , bumi Malaysia ini emas, hendak tak nak saje, yg penting usaha, kalau orang lain boleh buat, mengapa kita tak boleh ”

    Saya percaya ungkapan ini adalah dari mulut mereka yang sentiasa kenyang, ada kemudahan untuk bersolat selalu samada di rumah atau surau/ masjid, kehidupan yg selesa sejak dari kecil lagi dan mereka ini dari kalangan yang dah pandai otaknya

    Ada seorang penceramah memuji Pekerja Indon dan mengatakan pemuda Melayu memilih kerja.Ramai Mat Mat Indo mengnggap Malaysia bumi emas sebab mereka boleh perolehi banyak makanan dgn gaji yg diterima tanpa memperdulikan sangat halal haram, mereka tak komplain mengenai kemudahan tempat solat, kebersihan bekalan air, tak kisah bekalan letrik tiada , tak rasa apa apa duduk bersama lelaki – perempuan

  17. Semasa mengikuti sebuah kursus berkaitan pendidikan minggu lepas. Saya dimaklumkan, KPM akan merangka dasar baru agar pelajar boleh memilih untuk mengambil bidang kemahiran selepas UPSR. Bukan selepas SPM.

    KPM melihat pada sistem masyarakat Cina yang memberi pilihan pada anak-anak mereka sekiranya mereka tidak mampu untuk belajar selepas UPSR. Mereka tidak memaksa anaknya untuk pergi bersekolah, tapi dihantar untuk menjadi pekerja di bengkel, kedai dan sebagainya untuk menimba ilmu secara informal. Dengan harapan, selepas beberapa tahun mereka akan mahir dan dapat membuka perniagaan sendiri 😀

    1. Budaya kita tiada perniagaan yang boleh diwarisi kepada anak2 – anak2 perlu berusaha dari mula untuk membina kejayaan tanpa sokongan yang kuat sedangkan orang Cina mereka belajar bukan semata2 untuk dapat kan pekerjaan makan gaji – mereka ada tempat untuk hidup selepas selesaikan pengajian.

      Ada tanah kebun harta pusaka tetapi tak berminat

    2. wah,,bagus cadangan anda tu,,,selepas ini mungkin semua orang akan berasa senang dan tidak rasa disingkir..kerana saya ada kawan yang tidak mengambil sijil SPM..tapi sekarang dia baru sedar,,tapi nak buat macam mana…sekarang nak sambung belajar semuanya guna sijil…

  18. spm tu cuma sebagai tiket laluan xpress ke menara gading jer…bukan penentu kejayaan seterusnya. ambik iktibar dari keputusan spm tu…usaha lagi..dimana ada kemahuan, disitu ada jalan…usaha, doa dan tawakal..insyaallah apa yg kita usahakan akan berjaya.. 😉

  19. Salam..cuma nak share..dulu pun saya SPM cukup makan..memang sangat frust..tapi sampai bile..So grab the other chance..Time tu dapat matrik..Pulun kat situ habis2..Alhamdulilah sekarang saya bangga dengan hidup saya berbanding kawan-kawan lain yang lebih cemerlang SPM..SPM bukan penentu segalanya..Banyak lagi peluang lain..Yang penting jangan berputus asa
    .-= nazihah´s last blog ..Myvi EE =-.

    1. terimakasih kerana berkongsi kisah – memang itu pun yang Kak Jie harapkan supaya adik-adik yang sedang mencari arah dan semangat dapat jadikan pengalaman kita sebagai panduan.

      Tahniah kerana sentiasa positif dalam hidup…

    2. ..Pelajaran akademik/kemahiran itu penting, tapi jangan terlalu taksub

      .hari ini ramai yang hendak sangat berjaya dalam pelajaran dan berbangga dengannya ( bukan riak tetapi puas dgn hasilnya)

      .Saya mempunyai beberapa kawan yang sangat hebat , dari SPM sehingga bergelar Dr, ramai yang berjawatan tinggi,kekayaan dari segi harta, ada sebilangan yg hanya mempunyai seorang dua anak sahaja, anak anak mereka hanya lah pelajar sederhana sahaja

      .Seorang kawan senior yang saya kenali, hanya bekerja sebagai seorang kerani yang akan bersara kelak, mempunyai 6 orang anak, 5 kesemuanya lulusan luar negeri, mempunyai sebuah rumah yang akan selesai hutangnya menjelang persaraan nya

      ..Anda jangan terkejut jika terserempak dengan kawan lama yang dulunya SPM hanya lulus sahaja, tetapi masih kelihatan sihat , ceria dan akan pergi menunaikan fardhu haji dalam masa yang terdekat..

      ..Kejayaan hari ini bukan penentu kejayaan hidup kita , kegagalan hari ini juga bukan penentu kegagaln atau kejyaan hidup kita, Allah yang menetukan perjalanan hidup kita , jangan bersedih, tiada bezanya antara yang berjaya dan yang gagal , sebagai hamba Allah kita perlu bersyukur dan redha ketentuan yang ditetapkan oleh Allah

  20. Tak dapat spm yang baik tak semestinya kita kene teruskan hidup macam tu jer. Ade banyak institusi yang mementingkan kemahiran dan sebagai seorang budak lelaki, advantage pergi tempat-tempat camtu. Contoh macam ikbn, giat mara, politeknik. Nak seribu daya dik. Kan kak jie kan. Huhuhu~
    Insyaallah kita berjaya. Chaiyokk faiz!
    .-= ash´s last blog ..Goodbye.. Sayonara.. Celcom!! =-.

    1. kadang2 kerana banyak sangat pilihan kita jadi keliru… belajar kemahiran juga bagus..itulah perkara yang diguna pakai dalam kehidupan bukan sijil berjela-jela walaupun itu pun sama pentingnya…

  21. tak pe…

    sementara nak dapat offer tempat best2 itu, sambung aje ke kelas STPM! Hidup belum berakhir dgn SPM shj!

    Yg paling mustahak ialah pengakhiran…. namun jgn lupa utk terus berusaha mendapatkan yg terbaik!
    .-= maza´s last blog ..Hembuskan Nafasmu Sayang =-.

  22. “Saya rasa ramai calon lepasan SPM alami masalah seperti ini, seolah-olah nak jejak bumi kaki tak sampai nak mengapai awan tangan tak sampai.”

    dulu kat sekolah itu yang takut sangat tapi sekarang pun lagi lah takut. dah belajar tinggi2, nak dapat kerja dengan bidang yang dah belajar tu belum tentu lagi
    .-= ariff´s last blog ..TM HSBB Now Known as UniFi =-.

  23. peluang belajar byk sekarang. mintak je semua tempat. tp PTPTN agak sakit nak tanggung lepas abes belajar. Cuba mintak pinjaman dari pihak lain. melambak pinjaman yg kita tak tau dalam Malaysia ni. Kebanyakkan negeri ada pinjaman sendiri untuk anak kelahiran negeri tersebut seperti johor.

    Kalau nak cerita pasal kerja, rezeki itu ditangan Allah. Usaha dan doa. Usaha untuk belajar sendiri apa yg tak di ajar dalam kelas. Tak guna kalau result gempak tapi tak reti buat keje. orang macam ni kalau kerja, menyusahkan orang lain. Tapi kalau ada belajar sendiri, insyaAllah ada kelebihan dan tak susah nak cari kerja. Dan jangan jadikan waktu di IPT sbg waktu bersuka ria. kalau boleh, cari peluang berkenal2 dgn mereka yg dah lama dalam bidang sedang belajar/ditarget utk masuk lepas belajar. Kalau dapat buat part time sekali sekala bagus jugak. tp jangan sampai pelajaran terabai. 😉
    .-= mrkay´s last blog ..Aku dan Orange 4 Kay =-.

    1. komen ini boleh dijadikan panduan tuk adik2 kita yang baru lepas SPM …jadikan panduan bila meneruskan pelajaran nanti…

        1. sudah semestinya dan sebagai manusia yang lemah serba kekurangan kita tidak dapat mengelak rasa gelisah dan keliru untuk membuat pilihan..usaha mencari info juga satu jalan

  24. Yang penting usaha yang gigih dan berterusan. Segala usaha pasti akan menghasilkan kejayaan… Silap2 boleh mengatasi orang yang ada ijazah.

  25. so, nak mudah ambil bahagian yg kearah teknikal…
    cadang kak jie tu pun bagus juga….
    lagipun, blajar kat mana2 pun…
    peluang pekerjaan kena cari sndiri..
    .-= mie´s last blog ..:: tag from jaja :: =-.

    1. tiap org berbeza… cita-cita dan impian
      latar belakang dan sosio ekonomi juga mempengaruhi pilihan masing-masing

  26. salam..
    spm penting bg sesiape yg berhasrat nak makan gaji..
    tapi kalau dah otak bisnes contohnya minat perniagaan macam IM, pandai2 la wat keputusan..
    contoh terdekat, wanmus tu ada degree, master tapi tak keje ikut jurusan dia gak..minat gak dunia internet ni.
    so kpd yg rasa mmg malas nak belajar,pandai2lah bwk diri..
    zaman sekarang, org tak pandang kalau takde pelajaran,(bg yg nk kerja makan gaji la)
    ada degree pun susah dapat kerja, inikan pulak kalau xde spm..
    🙂
    .-= yoy´s last blog ..Saye menang Kontest Jombuzz (RM1000). =-.

    1. dengar tu adik-adik… cebisan pengalaman dari meraka yang melalui. Contoh2 yang boleh dijadikan panduan . Terimakasih yoy kerana berkongsi

  27. mai tak leh mohon ptptn ler.. hurm.. dan mmg tak nak mohon kalau dpt. prasaan nak smbung blaja pun mcm tk ada.. coz, parent suruh amek kos yg mai tk minat sbb nk mai blajar dekat dgn rumah. kos yg mai minat dn boleh bawak tu tak ada ler jauh sgt. haisyiiooo..
    .-= maisyara´s last blog ..Mimpi indah jadi pelik. lebih pelik blogger lain sesat masuk dalam mimpi aku ni. =-.

    1. so sekarang Mai buat apa… keperluan tiap org berbeza. Apa saja pilihan adalah betul untuk setiap orang kerana kita tak pasti punca2 yang menyebabkan seseorg tu buat pilihan…jangan buat pilihan yg merosakkan diri …sudah ye Mai…

      Terimakasih kerana berkongsi dengan kami Mai

  28. dah habis belajo, mudah je..jadilah blogger atau im macam mak dia..hehe
    .-= wanmus´s last blog ..Bajet Sempurna Sangat Ke Dia Ni? =-.

  29. kalo result SPM tak berapa bagus, banyak lagi peluang yg kita boleh cari kan. IKM utk kemahiran. politeknik utk yg lebih teknikal. politeknik ada sijil so kalo result x lepas utk diploma, boleh buat sijil je dulu.
    .-= Amir´s last blog ..Perkara Yang Perlu Dielakkan dalam Penulisan Blog (Bhg 2) =-.

    1. Kalau kemampuan hanya sijil..bermula dengan sijil dulu..kemudian sambung peringkat diploma tapi mesti bersungguh.sungguh..jangan ala kadar . Jangan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah masa remaja…. nanti kemudian hari menyesal

  30. kalau rasa tak mampu belajar yang banyak teori, pilihla yang sediakan latihan kemahiran….

    tapi jgn ingat dah abis belajar MESTI dapat kerja!
    still kene usaha utk dapatkan kerja…

    jgn hbs2 je belajar dah harap nak dapat gaji 3 – 4 ribu!!
    .-= ~mrs azmi~´s last blog ..gatal – gatal ke gatal? =-.

      1. Peluang pekerjaan seharusnya di cari “sewaktu belajar”, setelah tamat pengajaian, ianya agak terlambat

        Graduan Cina, sejak di Tahun 1 lagi, mereka telah mempersiapkan diri dengan mengumpul maklumat / ilmu berkaitan dengan kusus/ pekerjaan yang akan diceburi kelak.Dalam tempoh belajar juga, mereka telah berusaha membaik pulih apa apa ilmu yang kekurangan.

        Sebilangan Graduan Melayu terpaksa mengambil kursus/ memperbaiki ilmu setelah tamat pengajian, memakan masa antara 3-6 bulan pula.

        Bayangkan 6 bulan kursus dibandingkan dengan ilmu / maklumat sepanjang 4 bulan di varsiti / kolej !

  31. jie, saya rasa tak perlu risau sgt dah skrg ni untuk sambung belajar sebab kerajaan malaysia dah sediakan byk peluang dari pelbagai segi 🙂

    komuniti kolej byk, ikbn, kemahiran mara, bidang itu, bidang ini… tepuk dada tanya selera. in the end, diri sendiri gaks yg uruskan diri sendiri nak berjaya or gagal 🙂

    1. betullah maksu…banyak peluang..swasta pun bersepah2…. kadang2 ada yg belajar sebab itu saja tawaran yg dia terima..ada yg dr keluarga susah…keutamaan dia nak bantu keluarga..dia mesti fikir bidang yg sesuai utk dia..bukan sekadar….seronok sbb kawan2 pun sambung belajar

Comments are closed.